Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berkongsi berita bahagia mengenai tarikh pernikahan mereka.
Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan itu memilih 10 Oktober atau 10.10 sebagai tarikh istimewa untuk disatukan sebagai suami isteri.
Lebih menarik, majlis pernikahan mereka difahamkan bakal berlangsung di Menara Merdeka Maybank, yang merupakan antara bangunan ikonik di Kuala Lumpur.
Ads
Syed Saddiq turut menitipkan doa agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina bersama Bella sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.
“Moga ALLAH memberkati ikatan perkahwinan kami. We’re getting Married!”
Ads
Berita tersebut pastinya mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hubungan pasangan ini.
Ads
Semoga segala persiapan menuju hari bahagia dipermudahkan dan semoga Bella serta Syed Saddiq bakal melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan keberkatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih sedekad, Malaysia akhirnya meraih semula tempat di puncak podium dalam kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024, berkat kemenangan Aaron Tai-Kang Khai Xing di Nanchang, China, pada 13 Oktober.
Sebagai pilihan pertama kejohanan, Aaron-Khai Xing mencetak nama sebagai juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set yang mendebarkan selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah dan pilihan kedua Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.
Selepas ketinggalan 1-8 pada set pertama, Aaron-Khai Xing mencipta kebangkitan menakjubkan dengan kemenangan 21-18 dan keadaan menjadi sukar bagi mereka pada set kedua apabila tewas 15-21.
Kredit: BAMKredit: BAM
Namun, mereka akhirnya membawa pulang gelaran dengan kemenangan 21-18 dalam set penentuan.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memiliki juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi pada edisi 2011 di Taoyuan, Taiwan.
Aaron (17) meluahkan rasa lega setelah menebus kekecewaan tahun lalu apabila beliau dan bekas pasangannya Bryan Goonting hanya mampu meraih gangsa setelah tewas kepada pasangan Taiwan Lai Po Yu dan Tsai Fu Cheng 18-21, 21-15, 14-21 di separuh akhir.
Kredit: BAM
“Rasa seperti mimpi menjadi kenyataan (menang gelaran WJC). Kami merasakan tekanan di set kedua tetapi kami tidak berputus asa dan akhirnya kami berjaya,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.
Dalam pada itu, tiada pengakhiran manis untuk beregu wanita remaja negara Zi Yu-Dania Sofea Zaidi apabila mereka gagal menentang pilihan keempat dari Jepun Ririna Hiramoto-Aya Tamaki 17-21, 17-21 di pentas final.
Walaupun tewas, pasangan bukan pilihan itu layak diberi pujian atas pencapaian cemerlang mereka dalam kejohanan besar pertama termasuk kejayaan mengejutkan pilihan utama dari China Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue 16-21, 21-16, 21-17 di separuh akhir semalam.
Kredit: BAM
Keputusan pada Ahad menyaksikan Zi Yu-Dania mengulangi kejayaan Pearly Tan-Toi Ee Wei yang menjadi naib juara edisi 2018 di Markham, Kanada.
Bercakap selepas perlawanan, Dania (16) mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengejar rentak lawan yang bermain pada tahap yang lebih pantas sepanjang perlawanan.
Selain itu, Zi Yu (14) merasa sedikit sedih kerana tidak dapat membawa kejayaan kepada Malaysia tetapi beliau masih berbangga menjadi pemain termuda beraksi dalam WJC.
Minggu lalu, Malaysia meraih gangsa dalam acara berpasukan campuran setelah tewas kepada tuan rumah, China, dengan keputusan 76-110 di separuh akhir.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perjalanan pulang selepas menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 bertukar menjadi tragedi apabila seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), sekali gus menjadikannya mangsa keenam yang dilaporkan terkorban dalam nahas berkaitan program berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Arissa Shazzira Zainudin, 21, berasal dari Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan, Pahang dan difahamkan sedang melanjutkan pengajian di sebuah IPTS di Kuala Lumpur.
Maut Dalam Perjalanan Pulang
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.55 petang di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan pada Ahad.
Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu sekitar jam 5.10 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan bantuan.
