Rusia Perkenal Burger ‘Uncle Vanya’ Ganti McDonald’s, Tapi Logo Macam Familiar

Share

Jika sebelum ini viral rakaman video rakyat Rusia sanggup berbaris panjang untuk satu hidangan terakhir sebelum jenama itu ditutup disebabkan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine.

Foto Via Sky News

Malah, REMAJA pernah melaporkan mengenai penutupan operasi beberapa syarikat besar di Rusia. Antara yang mengambil tindakan sedemikian rupa termasuklah francais makanan segera popular dari Amerika Syarikat, McDonald’s.

BACA LAGI : Perang Ekonomi Bermula : McDonald’s, Starbucks & Apple Tutup Operasi Di Rusia – REMAJA

Terbaru, dilaporkan rangkaian perniagaan burger yang sedang berkembang di Rusia iaitu ‘Uncle Vanya’ tiba-tiba menjadi popular dan menjadi pengganti kepada McDonald’s.

Memetik laporan New York Post, Uncle Vanya baru-baru ini mendedahkan logo yang kelihatan sangat mirip dengan “Golden Arches” iaitu logo yang digunakan oleh McDonald’s.

Foto Via Time Out

Pemfailan tanda dagangan pada 12 Mac menunjukkan imej yang hampir menyerupai logo McDonald’s yang dipusingkan.

Hanya memusingkan huruf ‘M’, ia menunjukkan huruf Cyrillic “B” yang merujuk kepada “V” bagi Uncle Vanya. Tambahan lagi, logo itu juga dicetak dengan warna kuning dan latar belakang merah. Senang kerja Uncle Vanya…hehe

 

Awal bulan ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah mencadangkan agar Kremlin bergerak untuk merampas aset daripada syarikat yang keluar dari negara itu. Beliau telah memperkenalkan ‘pengurusan luar’ dan memindahkan perusahaan kepada mereka yang ingin bekerja.

Oleh itu, McDonald’s mungkin dipilih sebagai salah satu sasarannya.

Vyacheslav Volodin, pegawai tertinggi negeri Duma di Rusia berkata bahawa, restoran Rusia harus mengambil alih lokasi McDonald’s – dengan rujukan khusus kepada restoran Uncle Vanya.

Media juga melaporkan bahawa ramai rakyat Rusia yang menjual produk McDonald’s pada harga yang terlalu tinggi melalui platform dalam talian. Malah, tular mengenai satu kiriman di Reddit yang mendakwa bahawa seorang warga Rusia memenuhi peti sejuknya dengan burger McDonald’s sebelum penutupan secara rasminya.

ARTIKEL BERKAITAN : Perang Ekonomi : Rakyat Rusia Amat Mengidam McD, Burger Masuk Pasaran Gelap!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: New York Post

IKLAN