Saintis Dakwa Fenomena Hujan Di Greenland Petanda Buruk. Bakal Tenggelamkan Beberapa Bandar Besar

Share

Dalam sehari dua ini kita rasakan cuaca agak sejuk. Ditambah hujan yang turun kita pasti menyangka ia fenomena biasa. Fenomena hujan ini perkara biasa yang berlaku di negara kita dan kebanyakkan negara kan?

Tapi kalau korang nak tahu fenomena hujan turun di titik tertinggi lapisan ais Greenland bukan sesuatu yang normal. Menurut laporan, minggu lalu untuk pertama kalinya mencetuskan kegelisahan kepada para pakar terhadap masalah pemanasan global yang mencairkan lapisan ais pada kadar yang membimbangkan.

Foto Kredit : Via Encyclopædia Britannica, Inc.

“Itu bukan tanda yang sihat untuk lapisan ais,” kata Indrani Das, ahli glasiologi dengan Observatorium Lamont-Doherty Earth Columbia University. “Air di atas ais adalah petanda buruk. … Ini menjadikan lapisan ais lebih rentan terhadap pencairan permukaan.”

Memetik Reuters, apa yang menjadi kebimbangan pakar adalah, air bukan sahaja akan menjadi panas di atas permukaan salji, tetapi ia juga bakal menjadi gelap – sehingga menyerap lebih banyak cahaya matahari. Situasi ini kemudiannya akan menyebabkan ais itu cair dan meningkatkan paras laut. Kejadian ais cair di Greenland sahaja sudah menyumbang sekitar 25% kenaikan paras laut dunia sejak beberapa dekad yang lalu.

Manakala fenomena hujan yang turun beberapa jam pada 14 Ogos lalu telah menyebabkan suhu di Greeland berada lebih tinggi dari paras beku selama sekitar sembilan jam, kata para saintis di Pusat Data Salji dan Ais Nasional AS. Untuk rekod, suhu di sana tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku. Tetapi dalam masa kurang dari satu dekad, situasi ini sudah terjadi sebanyak tiga kali.

Selain itu, hal ini  juga kan mengancam negara-negara di dunia. Ekoran beberapa trilion tan ais yang telah hilang dari Greenland sejak 1994, ia telah meningkatkan paras laut serta membahayakan bandar-bandar pinggir pantai di seluruh dunia.

Foto Kredit : Via BBC

Menurut rangkaian televisyen NBC News, keadaan itu boleh menenggelamkan bandar-bandar seperti Mumbai, New York dan Amsterdam.

Untuk info, sebelum ini Trump pernah menyuarakan hasrat untuk membeli Greenland, sebuah wilayah autonomi di bawah Denmark yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik serta mempunyai populasi 56,000 penduduk. Namun hajatnya terbantut apabila Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen dengan tegas berkata, ‘Greenland bukan untuk dijual’. Presiden ke-45 AS itu dikatakan memilih pulau terbesar di dunia itu kerana ia kaya dengan sumber semula jadi seperti arang batu, zink dan bijih besi.

Pulau ini dinobatkan sebagai pulau terbesar di dunia bahkan luas wilayahnya tak jauh berbeza dengan benua Australia.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

IKLAN