Sah, Filem ‘Lightyear’ Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Share

Baru-baru ini kecoh tentang filem Lightyear yang dikatakan tidak akan ditayangkan di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia gara-gara babak cumbu antara sesama jenis.

BACA: Aksi Cium Sesama Jenis, Filem Lightyear Mungkin Tidak Akan Ditayangkan Di 14 Buah Negara

Terbaharu, hal ini telah pun disahkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bahawa pembatalan tayangan filem itu di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd.

LPF menjelaskan filem ‘Lightyear’ telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan. LPF telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.

Foto: Bleeding Cool

LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.

Foto: Bleeding Cool

LPF tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Kami pasti ramai peminat yang kecewa dengan perkhabaran ini, namun kita haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat ini.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN