Media antarabangsa galak bercakap mengenai negeri Pulau Pinang akhir minggu lalu hanya disebabkan oleh figura pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Ia semua gara-gara lakonan projek berdurasi pendek dengan judul Sandiwara yang diluncurkan pada 21 Februari lalu hasil arahan pemenang Anugerah Akademi, Sean Baker (Anora).

Pulau Pinang Jadi Sebutan Media Antarabangsa Dek Lakonan Michelle Yeoh Dalam ‘Sandiwara’

Sandiwara bukan sekadar filem pendek yang biasa kita tonton, sebaliknya ia sebahagian daripada program residensi Self-Portrait yang dicipta untuk memaparkan keunikan budaya dan artistri fesyen di bawah kelolaan pengasas jenama fesyen tersebut, Han Chong.

Sebagai info, Han Chong berasal dari Pulau Pinang dan mengasaskan Self-Portrait pada tahun 2013 di London.

Menerusi Sandiwara, Yeoh, 64 melakonkan watak sebagai seorang wanita lokal yang menyusuri kota metropolitan di Pulau Mutiara yang menjadi latar DAN subjek utama filem berkenaan. Sukar untuk membayangkan subjek yang mampu menandingi pesona seniwati seperti Michelle Yeoh sepanjang 10 minit, namun begitulah berharganya persekitaran vibran seperti Pulau Pinang.

Pulau Pinang Jadi Sebutan Media Antarabangsa Dek Lakonan Michelle Yeoh Dalam ‘Sandiwara’

“Representation is very important. Saya sebagai orang luar ingin membawa ‘love letter’ buat Malaysia ke layar perak, jadi ia mesti dilakukan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab.” – Pengarah, Sean Baker.

Lakonan Yeoh dan lokasi penggambaran di Pulau Pinang yang ditonjolkan dalam Sandiwara berjaya menarik perhatian media antarabangsa.

Ini termasuklah majalah i-D dari Great Britain, majalah portal Prestige Hong Kong, Dewi Mag dari Indonesia, Vulture, W Magazine terbitan Amerika Syarikat untuk melaporkan mengenai Sandiwara. Ternyata, sentuhan Yeoh sekali lagi berjaya menempatkan nama Malaysia di mata dunia.

Ads

BACA: Michelle Yeoh, Simbol Kerja Keras & Inspirasi Malaysia, Raih Pujian Perdana Menteri!

Pulau Pinang Jadi Sebutan Media Antarabangsa Dek Lakonan Michelle Yeoh Dalam ‘Sandiwara’

Persis Jalan Cerita ‘Everything Everywhere All At Once’

Sandiwara mencabar Yeoh untuk memainkan lima karakter berbeza di mana setiap satu memaparkan Yeoh dalam persalinan berbeza daripada Self-Portrait yang mengukuhkan lagi setiap watak yang dilakonkan.

Tidak keterlaluan sekiranya penulis merasakan pengalaman menonton Sandiwara ini ibarat menonton semula filem Everything Everywhere All At Once yang berjaya mengangkat Yeoh sebagai Aktres Terbaik di Anugerah Akademi. Dalam filem berkenaan, Yeoh juga memainkan karakter Evelyn Wang yang wujud dalam beberapa senario berbeza.

Khabarnya, penggambaran Sandiwara hanya memakan masa dua hari sahaja di mana Yeoh bertukar watak sebanyak lima kali; sebagai pempengaruh berambut ‘cotton-candy’, pelayan restoran yang menunggang basikal, pengkritik makanan berbaju kulit dan seorang cef ternama.

Ads

Setiap perjalanan hidup watak-watak ini membawa penonton ‘mengelilingi’ bandar Georgetown dan memaparkan keunikan komuniti di sana sehinggalah mereka semua betemu di medan selera The Red Garden.

Di situlah mereka menemui watak kelima dan terakhir lakonan Yeoh iaitu Lady Orchid, seorang penghibur pentas di hadapan sekelompok penonton.

“Ia adalah soal mengangkat tempat asal kita dan menceritakan kisah yang terasa dekat di hati namun universal untuk dihayati oleh semua.” – Han Chong

Tinjauan di bahagian komen merasakan wujud ‘karakter keenam’ dalam Sandiwara; iaitu Pulau Pinang sendiri. Seni bina warisan, keunikan persekitaran dan lapisan sejarah yang wujud di sana membuatkan ramai terpesona untuk bercakap mengenainya. Malah tidak kurang juga yang teringin untuk berkunjung ke Pulau Pinang selepas tamat menonton Sandiwara!

JOM KLIK di pautan bawah untuk menonton Sandiwara:

Ads

Sebagai info, tayangan perdana Sandiwara di Festival Filem Berlin dan Amerika Syarikat telah dilangsungkan pada 19 Februari lalu di mana ia dihadiri oleh Michelle Yeoh, Han Chong dan Sean Baker di samping nama-nama terkenal lain seperti Kate Moss, Alessandra Amborsio dan Barbara Palvin.

Pulau Pinang Jadi Sebutan Media Antarabangsa Dek Lakonan Michelle Yeoh Dalam ‘Sandiwara’Pulau Pinang Jadi Sebutan Media Antarabangsa Dek Lakonan Michelle Yeoh Dalam ‘Sandiwara’

Terdahulu, REMAJA melaporkan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh yang dijulang sebagai penerima terbaru ‘bintang’ Hollywood Wall of Fame di Hollywood Boulevard.

BACA: Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads