Itulah yang disampaikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di luar Istana Negara setelah beliau menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi.
Berikut merupakan di antara inti pati perkara yang disampaikan oleh beliau :
“Saya junjung kasih kerana Tuanku titah menghadap untuk menyampaikan pandangan Tuanku bahawa perlu ada kesepakatan (dan) kerjasama semua pihak supaya kerajaan itu kukuh dan boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulih ekonomi.
Ads
“Kerajaan yang ditubuhkan kelak insyaAllah harus mewakili semua pihak, semua kaum dan semua wilayah. Maknanya, inklusif dalam kata sebenarnya.
“Setelah menjunjung kasih dan terima baik pandangan dan semangat Kerajaan Perpaduan yang kebetulan saya sebut juga semalam, maka saya juga memberikan pandangan
“Kita berikan masa sedikit untuk kami dan tentunya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk memberikan pertimbangan dan kebijaksanaan Tuanku untuk memutuskan secara mutlak,” katanya.
Ads
Beliau sempat berseloroh bahawa kini terdapat kekosongan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan ia terbuka untuk pemohonan; merujuk kepada dirinya dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedua-dua calon Perdana Menteri ke-10 Malaysia itu menghormati sesi tersebut dan kini berserah kepada pertimbangan YDP Agong, kebijaksanaan dan ihsan Tuanku.
Ads
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak menemui rakan pemberita di luar Istana Negara dan terus pulang ke kediamannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pastinya sebelum ini korang pernah mendengar tentang khasiat minyak ikan yang baik untuk kesihatan diri kan? Namun begitu, adakah ia benar-benar memberi manfaat dan apakah kebaikan yang bakal kita peroleh jika mengamalkan pengambilan minyak ikan?
Minyak ikan adalah minyak dari ikan berlemak seperti salmon, makerel, tuna, tenggiri, kod dan sardine yang kaya dengan omega-3. Ada tiga jenis utama lemak sid omega-3 yang disebut sebagai ALA, DHA, dan EPA. Ikan berlemak menyediakan DHA dan EPA. Manakala, ALA boleh diperolehi daripada tumbuhan seperti biji rami, biji labu dan kacang walnut. Badan manusia tidak boleh menghasilkan omega-3 jadi ia hanya datang dari diet pemakanan.
Jadi, apakah khasiat yang korang bakal peroleh sekiranya mengambil minyak ikan? Berikut kami senaraikan antara khasiat dan kepentingan minyak ikan mengikut nasihat dietitian.
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Banyak kajian telah membuktikan omega-3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung, insiden serangan jantung dan kematian akibat serangan jantung. Hal ini kerana, omega-3 dalam minyak ikan membantu untuk meningkatkan kolestrol baik, mengurangkan trigliserida (lemak di dalam darah) dan seterusnya mengelakkan penyumbatan atau pembentukan plak pada salur darah ke jantung yang menyebabkan serangan jantung.
2. Menurunkan tekanan darah
Jika korang mengalami tekanan darah tinggi, ia boleh menjadi manfaat kepada korang kerana minyak ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Walaubagaimanapun, pengurangan tekanan darah dilihat adalah minimal dan tidak seharusnya digunakan sebagai ubat untuk menurunkan tekanan darah ya.
Beberapa kajian di dalam kalangan dewasa mencadangkan kebaikan omega-3 di dalam rawatan mengatasi masalah kemurungan. Golongan depresi sering dikaitkan dengan tahap EPA & DHA (omega-3) yang rendah. Omega-3 sebenarnya dapat membantu dalam menimbulkan kesan antidepresan, termasuk tindakan anti-radang yang secara tidak langsung membantu dalam mengatasi masalah kemurungan.
4. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak
Omega-3 sangat penting untuk tumbesaran otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Hal ini kerana, ianya merupakan sebahagian komponen penting bagi pembentukan otak manusia. Antara manfaat pengambilan omega-3 yang cukup untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak adalah:
Otak yang lebih cerdas
Kemahiran berkomunikasi and bersosial yang lebih baik
DHA (omega-3) adalah komponen utama dalam pembentukan retina mata. Kekurangan DHA akan menyebabkan masalah penglihatan. Selain itu, omega-3 yang cukup mampu mengurangkan risiko penyakit AMD iaitu masalah mata yang menyebabkan buta penglihatan yang sering terjadi di dalam kalangan warga emas.
6. Mencegah kanser
Pengambilan omega-3 dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat kanser usus. Golongan yang mengambil omega-3 lebih banyak mempunyai risiko terkena kanser usus hingga 55% lebih rendah. Selain itu, pengambilan omega-3 dikaitkan juga dengan pengurangan risiko kanser prostat pada lelaki dan kanser payudara pada wanita. Bagaimanapun, kajian yang lebih terperinci diperlukan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), saranan pengambilan ikan yang kaya dengan omega-3 adalah 1-2 hidangan seminggu sebagai perlindungan dari penyakit jantung koronari dan strok iskemia. Terdapat banyak produk suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Suplemen bukannya satu keperluan jika saranan telah dicapai melalui diet harian.
Jadi, sekiranya korang telah mendapatkan omega-3 daripada hidangan makanan lebih kurang satu atau dua kali seminggu, ia sudah cukup memadai tanpa perlu mengambil suplemen minyak ikan lagi.
Diharap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan dan informasi untuk korang mengetahui khasiat sebenar minyak ikan untuk kesihatan diri kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Angka 3,450 kes remaja melarikan diri dari rumah di Malaysia bukanlah satu jumlah yang sedikit.
Pendedahan tersebut dilakukan oleh Ketua Penolong pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asistem Komisioner Siti Kamsiah Hassah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan media di Kosmo! Ahad untuk kes-kes yang dicatatkan dari 1 Januari 2018 hingga 31 Januari 2021.
Lebih membimbangkan apabila 70 peratus ataupun 2,393 kes membabitkan remaja perempuan. Kebanyakan pelaku pula berusia antara 13 hingga 18 tahun. Haihh..
Menurut kutipan kes mengikut pecahan negeri pula, beliau kongsikan bahawa Selangor mencatat jumlah kes terrtinggi (530 kes) diikuti Johor (464 kes) dan Sabah (447 kes).
Manakala, Perlis dan Melaka pula mencatatkan jumlah kes terendah; masing-masing dengan 62 kes dan 58 kes.
Terlalu Ikutkan Kata Pasangan
Lapor PDRM lagi, antara punca ‘popular’ yang diterima mereka semasa melaporkan kes melarikan diri ini adalah keinginan remaja untuk hidup bebas atau terlalu mengikutkan kehendak pasangan kekasih yang ingin hidup berduaan serta memulakan ‘kehidupan baharu’.
Selebihnya, ada remaja yang nekad melarikan diri daripada terus didera oleh oleh keluarga sendiri, remaja yang ingin hidup berdikari dengan mencari pekerjaan sendiri dan remaja yang enggan tinggal bersama ibu ataupun bapa tiri.
Biarpun pelaku mungkin mempunyai alasan kukuh untuk melarikan diri dari rumah seperti didera, sebagai contoh, keselamatan dan keupayaan mereka untuk hidup berseorangan tanpa bantuan masih mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak.
Oleh sebab itu, PDRM dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan mewujudkan sistem Nur Alert sejak tahun 2007. Inisiatif ini membantu mempercepatkan usaha mengesan mangsa hilang.
Sumber Foto Hiasan : pexels.com (Vladislav Murashko)
KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA PEREMPUAN PALING RAMAI LARI DARI RUMAH
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.
Dalam hal ini, tentunya ibu bapa atau para penjaga memainkan peranan utama bagi memastikan jumlah kes remaja lari dari rumah dapat dikurangkan. Begitupun, sebagai remaja, korang harus menyedari tindakan melarikan diri itu mendatangkan bahana dan bukanlah semudah yang kita tonton dalam drama atau filem.
Ya, kadangkala kita ingin mengikut perasaan serta emosi akibat rasa tidak tahan dengan kehidupan sekarang. Namun, tindakan melarikan diri bukanlah solusi yang tepat demi menyelesaikan sebarang masalah.
Malah, ia hanya akan merencatkan zaman remaja korang kerana masa depan selepas melarikan diri tidak dapat dijamin sama sekali.
Mungkin ada yang berjaya untuk berdikari, namun sejumlah besar daripada remaja yang melarikan diri dikhuatiri akan hidup merempat tanpa tujuan.
Apabila bergelar selebriti, pastinya bilangan pengikut yang dimiliki bertambah ramai. Terkenal dan dikenali, selalunya selebriti menjadi pilihan pelbagai jenis jenama untuk bekerjasama tidak kiralah sebagai duta, juru cakap atau membuat reviu.
Namun tidak semua produk yang diterima sebenarnya baik, ada juga yang memberikan kesan negatif kepada tubuh. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi terkenal, Nourul Depp, baru-baru ini dia telah menolak tawaran satu jenama yang menawarkan rawatan menggunakan gelombang atau sebarang mesin.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu, Nourul dalam e-mel balasannya kepada jenama tersebut menyatakan dia tidak bersetuju untuk melakukan reviu. “Pertama kalinya, saya dengan senang mahu memberi penjelasan yang mana saya tidak menyokong mana-mana rawatan yang menggunakan gelombang atau mesin.
“Ia akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang apabila syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa produk mereka tidak kasar dan tidak memudaratkan kesihatan.
“Perkara ini terjadi kepada saya sehingga terpaksa membuang uterus. Kedua, saya telah berhijrah ke negara asing dan yang ketiga, saya memilih dan tidak selalu melakukan reviu,” tulisnya.
Tangkap layar hantaran Instagram Nourul Depp
Dalam kapsyennya pula, ibu kepada empat cahaya mata ini menegaskan bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah untuk mendidik orang ramai. Dia turut menyatakan bahawa alasan untuk menolak melakukan reviu itu bukan atas rasa sombong tetapi atas dasar prinsip tidak melakukan reviu sesuka hati kerana duit.
“Saya hanya memilih produk terbaik, yang tidak memberikan sebarang kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Saya pernah mengunakan steroid sebelum ini dan adalah pelanggan kepada beberapa klinik yang saya lakukan beberapa reviu sehingga menyebabkan kemudaratan.
“Saya tidak mahu melakukannya lagi terutamanya jika ia boleh membahayakan peminat, rakan, keluarga atau pengikut saya. Sesetengah orang mempromosikan beberapa produk hanya untuk poket mereka sendiri tanpa memikirkan bahawa produk itu boleh membahayakan mereka.
“Pilih untuk mengenali dengan bahan-bahan produk, siapa pengasasnya, siapa pengedar, berapa lama syarikat itu, asal syarikat dan akhir sekali, adakah produk tersebut menyenaraikan semua bahan dan adakah mereka mengikut undang-ungdang dos berlebihan (mega dose),” ujar pelantun lagu Kerana Terluka ini dalam usaha untuk mendidik masyarakat.
Nourul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wabab menyeru lagi supaya orang ramai tidak mengamalkan sikap mahukan hasil yang cepat tetapi kesihatan dan nyawa tergadai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!