Siapa sahaja yang tidak mengenali Yoo Jae-suk? Pengacara nombor 1 Korea Selatan itu bukan sahaja popular kerana rancangan realiti seperti Running Man, malah keperibadian dia turut dipuji ramai selebriti dan peminat.
Yoo Jae Suk mengendalikan beberapa program popular dan pelbagai rancangan dengan rating tertinggi antaranya ialah Running Man, You Quiz on the Block dan Happy Together.
Yoo Jae Suk, Pengacara, Pelawak Terkenal Korea Selatan
Bercerita tentang sisinya sebagai seorang suami dan bapa, Yoo Jae Suk pernah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan radio yang dihoskan oleh rakannya, Ji Suk Jin. Walaupun mempunyai jadual yang agak padat ketika itu, Yoo Jae Suk cuba menghadiri program itu demi rakannya.
Ramai pendengar bertanya bagaimana Yoo Jae Suk sebagai suami dan bapa
Lelaki berusia 51 tahun ini berkahwin dengan seorang juruhebah bernama Na Kyung Eun pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, pada tahun 2010, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka, seorang lelaki dan diberi nama Yoo Ji Ho.
Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mempunyai anak kedua, seorang perempuan, pada tahun 2018 dengan nama Yoo Na Eun. Uniknya nama Na Eun berasal dari nama ibunya, Na Kyung Eun.
Rupanya Ini Sisi Sebenar Sebagai Suami & Bapa
Bercerita tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa rakan baiknya, Ji Suk Jin berkata, “Saya tahu Yoo Jae Suk jenis ayah yang bagaimana ketika berada di rumah.”
Ads
Suka habiskan masa di rumah bila cuti
“Pada hari cuti, dia menghabiskan masa tinggal di rumah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk fikir ia mungkin berasa normal apabila anak perempuan keduanya dilahirkan.
Namun, tanpa disedari, Yoo Jae Suk berasa sangat terharu dan dia menangis ketika anak perempuannya dilahirkan.
“Ada sesuatu mengenainya yang saya tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” jelas Yoo Jae Suk.
Ads
Suami yang romantis & bapa yang berhati ’tisu’
Yoo Jae Suk turut berasa emosi apabila anak perempuannya dapat mengangkat kepalanya dan menoleh dan ini disaksikan oleh seluruh keluarganya.
“Saya berlari ketika bayi saya menangis pada waktu malam, walaupun saya letih,” kata Yoo Jae Suk.
“Ada satu ketika saya berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu pergi,” sambungnya.
“Saya melakukan itu kerana saya berasa sangat letih,”
“Tetapi kemudian hati nurani saya diseksa oleh rasa bersalah,” tambahnya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini (48) menerusi Instagram dan pelakon Mami Jarum itu turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya.
“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini”
“Terima kasih homeroom Rayyan, Mummy Ustazah Nor Faiza, wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” coret Rita menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya.
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Rayyan iaitu 3.842 menunjukkan dia merupakan seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.
Terdahulu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan turut disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua pada tahun lalu.
Dalam pada itu, warga internet turut menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi yang boleh dijadikan contoh untuk rakan sebayanya.
Selain itu, Rayyan juga difahamkan telah meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini. Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, pelakon Hollywood, Lindsay Lohan ini pernah tular memakai hijab tersebar di media sosial.
Malah, ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.
Terbaru, impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut laporan, pelakon itu akan mengesahkan bahawa dia telah berkahwin dengan memanggil Bader sebagai “suami” dalam posting Instagram yang diterbitkan pada hari Jumaat.
Malah, pada 1 Julai, Lindsey meraikannya hari jadi dan dia memutuskan untuk berkongsi dengan peminatnya dedikasi yang sangat manis untuk teman lelakinya, atau mungkin lebih baik untuk mengatakan suami.
Pada Februari lalu, Lindsay Lohan memberitahu dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi. Malah memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagianya itu.
“Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun… mungkin beberapa pasang gaun,” katanya.
Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.
Berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan dia kini telah berkahwin dengan seorang lelaki berdarah Lubnan dan Kuwait, Bader Shammas.
Ini kami kongsikan beberapa gambar kemesraan mereka.
Foto Via InstagramFoto Via InstagramFoto Via Instagram
Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu. Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.
Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov, namun putus pada 2016.
Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan Malaysia apabila pencapaian seni beliau diiktiraf hingga dijadikan bahan pembelajaran di sekolah Filipina.
Baru-baru ini, seorang pelajar dari negara tersebut berkongsi penemuan menarik apabila menemui bab khas mengenai penyanyi nombor satu negara ini dalam sebuah buku teks. Biografi itu diberi tajuk “Siti Nurhaliza: Golden Voice and Heart of Asia”, menggambarkan betapa besar pengaruh beliau dalam dunia muzik serantau.
Dalam buku itu, perjalanan seni Siti dikisahkan sejak mula menapak di pentas Malaysia, kejayaan menjuarai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 1996, sehinggalah beliau diangkat sebagai ikon muzik yang dihormati di seluruh Asia.
Pendedahan ini sekali gus mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia apabila nama dan kejayaan Siti Nurhaliza bukan sahaja diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah dijadikan contoh teladan buat pelajar di luar negara.
Di media sosial, ramai netizen menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa Siti Nurhaliza bukan sekadar penyanyi legenda tempatan, sebaliknya ikon budaya Asia Tenggara. Malah, ada yang menyebut beliau sebagai ‘warisan negara’ yang sewajarnya dihargai sepanjang zaman.
Dengan pencapaian cemerlang yang diraih lebih dua dekad, Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa bakat, kerja keras dan dedikasi mampu menjulang nama Malaysia di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!