
Pelakon jelita tanah air, Siti Saleha akhirnya mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton.
Perkongsian itu dibuat sendiri oleh aktres berusia 35 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambar imbasan bayi sambil memeluk suami tercinta.
Menariknya, kapsyen yang ditulis turut mencuit hati para peminat.
Meskipun begitu, bintang drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak mendedahkan usia kandungan atau sebarang perincian lanjut mengenai kehamilannya.
Difahamkan, pasangan ini juga sebenarnya telah lama menyimpan berita gembira ini daripada pengetahuan umum.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Saleha mula bertebaran apabila penampilannya di
Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu menarik perhatian ramai.Ramai yang mendakwa nampak ‘baby bump’ ketika dia menggayakan salah satu busana yang dipakai di acara itu.
Namun begitu, ketika ditanya oleh pihak media, Saleha enggan mengesah atau menidakkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Dia juga memberi bayangan bahawa dirinya bakal berehat panjang tidak lama lagi.
Sebagai info, Siti Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun berstatus ibu tunggal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.