Shaheizy Sam. Antara anak seni yang sentiasa komited dalam melunaskan watak yang diberinya dengan jaya.
Setiap lakonannya di layar skrin tidak pernah sekalipun menghampakan penonton. Malah, ramai yang ternanti-nanti setiap kali projek baharu yang bakal menampilkan aktor hebat tersebut.
Beri jiwa dan raganya terhadap karakter yang dimainkan agar tidak menghampakan para penonton, bintang berusia 41 tahun ini sanggup ‘berlapar’ demi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Demikian dikongsikan Sam, apabila sekali lagi muncul sebagai Inspektor Khai dalam filem hit tempatan, Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 25 Mei Ini.
Bagi mendapatkan tubuh badan yang diinginkan untuk watak tersebut, dia mendedahkan sanggup berlapar ketika menjalani penggambaran selain mengamalkan diet esktrem secara masa yang singkat.
Ads
Bukan itu sahaja, disebabkan terpaksa menahan perut, emosinya juga sedikit terganggu dan terpaksa mengelak untuk berjumpa dengan isteri tercintanya yang juga pelakon, Syatilla Melvin supaya tidak berlaku perselisihan faham.
“Saya memang buat diet ekstrem. Apa yang ada unsur gula saya tidak akan ambil. Jika ada peluang untuk membakar lemak saya akan buat. Selagi mampu berjalan dan bekerja tanpa makan saya akan teruskan.
“Ketika itu juga saya elak berjumpa isteri… biasalah apabila lapar, sesiapa sahaja akan cepat marah. Emosi saya memang tidak stabil ketika itu. Bayangkanlah bagaimana saya jalani penggambaran dalam keadaan lapar,” katanya kepada Remaja.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun tidak menggalakkan orang di luar sana untuk melakukan perkara sama kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Ads
Ia kerana, Sam turut berkongsi pengalaman dirinya dimasukkan ke unit kecemasan sebuah pusat perubatan ketika menjalani penggambaran Polis Evo 2 dek kerana menialani rutin diet yang sama.
“Disebabkan badan tidak cukup air dan tak makan, saya juga terkena serangan gastrik. Saya mengalami kekejangan otot sehingga terpaksa masuk hospital. Ketika itu rasanya macam nyawa sudah berakhir. Jadi janganlah buat seperti yang saya lakukan.
“Saya sanggup buat semua itu sebab minat dalam dunia lakonan dan saya mahukan hasil yang terbaik. Biarpun kena tanggung kos sendiri tapi saya sanggup agar boleh nampak hasilnya,” tuturnya panjang.
Ads
Bercakap mengenai pengalaman dalam pembikinan filem kali ini, pelakon itu memberitahu faktor usia antara cabaran untuk dia melakukan babak aksi.
“Saya jarang bersenam jika tidak terlibat dengan penggambaran. Jadi apabila mula masuk ke set dan melakukan babak aksi memang ada sikit rasa penat dan mudah letih.
“Usia pun semakin meningkat… jika silap langkah sikit mulalah rasa sakit,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tanggal 23 Jun lepas, terciptalah sebuah detik bersejarah dan momen cinta pasangan merpati dua sejoli, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah apabila disatukan dalam Walimatulurus, di Shah Alam.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, suri hati pelawak dan penyampai radio itu melayangkan coretan manis buat suaminya yang sedang menikmati bulan madu di Langkawi selepas beberapa hari diijabkabul.
Kata usahawan tersebut, dia menyifatkan Shuib ialah suami kiriman dari tuhan. Tambahnya lagi, banyak momen pertama kali yang dilalui mula dirasai kemanisannya berkat kesabaran sepanjang bercinta dengan penyampai radio Suria FM itu.
“Suami kiriman Tuhan. Rupanya sabar itu indah. Allah mahu kita lalui segala momen di saat yang tepat. Sekarang, kami berdua sudah tahu apa makna sebenar percutian bulan madu.
“Banyak benda pertama kali saya buat bersama dia kerana sebelum ini dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tidak seperti orang lain,” coretynya panjang.
Tertarik pada ruangan komen hantaran berkenaan, suami tercintanya, Shuib sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan malayangkan juga kata-kata manis buat isterinya.
“Alahai, comelnya caption diaaa!! I Love You!!! @iamwatie,” komen Shuib ringkas.
Sekadar informasi, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, pada Jumaat lalu.
Pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.
Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita tentang lanjutan PKP selama dua minggu lagi telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri petang tadi. , namun masalah urusan refund tiket penerbangan yang dibatalkan masih lagi belum selesai kerana ramai yang mengeluh sukar menghubungi syarikat penerbangan.
Bagi syarikat penerbangan AirAsia, mereka menawarkan dua pilihan buat penumpang yang telah menempah tiket, iaitu sama ada ingin menukar tarikh penerbangan atau pun tukarkan kredit di akaun AirAsia.
Namun, ramai yang mengeluh kerana berhadapan dengan kesukaran ketika ingin membuat permohonan ini.
Disebabkan itu, seorang ahli dari grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Kevin Jonathan telah pun berkongsi tip bagaimana untuk berhubung dengan Allstar, tanpa perlu menunggu sehingga 1 ke 3 jam.
Kalau korang memang pengguna AirAsia sebelum ini, apa-apa masalah kita akan dihubungkan dengan AVA chat, iaitu bercakap dengan robot. Kalau case dah closed, nak uruskan tiket yang dibeli guna akaun kawan atau sebagainya, barulah chat with Allstars sebab (mungkin) AVA tidak boleh membantu. Jadi, korang boleh ikut sahaja cara yang dilakukan oleh lelaki ini.
Pertama sekali, korang kena masuk ke laman web atau aplikasi AirAsia dan tukarkan kepada Bahasa Melayu. Lepas tu klik, Chat With AVA. Robot AVA akan bertanyakan soalan, korang taip saja No (seperti dalam gambar). Robot ni tak faham jawapan kita, so dia akan bagi soalan lain.
Korang teruskan dengan menjawab No sampai AVA pening. Hiks!
Selepas itu, robot AVA akan menawarkan Chat With Allstar, korang kena pilih satu topik dan isi maklumat yang mereka minta.
Akhir sekali, korang akan dimasukkan dalam queue line dan tunggu je Allstar ‘open a conversation‘. Kalau korang lihat pada gambar, queue line chat guna BM ini hanya 50 saat sahaja. Cepat kan?
Semoga urusan korang untuk menebus kembali tiket penerbangan yang telah dibatalkan dipermudahkan.
Stay safe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah pelbagai cerita genre adiwira yang telah kita tonton. Tapi tahukah korang bahawa kebanyakan daripadanya diarahkan oleh pengarah lelaki?
Bukan tak ada pengarah perempuan yang pernah duduk di kerusi paling penting itu untuk filem bajet besar. Tetapi untuk filem bergenre adiwira?
TIADA.
Lalu apabila penulis mendapat tahu tahun 2020 bakal menampilkan 3 orang pengarah perempuan untuk filem bergenre adiwira, I can’t help being proud (and yelped a little).
Black Widow (1 Mei) akan diarahkan oleh Cate Shortland, Mulan (27 Mac) pula oleh Niki Caro. Dan Patty Jenkins akan mengarahkan filem Wonder Woman 1984 (5 Jun – antara filem yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat DC.
Namun, wanita yang mencatat rekod sebagai pengarah wanita dari Asia pertama yang mengarahkan filem adiwira ialah Cathy Yan menerusi filem Birds of Prey yang telah menemui pawagam bermula hari ini.
Ya, Birds of Prey (And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) merupakan filem sekuel kepada kisah Harley Quinn yang ditayangkan menerusi filem Suicide Squad.
Dilahirkan di China dan kini menetap di New York Amerika Syarikat, Cathy Yan menuntut di Universiti Princeton da New Your University di mana beliau menghabiskan ijazah sarjana muda dan pengajian sarjana.
Sebelum ini, Cathy bertugas sebagai seorang wartawan di the Wall Street Journal di New York, Hong Kong dan China. Kelebihan sebagai seorang penulis itu diarahkan dalam pembabitannya dalam dunia perfileman.
*
Birds of Prey bukan saja diarahkan oleh wanita tetapu juga melantik penulis skrip wanita (Chitina Hodson).
Ia menceritakan bagaimana Harley Quinn (Margot Robbie) bergabung tenaga dengan Huntres (Elizabeth Winstead), Black Canary (Jurnee Smollett-Bell) dan Renee Montoya (Rosie Perez) untuk cuba mengatasi watak jahat terbaru Gotham, Roman Sionis (Ewan McGregor) dan Victor Zsasz (Chris Messina) dari pandangan Harley Quinn.
Korang jangan lupa tonton filem ini dan beritahu kami pandangan korang mengenainya!
Tapi sebelum tu, cuba lihat karakter superhero manakah yang paling dekat dengan diri korang.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.