Keikhlasan seorang pendidik dalam menjalankan tanggungjawabnya nyata menyentuh hati ramai apabila seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor sanggup menggunakan duit bonus sebanyak RM2,000 demi mengubah suai dan menceriakan kelas muridnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform X, guru berkenaan yang dikenali sebagai Kamal Darwin memaklumkan beliau mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan proses menghias dan menyusun semula kelas tersebut agar lebih selesa serta kondusif untuk pembelajaran.

Sanggup Guna Duit Bonus RM2,000, Cikgu Ini Ubah Suai Kelas Demi Keselesaan Murid

Apa yang lebih mengagumkan, Cikgu Kamal sebenarnya baru sahaja bertugas di sekolah berkenaan kurang daripada tiga bulan, iaitu bermula 28 Disember 2023. Namun, tempoh singkat itu tidak menghalang beliau daripada menunjukkan komitmen tinggi terhadap kebajikan dan keselesaan murid-muridnya.

Menurut Cikgu Kamal, usaha itu bukan dilakukan secara bersendirian. Beliau turut menerima bantuan daripada ibu bapa murid, kakitangan pembersihan serta guru-guru senior yang sama-sama berganding bahu menjayakan inisiatif tersebut.

Ads

Sanggup Guna Duit Bonus RM2,000, Cikgu Ini Ubah Suai Kelas Demi Keselesaan Murid

Sanggup Guna Duit Bonus RM2,000, Cikgu Ini Ubah Suai Kelas Demi Keselesaan MuridSelain itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbir sekolah juga turut menyumbangkan idea demi memastikan suasana kelas menjadi lebih ceria, bersih dan selesa untuk digunakan oleh murid setiap hari.

Sebagai seorang guru, Cikgu Kamal menganggap menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul demi perkembangan dan kesejahteraan murid.

Ads

Apa yang dilakukan oleh Cikgu Kamal ini wajar dijadikan inspirasi, bukan sahaja kepada warga pendidik tetapi juga masyarakat umum. Mengajar sambil memastikan murid belajar dalam suasana yang selesa dan positif sememangnya satu usaha murni yang patut dicontohi dan diberi perhatian.

Sanggup Guna Duit Bonus RM2,000, Cikgu Ini Ubah Suai Kelas Demi Keselesaan Murid

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kamal Darwin

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads