Satu Lagi Collector’s Item Boleh Dibeli Peminat Tegar Avengers, Berbaloi Tak?

Share

 

Jika pada 11 April lalu, jenama stor solekan dan penjagaan diri popular iaitu Sephora telah menceriakan peminat siri Marvel apabila mereka mengeluarkan koleksi alat solek berkonsep Marvel sempena filem Avengers: End Game.

 

Beberapa karakter penting siri Marvel seperti Black Panther, Thor dan Captain America dijadikan tema alat solek Sephora. Kecoh sebentar stor mereka dengan kehadiran pembeli Collector’s Item siri Marvel.

BACA: Jadi Secantik Captain Marvel & Black Widow Dengan Set Mekap Ini

Kini, terdapat satu lagi item original yang korang ingin sertakan di dalam koleksi masing-masing.

 

 

Samsung Malaysia menawarkan phone case bernilai RM159 secara percuma! Tetapi tentulah tawaran itu mempunyai catch tertentu.

Dengan setiap pembelian telefon pintar Galaxy S10 (128GB) atau S10+ (128GB ke atas) bermula 12 April hingga 30 April 2019 kelak, Samsung Malaysia akan menghadiahkan pembeli dengan 1 phone case original daripada Marvel.

Antara rekaan yang ada termasuklah Captain America, Iron Man atau Avengers. Hadiah tersebut boleh ditebus semula apabila sudah membuat pembayaran di mana-mana stor Samsung Experience.

Walaupun tempoh 3 minggu dibuka bagi promosi ini, tetapi Samsung menetapkan polisi first served basis sementara stok masih ada. Sekiranya stok sudah tiada, mereka berhak untuk menukar hadiah tersebut dengan produk lain.

So kenalah beli cepat kan.

Samsung Galaxy S10 dijual pada harga RM3,299 manakala Samsung S10+ pula pada harga RM3,699.

 

IKLAN