Sah Tayangan Joseon Exorcist Dihentikan Serta-Merta, SBS Keluar Kenyataan Rasmi

Share

Petisyen yang dibuat oleh lebih daripada 100,000 netizen di Korea terhadap drama bersiri terbaru, Joseon Exorcist nampaknya memberi impak yang besar kerana pihak SBS telah pun mengesahkan bahawa drama tersebut akan diberhentikan tayangannya serta merta.

BACA: Sebanyak 127,000 Petisyen Ditandatangani, Gesa Joseon Exorcist Hentikan Tayangan

Penonton hanya berkesempatan menonton dua episod sahaja dan selepas itu, timbul kontroversi apabila team produksi dikatakan menunjukkan pelbagai alat kebudayaan negara China dan jalan ceritanya yang bertentangan dengan sejarah Korea Selatan.

Foto: joseonexorcist.sbs

Stesen televisyen SBS telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu kontroversi ini.

Kami bagi pihak SBS ingin menjelaskan tentang drama terbaru Joseon Exorcist. Disebabkan kontroversi yang melanda drama tersebut, kami telah memutuskan untuk menghentikan kontrak hak penyiaran bagi siri Joseon Exorcist dan membatalkan semua siaran drama tersebut.

Buat waktu ini, SBS telah membayar sebahagian besar daripada biaya untuk hak penyiaran drama tersebut dan syarikat produksi telah menyelesaikan 80 peratus sesi penggambaran.

Walaupun pihak kami prihatin dengan kerugian kewangan yang ditanggung oleh rangkaian penyiaran dan syarikat produksi, serta waktu siaran program, sebagai rangkaian siaran awam, SBS akan bertanggungjawab dan ingin menjelaskan bahawa pihak kami telah memutuskan untuk menghentikan tayangan drama tersebut.

Foto: joseonexorcist.sbs

Selepas tayangan perdana Joseon Exorcist pada 22 Mac lalu, drama tersebut ‘diserang’ kerana menggunakan alat kebudayaan China dan makanan ala Cina yang bertentangan dengan sejarah Korea. Walaupun SBS mengeluarkan penjelasan dan permohonan maaf, reaksi balas daripada penonton terus bertambah apabila episode kedua drama ini merangkumi lebih banyak unsur gaya dari China.

Foto: joseonexorcist.sbs

Tidak lama kemudian, semua penaja drama tersebut menarik diri dan rangkaian televisyen juga mengumumkan bahawa mereka akan menyemak semula siri drama ini.

Namun, selepas dua hari kemudian, SBS telah pun mengesahkan bahawa drama tersebut tidak akan lagi ditayangkan.

Haih, hebat betul netizen Korea ni ya. Hiks!

Sumber: Soompi

IKLAN