Pada usia semuda 18 tahun, nama penyanyi dan penulis lirik ini sudahpun dikira mahsyur dalam kalangan peminat muzik generasi Z.
Album sulung Olivia Rodrigo berjudul Sour telahpun dilancarkan pada 21 Mei 2021, kira-kira sebulan yang lepas. Namun impaknya masih dapat dirasakan hingga ke hari ini terutamanya single kedua yang dilancarkan berjudul Deja Vu.
Bercakap mengenai Sour, album tersebut merupakan projek yang langsung tidak melibatkan sebarang penyanyi jemputan (seperti yang menjadi kebiasaan dengan album debut penyanyi remaja lain) kerana Olivia ingin pendengar lagunya untuk mengenali siapakah diri sebagai seorang artis terlebih dahulu.
Satu-persatu lagu bergenre alternatif pop menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian penyanyi yang kini menetap di Los Angelas ini. In a way, it reminds me of Taylor Swift’s debut album. Biarpun berlainan genre, mereka berdua tidak gentar menggunakan naratif diri sebagai seorang remaja untuk dikongsikan kepada dunia dalam bentuk muzik.
Daripada tajuk album saja, penulis sudah dapat mengagak Sour ada melibatkan kisah cinta Olivia.
Katanya, “Saya tertarik dengan idea bagaimana satu perhubungan cinta boleh bertukar dusta. Bagaimana seseorang yang kamu amat cintai dan percayai boleh bertukar menjadi seseorang yang kamu tidak tahan.
Ads
“Bagi saya, sebab utama saya lancarkan (Sour) adalah untuk menceritakan kekeliruan perasaan dalaman agar orang lain boleh memahaminya.”
Obviously, Sour merupakan album yang berjaya menempatkan Olivia Rodrigo sebagai penyanyi ‘breakout’ terbaru yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Bukan saja single Deja Vu-nya menduduki carta 10 terbaik dalam Billboard Hot 100, single ketiga Olivia berjudul good 4 u juga berjaya mencapai 70 juta audio stream dan 40 juta tontonan video setelah satu minggu dilancarkan!
Perbandingan Dengan Catriona Gray
Nampaknya, Olivia Rodrigo bukan saja menarik perhatian ramai disebabkan kreativitinya dalam menghasilkan muzik. Malah rupa paras bintang remaja ini juga menjadi faktor ‘plus point’ sehingga ada yang menyamakannya dengan Miss Universe 2018 dari Filipina, Catriona Gray!
Ads
“Ya saya pernah terdengar (komen ini) dan ia adalah ‘gila’. Beliau mempunyai suara yang sedap didengar dan kadangkala saya juga mendengar nyanyiannya. (Catriona) tentunya merupakan seorang jelitawan yang hebat, saya suka sekali menontonnya.
“Orang selalu menyamakan saya dengannya, dan guys, dia ialah salah seorang wanita tercantik yang pernah saya temui. Jadi setiap kali sesiapa berkata sebegitu, I’m like, ‘Really? That’s crazy!’”
Olivia juga tidak menolak peluang sekiranya ada mana-mana penerbit filem yang inginkan mereka berdua ditampilkan sebagai pasangan adik-beradik. *Make . That . Happen . Thank . You*
“Of course! Catriona boleh menjadi kakak saya dan kami boleh menjadi orang yang sama tetapi berbeza usia,” ulasnya semasa sidang rasmi bersama penggiat media di Asia Tenggara, baru-baru ini.
Menurut laporan media di ABS CBN News, Catriona juga telah memberikan respon mengenai komen yang membandingkannya dengan Olivia.
“I was super fangirling. Saya amat terkejut.. saya hanya bayangkan seseorang yang telah berjaya melancarkan muzik (seperti Olivia) tidak akan membaca segala komen di media sosial. Tapi (Olivia) juga nampaknya telah melihat beberapa ciapan yang membandingkan kami berdua.”
“Saya amat berbesar hati mendengarkan komennya mengenai saya. Dan dia juga bercakap tentang muzik saya, that was crazy,” kata Catriona yang juga baru melancarkan single berjudul RYF.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan berkolaborasi bersama Olivia dalam sebuah single pada masa akan datang.
Untuk pengetahuan korang, Olivia berasal daripada keluarga mirip Catriona. Dia dilahirkan dan dibesarkan di California oleh ayah berdarah Filipina dan ibu berdarah Jerman-Irish. Manakala Catriona pula dilahirkan dan dibesarkan di Australia dan mempunyai ayah berdarah Scottish manakala ibunya pula dari Filipina.
*
Dengarkan album Sour oleh Olivia Rodrigo di Spotify dan di platform penstriman lain seperti iTunes, Amazon, Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Tidal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal mencuri perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi rezeki dengan orang ramai bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 12 Mac lalu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Wawa Zainal atau nama penuh Nur Hawa Zainal Abidin menunjukkan beberapa persiapan beliau membungkus beberapa barang keperluan seperti beras, telur, susu pekat manis, biskut dan roti dalam beg makanan sebelum diagihkan kepada masyarakat setempat.
Selain itu, apa yang menarik, pelakon filem ‘Sabda Kekasih’ itu turut memberikan kek bersaiz kecil dan wang not RM100 di dalam sampul raya.
“Alhamdulillah terima kasih sudi terima kek hari kelahiran Wawa,” tulisnya.
Kredit: @w4w4_zainalKredit: @w4w4_zainal
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu juga dilihat mengedarkan sendiri beg makanan tersebut kepada beberapa orang yang berada di sekitar kawasan kediamannya.
Perkongsian pelakon itu telah menyentuh hati orang ramai dan rata-ratanya menzahirkan ucapan hari lahir serta meluahkan rasa terharu serta terinspirasi untuk mengikut amalan mulia yang telah dilakukan oleh Wawa Zainal.
Sementara itu, dalam unggahan video baru-baru ini, Wawa sekali lagi membuatkan para pengikutnya tumpang gembira apabila memberikan sumbangan di sebuah pusat jagaan warga emas.
“Ya Allah tak dapat menahan kesedihan melihat orang-orang tua di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia. Ada yang mencari waris mereka kerana tersangat rindu pada anak-anak,” katanya.
“Semoga dengan kehadiran Wawa yang menumpang kasih sayang seorang anak dapat membahagiakan hari-hari mereka. Kalau korang kenal waris mereka tolong sampaikan ya,” jelas Wawa menerusi perkongsian videonya.
Kredit: @w4w4_zainal
Di ruangan komen, warga internet turut meluahkan ucapan terima kasih kepada Wawa kerana beliau ikhlas menggunakan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah untuk bersedekah kepada insan yang memerlukan lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.
Sekadar info, Wawa Zainal telah mendirikan rumah tangga dengan Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang peminat drama Korea The Penthouse, sudah tentu korang familiar dengan lagu yang dinyanyikan oleh watak utama Cheon Seo Jin dalam siri popular tersebut.
Lagu yang berjudul Queen of the Night adalah muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk pertunjukan opera The Magic Flute.
The Magic Flute adalah sebuah pertunjukan opera yang diadakan oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan kawan-kawannya. Pertunjukan opera ini ditayangkan pertama kali pada 30 September 1791 di Freihaus-Theater auf der Wieden Di Wina.
Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang lagu yang dimainkan di dalam drama The Penthouse itu. Cheon Seo Jin merupakan penyanyi soprano yang mempunyai akademi nyanyian sendiri dan menurunkan bakat kepadanya anaknya, Ha Eun Byeol. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang sudah tahu tentang jalan cerita drama ini kan?
Terbaharu, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai zumujahid_zack telah berkongsi nyanyi penyanyi soprano negara, Datuk Syafinaz Selamat yang juga pernah menyanyikan lagu Queen of The Night itu juga.
Nama Azhar Sulaiman bukanlah asing lagi dalam industri seni tanah air. Di era 90-an, pelakon dan juga seorang arkitek ini adalah anak seni yang boleh dikatakan aktor lelaki terlaris memegang watak utama dalam karya Melayu.
Dengan berbekalkan wajah tampan malah berbakat besar yang dikurniakan Ilahi, Azhar masih relevan dan menjadi ‘buruan’ penerbit dalam industri ini bagi mewarnai kaca televisyen penonton. Mana tidaknya, segala karakter yang dimainkan pelakon berpengalaman itu tidak pernah mengecewakan pencinta karya Melayu.
Usai lebih tiga dekad menempa nama di persada seni tempatan, dia akui sebuah naskhah mahupun karya yang bagus datangnya daripada hasil nukilan skrip dan pengarah yang bagus, selain dibantu para pelakon yang lain dan kru sebagai ‘tulang belakang’ bagi menjayakan sebuah jalan cerita.
“Naskhah yang bagus pastinya datangnya dari sebuah skrip dan pengarah itu sendiri. Bagi pelakon pula, kita harus lakukan part dengan baik.
“Namun, saya percaya sebuah naskhah yang bagus adalah daripada skrip dan arahan. Kita perlukan penulis skrip yang bagus untuk sebuah karya yang bagus,” tuturnya ketika ditemu bual Remaja.
Kini telah menginjak usia 52 tahun, figura bekas Finalis Hero Remaja 1990-1991 itu kelihatan persis anak muda selain memiliki penampilan yang cukup menarik.
Kongsi pelakon drama fenomena Projek: High Council itu, tiada ‘rahsia’ bagi dirinya untuk kekal awet muda dan sentiasa sihat dalaman serta luaran. Malahan, dia memaklumkan dirinya cuma menggunakan sabun ‘Dettol’ untuk keseluruhan tubuh badannya ketika mandi bagi menjaga ketrampilan.
Pelakon filem pecah panggung, Trauma itu juga mempercayai sabun tersebut sedikit sebanyak membuatkan fizikal dan kulitnya kelihatan lebih muda selain bagi menghilangkan segala kekotoran dan kuman yang ‘hinggap’ di sekitar tubuh.
“Syukur Alhamdulillah, tuhan berikan saya tubuh, kulit dan kesihatan yang sihat. Bagi saya juga, saya bertuah kerana memiliki fizikal dan penampilan ini.
“Bersyukur juga sudah tiada maintenance, saya cuma menggunakan sabun jenama Dettol dari rambut hingga ke hujung kaki kerana saya percaya semua kuman akan mati. Maka, apabila tiada kuman pada tubuh badan anda, saya rasa itulah membuat diri ini kelihatan lebih muda.
“Saya tiada rahsia pemakanan yang saya ambil, mungkin juga kerana genetik. Jika anda lihat anak perempuan saya pun, dia ‘skinny’ dan hiperaktif seperti saya,” kongsinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.