Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, semalam, tular satu video berdurasi 20 saat suntingan dari buletin utama TV3 tentang kelonggaran untuk merentas negeri bagi individu yang melengkapkan dua dos lengkap vaksin Covid-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Justeru itu, sebentar tadi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu. Selain meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat dalam satu postingnya di laman sosial.
Menurut KKM, video yang tersebar tersebut merupakan video yang bertarikh 1 April 2021. Video asalnya berdurasi 1 minit 2021, Video ini telah disunting dan disebarkan bagi mengelirukan orang ramai.
Ads
Rata-rata rakyat Malaysia rasa teruja selepas mendengar video palsu yang tular ini. Yelah kebanyakkan dari kita sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul.
Ads
Ads
Video sebenar adalah video pada 1 April 2021. Video asalnya berdurasi 1 minit 2021. Video yang disebar di whatsapp tersebut telah disunting dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai. pic.twitter.com/ryj0LI5999
Sepanjang kariernya sebagai pemain bola tampar profesonal wanita Indonesia, Aprilia Manganang, 28 telah mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan.
Ini termasuklah membantu kelab bola tamparnya bergelar juara nasional sebanyak empat kali dan menggapai pingat gangsa di Sukan SEA 2017.
Namun, lalu pula ceritanya berkenaan kehidupan peribadi Aprilia apabila jantinanya seringkali disalah erti oleh orang ramai.
Pada tahun 2020, Aprilia mengambil keputusan untuk ‘menggantung jersinya’ demi menyertai pasukan ketenteraan Indonesia.
Keputusan tersebut meraih perhatian rakyat Indonesia kerana kontroversi jantina Aprilia. Ramai yang tidak pasti sama ada dia ialah seorang wanita ataupun lelaki.
Aprilia dilahirkan dengan kondisi yang dinamakan sebagai hypospadias atau rupa organ reproduksi berbeza.
Menurut laporan media Indonesia, bahagian pembukaan uretra yang selalu berada pada bahagian hujung alat kelamin lelaki terletak pada bahagian bawah alat kelaminnya.
Lalu semasa kelahiran Aprilia, dia dikenal pasti sebaagi bayi perempuan berdasarkan tanggapan pakar pada waktu itu. Di dalam sijil kelahiran dan kad pengenalannya juga mencatatkan jantina perempuan.
Implikasi daripada kondisi alat kelamain ini, Aprilia terpaksa melalui fasa ketidakpastian identiti kerana masalah kewangan keluarga untuk melalui pemeriksaan dan rawatan perubatan.
Akhirnya Disahkan Sebagai Lelaki
Setelah 28 tahun berlalu, akhirnya Aprilia berjaya melalui pembedahan pembetulan alat kelamin.
Berita tersebut disahkan dalam satu sidang media secara langsung dari Hospital Tentera Gatot Subrato dekat Jakarta, Indonesia. Aprilia kelihatan cukup ceria dan tersenyum lebar setelah dia akhirnya disahkan sebagai seorang lelaki.
Ini semua berhasil apabila pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) membantu Aprilia merealisasikan impiannya. Malah, pihak tentera juga bersetuju melakukan perubahan pada dokumen peribadi Aprilia bagi menukar info nama serta jenis kelaminnya.
“Ini adalah momen yang saya nanti-nantikan, saya amat gembira. Saya bersyukur kepada semua doktor yang telah membantu saya.”
Lebih membanggakan apabila kebanyakan warganet Indonesia menyokong perubahan pada Aprilia ini dan tidak terkesan dengan jantinanya.
“Lelaki atau perempuan, saya masih merupakan peminat Aprilia Manganang. Dia selalu memakai jersi Indonesia dengan penuh bangga,” kata pengguna Twitter bernama @aan__.
@kharismanism pula merasa pasti bahawa Aprilia akan menjadi seorang jejaka budiman.
Kekacakan wajah Aprilia juga menjadi sebutan warganet Indonesia!.
Ini barulah dinamakan sebagai pembedahan perubahan jantina yang diharuskan.
Bukannya seperti beberapa personaliti di Malaysia yang melalui pembedahan mengubah jantina disebabkan kecelaruan identiti. Oops!
Budaya Malaysia baru iaitu cubaan memburuk-burukan seorang individu yang belum betul-betul didapati bersalah yang cuba dibawa hari ini adakalanya nampak seperti tidak releven. Jika dahulu, segalanya nampak terkawal tetapi hari ini, semua orang cuba menjadi wartawan, cuba menjadi polis, cuba menjadi hakim dalam menjatuhkan hukuman yang belum pasti.
Jika sebelum ini ada cubaan mendakwa perbelanjaan DYMM SPB Yang DiPertuan Agung, Sultan Muhammad V sebanyak RM250 juta bagi 16 bulan pemerintahan yang kemudiannya dinafikan kerana jumlahnya jauh kecil iaitu RM79 juta terkini, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdulllah Sultan Ahmad Shah pula terpaksa “menjawap” di media apabila timbul isu baginda dikatakan menerima suapan projek atas “naungan baginda” sebanyak RM1.3 bilion dari sebuah syarikat China iaitu China Rainbow Internasional Investment Co.Ltd (CRIIC) yang didakwa membuat bayaran.
Apabila timbul isu sejumlah wang yang sangat besar nilainya, berita begini tentunya menarik minat netizen untuk mengetahuinya adakah benar Tengku Abdullah terlibat? Apa kata Baginda akan isu yang tular di media sosial ini?
Surat ini didakwa palsu. Baik Tengku Abdulllah dan syarikat China sudah menafikan dakwaan ini. Gambar Kosmo
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai satu suapan atas “naungan baginda” berhubung satu projek.
Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co.Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.
“Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen,” titah baginda dalam satu WhatApps, melalui pegawai media baginda kepada Bernama di sini hari ini.
Sepucuk surat yang dikatakan mendakwa award RM1.3 bilion kepada Tengku Abdullah, sebagai satu suapan atas “naungan baginda” menjadi viral dalam media sosial.
Surat yang bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding berkata, wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.
Surat berhubung dakwaan berkenaan tular di media sosial.
Tengku Abdullah menafikan terima suapan nilai RM1.3 bilion dan menganggap tuduhan ini tidak berasas.
Antara lain, surat yang bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding mendakwa wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.
Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa mereka “menjalankan perniagaan dengan penuh integriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat’.
“Surat yang didakwa itu adalah direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku tindakan yang berniat jahat itu. BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Genap seminggu tragedy pengganas melepaskan tembakan di dua masjid Christchurch, New Zealand ketika waktu solat Jumaat dan mengorbankan kira-kira 50 nyawa, serta mengakibatkan lebih 50 individu cedera.
Hari ini, buat pertama kalinya laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional New Zealand, malah Astro Awani juga turut menyiarkan siaran langsung solat Jumaat dan majlis peringatan mangsa-mangsa serangan di Christchurch.
Selain daripada menyiarkan azan semasa solat Jumaat secara langsung, mereka juga tafakur selama dua minit sebagai memperingati insiden berdarah minggu lalu.
Rata-rata rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap masyarakat dan Perdana Menteri NZ, Jacinda Arden kerana begitu menghormati agama Islam.
Kami juga turut menyokong kempen Scraves in Solidarity untuk menunjukkan sokongan kepada Muslim di New Zealand.