Berita gembira bukan sahaja buat Malaysia Airlines tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia apabila syarikat penerbangan nasional tersebut diumumkan sebagai syarikat penerbangan komersil rasmi kelab bola sepak Inggeris, Manchester United untuk tempoh beberapa tahun.

Jalinan strategik global itu dikongsikan pada sidang media di Kuala Lumpur selepas menandatangani perkongsian di antara Malaysia Airlines dan Manchester United.

Pemilihan Malaysia Airlines ini begitu cocok dengan sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak itu terutamanya daripada tiga buah kelab rasmi Manchester United yang bertapak di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, jalinan ini secara tidak langsung membolehkan Malaysia Airlines memasarkan Hospitaliti Malaysia kepada lebih 1.1 bilion peminat kelab tersebut di seluruh dunia.

IKLAN

Di samping itu, Malaysia Airlines juga teruja dengan peluang untuk memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai agar kedua-dua jenama ikonik ini dapat memperoleh kelebihan daripada pengalaman ini.

Semakin ‘Mendunia’! Malaysia Airlines Jadi Penerbangan Rasmi Kelab Manchester United

IKLAN

Menerusi hantaran di media sosial, Malaysia Airlines juga memberi gambaran bahawa ia merancang untuk menyediakan beberapa acara istimewa (mungkin bakal dihadiri oleh pemain pasukan itu sendiri, who knows?) dan bakal menawarkan peluang memenangi hadiah berskala ‘sekali-seumur-hidup’.

Haa, apa agaknya yang sedang mereka rancang itu? Sama-sama kita nantikan.

IKLAN

Dalam pada itu, Malaysia Airlines juga melancarkan rekaan terbaru Kelas Bisnes A330neo MAG Arena bersempena MATTA Fair yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI