
Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti sering mencuri perhatian peminat. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 5 orang cahaya mata. Isteri kepada Jep Sepahtu ini sentiasa menjaga penampilan yang kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri.
ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan Lupa Pesan Mama…”, Anak Lelaki Ceburi Bidang Lakonan. Abby Abadi Titip Pesanan
Sari Yanti sering berkongsi foto bersama anak-anaknya di Instagram yang sekali gus mencuri perhatian wargamaya.
Terbaru, perkongsian Sari berkenaan anak sulungnya menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah gambar ke laman Instagramnya.
Menerusi gambar tersebut, Sari memberitahu Barr Al Aliy sudah berusia 13 tahun dan mendapat Anugerah kecemerlangan Akedemik. Dalam pada itu Sari sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan anaknya terus cemerlang.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan memuji wajah Sari yang kelihatan awet muda. Malah, mereka mengatakan si ibu dan anak bagaikan kakak dan adik.

Wah, pandai Sari dan Jepp mendidik anak-anak mereka. Tahniah abang Barr…
Untuk info, Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali ke dua dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
BACA LAGI : Bertuah Badan, Anak Lelaki AC Mizal Terima Hadiah Mercedes Benz Di Hari Jadi Yang Ke-18
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit

Pemilihan lagu hit yang menjadi siulan orang ramai demi menarik sokongan penonton mungkin adalah strategi yang cuba dimainkan oleh beberapa peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Namun lain pula cerita jika peserta yang cuba untuk membawakan lagu-lagu hit tersebut tidak mempunyai kudrat untuk membawakannya sebaik penyanyi asal; apatah lagi apabila ia mencabar stamina serta kekuatan vokal peserta GV11 itu sendiri.
Begitulah kegusaran yang dirasai oleh juri tetap GV11, Datuk Ramli M.S. setelah menyaksikan beberapa orang peserta semalam memilih lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi berstatus diva baik dari Malaysia sendiri mahupun di peringkat antarabangsa.

Menjawab persoalan sekiranya percaturan tersebut menjadi buat sesetengah peserta berkenaan, Ramli yang mesra dengan panggilan Tok Ram merasakan itu adalah satu strategi yang memakan peserta itu sendiri. Kata orang, ukurlah baju pada badan sendiri. Sekiranya tepat pemilihan lagu dengan keupayaan peserta, tidak timbul lah isu sama ada delivery mereka semalam ‘sampai’ ataupun tidak.
“Sesetengah daripada mereka, nafsu besar kudrat tidak ada. Saya hanya bercakap jujur. Kadangkala ada yang merasakan apabila memilih lagu hit, markah pasti tinggi.
“Umpamanya, piramid itu dia terbalikkan. Jadi beban akan berada di atas.
“Kadang-kadang saya terperanjat juga, ‘Huh, kau nyanyi lagu ini? Cari mati ke?’. Mereka ingat bila memilih lagu-lagu hit, majoriti akan menyanyi bersamanya tetapi mereka tersalah. Mereka yang akan rasa terbeban,” ulasnya.
Liza Aziz Belum Ada Pencabar?
Apabila diajukan soal expectation yang diletakkan ke atas bahu peserta, Liza Aziz yang berjaya menjuarai konsert mingguan GV11 sebanyak tiga kali berturut-turut, Tok Ram merasakan Liza masih banyak perlu membuktikan dirinya pada minggu-minggu berikutnya.
Ini kerana GV11 hadir dengan pelbagai cabaran serta tema yang pastinya akan menjadi garis penentu kepada versatiliti para pesertanya.
“Dia datang tahun ini dan menyerlah kerana (peserta lain) belum tunjukkan sepenuhnya. Contohnya seperti Dyrga Dadali. Itulah lawan Liza Aziz.”

