
How can Shakira be 49! Apa rahsia di sebalik kulit flawless yang dimiliki bintang latin ini?
Demam Piala Dunia Fifa 2026 masih belum reda biarpun ia telah melabuhkan tirai pada awal pagi Isnin dengan menyaksikan Sepanyol merangkul gelaran juara selepas menewaskan Argentina 1-0 pada masa tambahan.
Begitupun, bukan aksi di padang sahaja yang meraih perhatian ramai semalam. Ternyata, 1.8 bilion penonton yang sanggup bersengkang mata dan melupakan rutin lain untuk berada di hadapan skrin juga hangat berceritakan mengenai barisan artis yang membuat persembahan pada perlawanan akhir tersebut.
Antara nama yang paling mencuri perhatian ialah penyanyi Colombia, Shakira.
Sinonim sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia FIFA sejak tahun 2006 menerusi lagu remix Hips Don’t Lie bersama Wyclef Jean, beliau kemudian meneruskan tradisi tersebut menerusi Waka Waka (This Time For Africa) pada 2010, La La La bersama Carlinhos Brown pada 2014 dan terbaru menerusi lagu Dai Dai bersama Burna Boy bagi edisi 2026.
Selain persembahan bertenaga dan vokal yang mantap, ramai turut kagum melihat penampilan penyanyi berusia 49 tahun itu yang masih kelihatan muda serta memiliki kulit wajah yang berseri.
Walaupun sering menjadi bualan mengenai rahsia kecantikannya, Shakira tidak pernah mengesahkan sama ada beliau pernah menjalani sebarang prosedur kosmetik atau pembedahan estetik.
Sebaliknya, beliau pernah berkongsi bahawa rahsia utama penampilannya adalah melalui rutin kecantikan Shakira yang konsisten dan mudah diamalkan setiap hari.
1. Tidak Gemar Rutin Yang Rumit
Shakira lebih mengutamakan rutin penjagaan kulit yang ringkas tetapi berkesan. Baginya, rutin yang terlalu panjang sukar diamalkan secara konsisten, justeru beliau memilih langkah-langkah asas yang benar-benar memberikan manfaat kepada kulit. So keep it simple but consistent okay!
2. Menggunakan Red Light Therapy
Sebelum memakai sebarang solekan, Shakira akan menggunakan topeng red light therapy untuk membantu mengurangkan keradangan pada kulit wajah.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, beliau menjelaskan alat tersebut tidak menyakitkan kerana menggunakan teknologi cahaya tanpa wayar yang membantu menenangkan kulit sebelum proses solekan bermula.
3. Mengamalkan Gua Sha
Langkah seterusnya dalam rutin kecantikan Shakira ialah melakukan urutan gua sha pada wajah dan leher menggunakan tekanan lembut.
Teknik ini dipercayai membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan wajah bengkak selepas bangun tidur serta memberikan ilusi wajah yang lebih tegang apabila diamalkan secara konsisten.
Menariknya, ketika melakukan urutan tersebut, Shakira turut memanaskan vokalnya sebagai persediaan sebelum membuat persembahan.
Talk about a multitasking queen!
4. Tidak Pernah Mengabaikan Sunscreen
Salah satu langkah paling penting dalam rutin kecantikan Shakira ialah memakai krim pelindung matahari atau sunscreen setiap pagi.
Menurutnya, pendedahan kepada cahaya matahari merupakan antara faktor utama yang mempercepatkan proses penuaan kulit. Oleh sebab itu, penggunaan sunscreen dengan SPF yang sesuai menjadi rutin wajib walaupun tidak berada di luar dalam tempoh yang lama.
5. Memilih Kandungan Skincare Yang Betul
Shakira turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan sesuatu jenama. Sebaliknya, lebih penting untuk meneliti kandungan produk sebelum membuat pembelian.
Beliau mengesyorkan memilih produk yang bebas daripada paraben, sulphates dan wangian tiruan.
Pada masa sama, produk yang mengandungi Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Marula Oil boleh membantu memberikan kelembapan, meningkatkan keanjalan kulit serta menjadikan wajah kelihatan lebih cerah dan sihat.
Hakikatnya, rutin kecantikan Shakira tidaklah terlalu kompleks atau mahal. Apa yang lebih penting ialah disiplin untuk melakukannya secara konsisten setiap hari.
Gabungan penjagaan kulit yang ringkas, perlindungan daripada cahaya matahari serta pemilihan bahan aktif yang sesuai mungkin menjadi antara faktor yang membantu penyanyi itu terus tampil yakin di pentas antarabangsa seperti final Piala Dunia FIFA walaupun kini berusia 49 tahun.
Kalau korang sedang mencari inspirasi rutin penjagaan kulit yang mudah diamalkan, mungkin sudah tiba masanya mencuba beberapa teknik yang diamalkan oleh Shakira. Mana tahu, kulit wajah pun semakin sihat, berseri dan tampak muda seiring usia remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.