Itulah yang berlaku kepada pelawak komedi wanita dalam video kontroversi di sebuah kelab komedi tempatan yang tular hanya sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah atau Amy itu telah ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan terhadap video yang disyaki menghina agama Islam itu.
Hari ini, Setiausaha Polis Diraja Malaysia iaitu Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan membuat permohonan sambung remang terhadapnya. Ini susulan tempoh reman yang akan tamat esok.
Sementara itu, teman lelaki kepada Amy yang dikenali sebagai Alex juga telah ditahan Unit Siasatan jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam dan akan direman selama tiga hari hingga Rabu bagi membantu siasatan.
Menerusi video berdurasi 54 saat di media sosial itu, Amy yang berimej hijab dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaian hingga meninggalkan pakaian yang mencolok mata. Perbuatan tersebut kemudiannya mendapat sorakan dalam kalangan penonton di kelab itu.
Setelah tular, ia mengundang pelbagai komen netizen termasuklah para pendakwah, selebriti dan pempengaruh.
Kertas siasatan terhadap mereka akan segera dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).
Tambah Noorsiah lagi, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Ads
Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengambil tindakan menggantung operasi kelab di Taman Tun Dr Ismail itu segera.
Belia Perlu Guna Akal – Faizal Azumu
Dalam pada itu, isu video kontroversi tersebut juga telah mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan yang berpendapat perbuataan tersebut bukanlah imej sifat seseorang manusia yang baik.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan belia agar menjauhi sifat negatif sedemikian dan terus berusaha memperbaiki diri.
Ads
“Manusia ini kita mesti ada rasa malu. Kalau dah tak ada rasa malu ini, kita dah letakkan diri kita setaraf dengan mahluk-mahluk yang Allah ciptakan yang tidak mempunyai akal. Jadi ini perkara yang perlu kita jauhi.
“Saya harap anak kita yang telah lakukan perkara itu bertaubat, jangan hina agama sendiri, jangan jolok pula perasaan dan hati rakan-rakan lain yang beragama Islam dan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.
Sambil itu, beliau turut berharap agar belia tempatan lain mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dan cuba membaiki diri sendiri.
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasport Malaysia telah diiktiraf sebagai pasport ke-12 paling berkuasa di dunia, menurut laporan terkini oleh Henley Passport Index. Kedudukan ini mencerminkan kekuatan pasport Malaysia yang memberi akses visa percuma atau visa pada ketibaan ke 182 buah negara daripada 227 destinasi di seluruh dunia.
Jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan ke-11 sebelumnya. Menerusi indeks yang dikemas kini setiap bulan dan merangkumi 199 pasport berbeza itu.
Difahamkan, pasport Malaysia pernah menduduki tempat kelapan iaitu dalam kedudukan 10 teratas negara paling berkuasa di dunia pada 2014. Sementara itu, Singapura mengekalkan kedudukan di tangga pertama memiliki pasport paling berkuasa dan rakyat dapat melawat serta mengakses 195 negara tanpa memerlukan visa.
Pasport Malaysia Ke-12 Paling Berkuasa di Dunia, Singapura Kekal Kedudukan No1
Perancis pula berada di kedudukan kedua diikuti Jerman, Itali, Jepun dan Sepanyol iaitu kebolehan mengakses perjalanan tanpa visa ke 192 negara.
Negara di tangga ketiga adalah Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan dan Sweden dengan kebenaran ke 191 negara.
Antara negara Asean yang lain, Brunei menduduki tangga ke-19, Thailand ke-60, Indonesia ke-65, Filipina ke-73 dan Kemboja ke-86 manakala Vietnam ke-88, Laos ke-90, serta Myanmar ke-92.
Untuk info, indeks ini dikeluarkan berdasarkan data terkumpul oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dianggap sebagai rujukan standard buat pengguna di seluruh dunia yang mahu menilai tahap kekuatan pasport negara masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya, tiada lagi istilah “abah” sebaliknya kini digantikan oleh “Along” iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Muar. Pagi ini, anak muda yang agak popular di kalangan belia ini mengetuai majlis angkat sumpah di hadapan YDP Agong sebagai Menteri Belia & Sukan yang mewakili generasi muda.
Beliau mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di di Istana Negara, pagi Isnin.
Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Memang sesuailahkan dengan usianya untuk mengetuai Kementerian Belia & SukanDiharap Along dapat mengajak lebih ramai belia meminati bidang sukan selepas ini
Berikut merupakan senarai menteri baharu:
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution
Menteri Kerja Raya, Baru Bian
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi
Berikut pula adalah senarai timbalan menteri:
Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith
Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puj
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut soal nama terutama apabila sama dengan artis popular, ianya pasti mengundang pelbagai pandangan.
Adakala ia menerbitkan rasa wow kerana biasanya individu ini lebih senang dikenali kerana nama menyamai artis popular.
Pagi ini, dek kerana seorang pengantin perempuan bernama Erra Fazira melangsungkan acara ijab kabul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam satu hantaran di Facebook miliknya mengucapkan tahniah kepada satu pasangan pengantin baru tersebut.
Mengakui agak terkejut sedikit kerana nama pengantin perempuan itu yang awalnya disangka adalah pelakon Sembilu itu, Datuk Seri Dr Zulkifli awalnya menyangka pernikahan pagi ini di pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah melibatkan pelakon popular tersebut.
*
*
Namun, rupa-rupanya, ia bukanlah ‘Puan Erra Fazira’ yang kita sangka-sangka.
Kata Dr. Zulkifli, “Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu. Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.
“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.”
Bilalah agaknya Puan Erra Fazira yang dikenali seluruh negara akan ke jinjang pelamin pula? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!