“Dyrga intelektual, kamu boleh dengarkannya sendiri. Dyrga itu lawan yang kuat kerana dia ialah seorang penerbit lagu. Jika di Malaysia, dia seperti Ajai dan M.Nasir (di mana) dia buat lagu sendiri dan nyanyikannya sendiri. ‘Kuku’ dia sahaja yang belum keluar,” ramal Tok Ram.
Konsert minggu ketiga GV11 semalam menyaksikan penyingkiran pertama musim ini setelah Nai Dinamik sekadar memperolehi 40.60 markah.
FOTO: Astro / Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
YOO JAE SUK Sentiasa Kelakar Dalam TV, Ini Sisi Sebenar Sebagai Suami & Bapa!

Siapa sahaja yang tidak mengenali Yoo Jae-suk? Pengacara nombor 1 Korea Selatan itu bukan sahaja popular kerana rancangan realiti seperti Running Man, malah keperibadian dia turut dipuji ramai selebriti dan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN :7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Yoo Jae Suk mengendalikan beberapa program popular dan pelbagai rancangan dengan rating tertinggi antaranya ialah Running Man, You Quiz on the Block dan Happy Together.

Yoo Jae Suk, Pengacara, Pelawak Terkenal Korea Selatan
Bercerita tentang sisinya sebagai seorang suami dan bapa, Yoo Jae Suk pernah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan radio yang dihoskan oleh rakannya, Ji Suk Jin. Walaupun mempunyai jadual yang agak padat ketika itu, Yoo Jae Suk cuba menghadiri program itu demi rakannya.
Ramai pendengar bertanya bagaimana Yoo Jae Suk sebagai suami dan bapa
Lelaki berusia 51 tahun ini berkahwin dengan seorang juruhebah bernama Na Kyung Eun pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, pada tahun 2010, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka, seorang lelaki dan diberi nama Yoo Ji Ho.
Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mempunyai anak kedua, seorang perempuan, pada tahun 2018 dengan nama Yoo Na Eun. Uniknya nama Na Eun berasal dari nama ibunya, Na Kyung Eun.

Rupanya Ini Sisi Sebenar Sebagai Suami & Bapa
Bercerita tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa rakan baiknya, Ji Suk Jin berkata, “Saya tahu Yoo Jae Suk jenis ayah yang bagaimana ketika berada di rumah.”
Suka habiskan masa di rumah bila cuti
“Pada hari cuti, dia menghabiskan masa tinggal di rumah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk fikir ia mungkin berasa normal apabila anak perempuan keduanya dilahirkan.
Namun, tanpa disedari, Yoo Jae Suk berasa sangat terharu dan dia menangis ketika anak perempuannya dilahirkan.
“Ada sesuatu mengenainya yang saya tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” jelas Yoo Jae Suk.


Suami yang romantis & bapa yang berhati ’tisu’
Yoo Jae Suk turut berasa emosi apabila anak perempuannya dapat mengangkat kepalanya dan menoleh dan ini disaksikan oleh seluruh keluarganya.
“Saya berlari ketika bayi saya menangis pada waktu malam, walaupun saya letih,” kata Yoo Jae Suk.
“Ada satu ketika saya berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu pergi,” sambungnya.
“Saya melakukan itu kerana saya berasa sangat letih,”
“Tetapi kemudian hati nurani saya diseksa oleh rasa bersalah,” tambahnya

Yoo Jae Suk juga seorang lelaki yang romantik. Dia cuba mengingati semua ulang tahun termasuk hari jadi dan ulang tahun perkahwinan.

“Saya cuba melakukan sesuatu walaupun ia tidaklah sebaik yang diharapkan,” kata Yoo Jae Suk.
Yoo Jae Suk tidak lupa meluahkan rasa cintanya kepada isterinya menerusi rancangan radio tersebut.
Sweetnya Yoo Jae Suk, untung jadi isteri dan anak dia.
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
Kredit foto: Instagram Yoojaeseok72 dan Instagram sbs_running man_sbs
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 22 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/MAIN.png)
Tak dapat dinafikan, era 90-an merupakan tempoh yang cukup hebat bagi penggemar kartun animasi. Ini ditambah pula dengan populariti beberapa saluran seperti Nicklodeon, Disney Channel dan Cartoon Network yang menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja pada era 90’s ketika itu.
Kami di Remaja juga sempat ‘mengorek’ semula memori lama di mana kartun-kartun inilah yang menjadi penghias di waktu lapang. Tak salah untuk diktakan korang juga pasti mempunyai banyak kenangan dengan kartun-kartun 90’s yang kami senaraikan di bawah. Korang sempat tak menonton siri kartun yang kami senaraikan di bawah? Kalau tak sila tanya abang atau kakak masing-masing. Hiks!
Check out pilihan Remaja di bawah!
1. CatDog
Ditayangkan di saluran Nicklodeon dan juga di TV9, ‘CatDog’ menampilkan watak kembar siam seekor anjing dan kucing. Cat seekor kucing yang cerdik dan licik manakala Dog pula lebih naif dan happy go lucky.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 23 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/CATDOG-300x253.jpg)
2. Batman: The Animated Series
Sebelum munculnya Batman versi Christopher Nolan menerusi filem legendanya, inilah karakter Batman yang cukup kita kenali. Dengan gaya animasi dramatik dan jalan cerita yang hebat, ia sebuah animasi cukup berkualiti.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 24 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/BATMAN-300x169.jpg)
3. Usop Sontorian
Made in Malaysia! Diangkat sebagai antara siri animasi terawal di Malaysia, Usop Sontorian mula ditayangkan pada tahun 1996 dan bertahan selama dua tahun. Menjadi perintis kepada generasi seterusnya.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 25 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/USOP-SONTORIAN-300x225.png)
4. Keluang Man
Kalau di Amerika Syarikat ada Batman, kita ada Keluang Man. Ia mengisahkan Borhan, seorang pesakit mental bertindak menjadi pejuang keamanan di waktu malam. Khabarnya, ia akan muncul dalam bentuk filem aksi tidak lama lagi. Wow, sama-sama kita nantikan.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 26 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/KELUANG-MAN-300x243.png)
5. The Powerpuff Girls
Antara siri kartun yang paling popular di saluran Cartoon Network, The Powerpuff Girl melakukan kemunculan pertama menerusi program ‘What a Cartoon!’ pada tahun 1995. Kemudian ia muncul sebagai siri sendiri pada 1998. Bubble, Blossom & Buttercup, unite!
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 27 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/POWERPUFF-GIRL-300x190.jpg)
Artikel Berkaitan: Top 10 Muzik Video YouTube K-pop Paling Banyak Ditonton 2017
6. Animaniacs
Turut ditayangkan di TV3, ‘Animaniacs’ merupakan siri kartun komedi menampilkan pelbagai karakter. Antara karakter popular ialah The Warners, Pinky and the Brain, Slappy Squirrel dan Goodfeathers.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 28 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/ANIMANIACS-300x229.png)
7. Anak-Anak Sidek
Sebuah lagi produksi siri kartun tempatan yang cukup evergreen. Anak-Anak Sidek merupakan biografi kisah jaguh badminton negara anak Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Kartun ini ditayangkan di RTM 1. Ini memang lejennn!
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 29 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/SIDEK-300x215.png)
8. Ed, Edd n Eddy
Kisah tiga sahabat yang nama mereka lebih kurang aje bunyinya. Ditayangkan di Cartoon Network, ia menjadi cukup popular terutamanya di kalangan remaja lelaki.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 30 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/ED-EDDY-300x226.jpg)
9. Johnny Bravo
Johnny Bravo merupakan akarakter yang sangat confident dia hensem gila. Brader sado yang perasan bahawa dia seorang kasanova selalu gagal memikat hati wanita. Yang penting, konfidennn! LOL
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 31 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/JOHNNY-BRAVO-300x200.jpg)
10. Dexter’s Laboratory
Kisah Dexter, budak genius yang sering bercita-cita untuk menakluk dunia. Tapi malangnya kehidupannya sering dihuru-harakan oleh kakaknya, Dee Dee.
![[Throwback] Senarai 10 Kartun 90's Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu 32 [Throwback] Senarai 10 Kartun 90’s Popular & Evergreen Yang Wajib Anda Tahu](https://cdn.remaja.my/2017/12/DEXTER-300x185.jpg)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

