Berita

Sah! Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan 10.10, Pilih Lokasi Ikonik Untuk Majlis Nikah

Share

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berkongsi berita bahagia mengenai tarikh pernikahan mereka.

Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan itu memilih 10 Oktober atau 10.10

sebagai tarikh istimewa untuk disatukan sebagai suami isteri.

Lebih menarik, majlis pernikahan mereka difahamkan bakal berlangsung di Menara Merdeka Maybank, yang merupakan antara bangunan ikonik di Kuala Lumpur.

Syed Saddiq turut menitipkan doa agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina bersama Bella sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Moga ALLAH memberkati ikatan perkahwinan kami. We’re getting Married!”


Berita tersebut pastinya mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hubungan pasangan ini.

Semoga segala persiapan menuju hari bahagia dipermudahkan dan semoga Bella serta Syed Saddiq bakal melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan keberkatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Fath