Kita dilahirkan dari perut ibu yang sama. Membesar bersama-sama, ada suka dan duka. Tapi itulah kenangan yang paling manis untuk kita kenang bila masing-masing semakin meningkat dewasa.
Dalam masyarakat, kita dapat melihat ada hubungan adik-beradik yang amat rapat sesama mereka sehinggakan mereka akan terkesan tidak dapat bertemu sepanjang tempoh pandemik ini. Namun, tidak kurang juga ada adik-beradik yang berantakan atau bergaduh terutamanya disebabkan soal harta, tanggungjawab sebagai anak dan sebagainya.
Untuk pengetahuan, sekiranya pergaduhan tercetus di antara adik-beradik, telah hilang rahmat Allah dalam keluarga itu. Sebab itulah penting untuk kita menjag hubungan ini sebaik mungkin.
Ads
Dalam bab rezeki, tentunya ada adik, abang atau kakak kita yang mungkin mempunyai lebih rezekinya berbanding yang lain.
Sekiranya kita lihat ada adik-beradik sendiri yang lebih susah sedikit, bantulah mereka dengan rezeki yang Allah telah berikan. Kata Rasullah SAW, sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat.
Contoh hubungan adik-beradik yang akrab di antara Syatilla, Syifa, Syifa & Syafiqah membawa kepada kejayaan dalam jenama perniagaan sendiri.
Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Ilmu, ia menceritakan kisah seorang jutawan yang dahulunya yang pernah ‘berkira’ dalam soal membantu adik-beradiknya tapi apabila Allah berikan hidayah selepas beliau belajar tentang agama dengan lebih mendalam, ternyata suatu keajaiban terjadi.
Ads
“Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi. Saya tak nak tag nama dia yang sebenar, kita panggil dia Haris. Baru umur 40 lebih tapi sudah kaya-raya. Rumah besar. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.
“Dia pernah berkata, ‘Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik walauoun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya muka tidak berkira dengan mereka. Jadi Khalil, kalau ada adik-beradik susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki dekat kita melimpah-ruah.’
“Terus teringat kata-kata seorang ustaz yang berbunyi, ‘Salah satu punca hidup kita sempit, susah disebabkan putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.”
Ads
“Sedih lihat ada adik- beradik yang tidak bertegur-sapa bertahun-tahuh. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan mereka walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.
“Ustaz saya kata, ‘Jika kita cepat maafkan orang di dunia, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.’
Selain itu, Norreen juga berkongsi dia mendapat sokongan yang kuat daripada suami tercintanya iaitu Razzi Razak untuk terus istiqamah dalam berhijab.
“Pertama sekali, saya rasa selamat dan gembira. Saya juga rasa lebih yakin apabila tampil berpakaian sebegini. Saya gembira dengan penampilan ini.
“Sudah pastinya suami saya sangat menyokong saya untuk teruskan istiqamah dalam berhijab. Kemanisan itu biar di rumah sahaja, jadi dia pun okey dan tidak cakap banyak malah dia senyum sahaja,” katanya.
Dikenali dengan seloroh rawaknya di media sosial, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan dia akan mencuba untuk mengurangkan penggunaan kata-kata kesat dan tidak sepatut seperti sebelum ini.
Selanjutnya, Norreen sempat menitipkan kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang masih baru sahaja dalam fasa penghijrahan berhijab.
“Saya masih orang yang sama, cuma kita kurangkan carutan itu. Kalau boleh tak mahu dah. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya rasa sudah tidak perlu lagi untuk mengeluarkan kata-kata begitu.
“Ketawa pula, saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul cuba untuk kawal ketawa saya. Untuk yang baru sahaja berhijab seperti saya, teruskan dan kekalkan istiqamah itu.
“Dapatkan juga orang sekeliling yang dalam penghijrahan juga dan sentiasa yakin yang diri kita akan kekal istiqamah. Kita boleh lakukan, Allah itu ada,” ujarnya panjang.
Terdahulu, Norreen memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung dan telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di Instagram.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kena gigit nyamuk mungkin satu perkara yang biasa, namun kadangkala bila kita digigit nyamuk, kawan-kawan yang lain tidak pula digigitnya sekali. Hiks!
Mesti korang pernah mengalami situasi seperti ini kan?
Tahukah korang, nyamuk sebenarnya tertarik dengan beberapa ciri-ciri tertentu?
Doktor Samhan telah pun berkongsi informasi tentang 6 sebab kenapa korang sering digigit nyamuk. Jom kita lihat antara point-point menarik ini.
1. Darah jenis O
Jenis darah tertentu lebih manis daripada yang lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya dengan darah jenis A.
2. Individu bertubuh besar
Menurut kajian, ia kena-mengena dengan kadar metabolism dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan daripada badan sewaktu pembakaran tenaga. Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka dan ia boleh dikesan dari jarak 50 meter.
Jadi, lebih besar korang, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan dan katakana korang bersaiz besar dalam kumpulan keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk digigit nyamuk.
3. Wanita hamil
Menurut satu kajian yang dilakukan di Afrika, wanita hamil dua kali ganda berpeluang digigit nyamuk kerana mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida. Malah, dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21% lebih banyak gas tersebut berbanding wanita biasa.
4. Individu yang sedang bersenam
Nyamuk tertarik dengan asid laktik, kompaun yang dikesan dalam peluh. Selain itu, senaman juga meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
5. Memakai pakaian gelap
Ini logik paling asas di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian korang juga memberi indikasi yang serupa. Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan, nyamuk sukar terbang dalam angin jadi mereka lebih memilih untuk berpusat di dataran. Persekitaran gelap membuatkan mereka lebih selesa.
6. Individu kuat berpeluh
Asid tertentu dalam tubuh badan seperti laktik dan urik serta kolesterol mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Ia juga menarik perhatian nyamuk kerana orang jenis ini mempunyai kadar metabolism tinggi selain memproses kolesterol lebih cepat daripada yang lain.
Oh, rupa-rupanya memang nyamuk ni memilih juga ya? Hiks!
Bintang bola sepak terkenal dari Brazil, Neymar Jr., sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli sebuah kereta mewah yang diinspirasikan daripada filem adiwira Batman pada harga AS$1.5 juta (RM6.3 juta), lapor portal berita VNExpress.
Kereta berkenaan merupakan Batmobile Tumbler, iaitu replika ikonik yang menyerupai kenderaan milik Batman dalam trilogi filem The Dark Knight arahan pengarah tersohor Christopher Nolan. Model ini bukan kereta mainan atau paparan pameran semata-mata, tetapi adalah sebuah jentera berkuasa tinggi yang boleh dipandu di jalan raya sebenar.
Hanya 10 Unit Di Dunia
Apa yang menjadikan pembelian ini begitu istimewa ialah Batmobile Tumbler ini adalah satu daripada hanya 10 unit yang dibina oleh studio Warner Bros sempena ulang tahun ke – 85 watak Batman. Ia juga direka khusus dengan dimensi yang mengagumkan sepanjang 4.65 meter dan selebar 2.8 meter, menjadikannya benar-benar menonjol di jalanan.
Lebih mengujakan, kereta ini dilengkapi dengan enjin V8 berkapasiti 6.2 liter yang mampu menghasilkan sehingga 525 kuasa kuda. Ia bukan sekadar simbolik kepada dunia adiwira, malah berfungsi sebagai kenderaan berprestasi tinggi yang seiring dengan gaya hidup mewah Neymar.
Pemilik Setia Dunia Batman
Neymar bukanlah peminat biasa apabila menyentuh soal Batman. Menurut laporan, beliau tidak pernah terlepas menyaksikan setiap tayangan filem adiwira tersebut, menjadikannya salah seorang peminat tegar watak ikonik berkenaan.
Pembelian kereta ini jelas membuktikan sejauh mana minat mendalam beliau terhadap dunia Batman menjadikan fantasi zaman kecil satu realiti melalui kuasa dan kejayaan yang dikecapinya hari ini.
Gaya Hidup Mewah Seorang Ikon Sukan
Selain kereta adiwira ini, Neymar turut memiliki gaya hidup serba mewah yang mencerminkan statusnya sebagai antara atlet paling terkenal dan berpendapatan tinggi di dunia. Beliau mempunyai penthouse di Dubai bernilai AS$50 juta (RM211 juta), beberapa hartanah di Miami, serta sebuah pulau persendirian di Brazil.
Kisah Neymar ini bukan hanya tentang kemewahan semata-mata, tetapi juga bagaimana seseorang boleh mengejar minat dan menjadikannya kenyataan apabila berusaha dan berjaya dalam bidang yang diceburi.