Rempuh Belakang Kenderaan Di Lorong Kecemasan
Siasatan awal mendapati mangsa menunggang sebuah motosikal Yamaha 125ZR, manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.
Pemandu Mitsubishi Triton yang dalam perjalanan menuju ke Ampang, Selangor dikatakan berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.
Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai datang dari arah belakang sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.
Mangsa Meninggal Dunia Di Lokasi
Akibat pelanggaran itu, Arissa tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian, manakala mayatnya kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Jadi Mangsa Keenam Berkaitan RXZ Members 8.0
Insiden itu menjadikan Arissa sebagai mangsa keenam yang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan Perhimpunan RXZ Members 8.0.
Tragedi berkenaan sekali lagi mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan penunggang motosikal, khususnya ketika perjalanan pulang selepas menghadiri himpunan berskala besar.
Pihak polis memaklumkan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan sama ada terdapat sebarang unsur kecuaian yang menyumbang kepada kejadian tersebut.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu atau menunggang motosikal, termasuk memastikan tahap keletihan berada dalam keadaan terkawal serta berhenti berehat di lokasi yang selamat apabila perlu.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia kini berdepan dengan satu krisis yang cukup membimbangkan? Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mendedahkan masalah besar yang mungkin ramai tak ambil serius iaitu kekurangan jururawat di seluruh negara.
Masalah Yang Nampak Kecil, Tapi Kesannya Besar
Menurut Dr. Dzulkefly, isu kekurangan jururawat ini bukan perkara baharu, tapi sekarang ia dah sampai ke tahap yang sangat kritikal. Walaupun nampak macam isu kecil, hakikatnya, kekurangan jururawat boleh beri kesan besar terhadap sistem kesihatan negara.
Dr. Dzulkefly
“Isu ini realiti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang tangani secara berterusan dan ia antara cabaran utama kami,” jelas beliau ketika ditemui media.
Untuk pengetahuan korang, KKM dah ambil beberapa langkah termasuk meningkatkan jumlah pelatih jururawat sehingga 1000 orang, tapi jumlah tu masih belum cukup untuk menampung keperluan semasa.
Ramai Pilih Tinggalkan KKM, Sertai Sektor Swasta
Satu lagi fakta yang korang patut tahu — sepanjang tahun 2020 hingga 2024, sebanyak 6,919 petugas kesihatan, termasuk jururawat, dilaporkan meletak jawatan daripada sektor awam.
Kenapa ramai tinggalkan KKM? Jawapannya kerana tawaran gaji dan faedah yang lebih besar di sektor swasta!
Bayangkan, dengan beban kerja yang tinggi di hospital kerajaan, ramai jururawat lebih memilih untuk berpindah ke hospital swasta atau ke luar negara yang menawarkan gaji lumayan dan suasana kerja yang lebih baik.
Apa Langkah Seterusnya?
Menteri Kesihatan mengakui, usaha menangani masalah ini bukan mudah. Antara langkah yang sedang dipertingkatkan termasuk:
✅ Menambah bilangan pelatih jururawat di institusi pengajian. ✅ Memperbaiki insentif dan kemudahan untuk jururawat sektor awam. ✅ Menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kerjaya untuk jururawat. ✅ Memastikan kebajikan dan sokongan mental pekerja kesihatan sentiasa diberi perhatian.
Jururawat, Tulang Belakang Sistem Kesihatan Negara
Ramai remaja mungkin tak sedar, kerjaya jururawat bukan sekadar kerja biasa. Jururawat adalah barisan hadapan yang sentiasa berdepan situasi kritikal, menjaga pesakit, memberi rawatan, malah terlibat dalam misi kemanusiaan.
Tanpa jururawat yang mencukupi, perkhidmatan kesihatan boleh lumpuh dan pesakit tidak akan mendapat rawatan sewajarnya.
Kalau korang tengah fikir hala tuju lepas SPM atau ingin ceburi bidang yang beri impak besar pada masyarakat, kejururawatan adalah pilihan yang mulia dan diperlukan. Tanpa jururawat yang cukup, sistem kesihatan negara boleh terganggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!