Pelakon berbakat besar, Ruhainies tampil memohon maaf dan mengakui khilaf susulan dirinya dikecam warganet selepas mengenakan pakaian yang didakwa mencolok mata, ketika menghadiri sebuah majlis di ibu kota, baru-baru ini.
Menurut Ruhainies, dirinya baru sedar pakaian tersebut didapati mencolok mata ketika dia ingin bergegas ke majlis berkenaan.
“Terlebih dahulu saya memgakui ia kesalahan saya. Pada hari berkenaan, saya terlewat untuk menghadiri majlis tersebut. Jadi, saya tidak cuba dahulu baju itu sebelum saya hadiri majlis berkenaan.
Ads
“Ia kerana baju itu adalah baju baharu. Jadi, stylist (penata gaya) saya yang tolong belikan. Saya tidak cubalah, selepas saya nak bersiap untuk ke majlis tersebut dan pakai-pakai…
“Oooo, I can see yang tidak sepatutnya. Jadi selepas itu, saya menukar pakaian selepas majlis berkenaan. Sorry…” katanya kepada Remaja.
Ads
Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.
Ads
Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat pelakon itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah hampir sebulan kita menyambut Aidilfitri, mesti ramai yang dah mengeluh bila berat badan mula naik.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 17 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah.
Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Frog Jump
4. Side Jump
5. Sumo Squat
6. Narrow Squat
7. Lunges
8. Lunges High Knee
9. Mountain Runner
10. Mountain Cross
11. Mountain Climbers
12. Race Block
13. Plank Jack
14. Push Up
15. Wide Push Up
16. Triangle Push Up
17. Staggered Push Up
Setiap pergerakan workout ini dibuat selama 20 saat dan setiap kali ingin bertukar ke workout yang lain, korang boleh rehat selama 10 saat.
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba cuti Awal Muharram pada hari ini ‘dilanda’ sebuah isu yang berkait dengan pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah.
Bukan isu Mira ingin mendirikan rumah tangga ya, tetapi isu ‘cultural appropriation’ apabila Mira menyarungkan pakaian tradisi masyarakat India untuk kempen terbarunya.
Untuk pengetahuan, Mira menyarungkan Lehnga daripada Cassandra Collection untuk penggambaran gambar sebuah kempen kolaborasi di antara Lavue Lens dan Mira Filzah yang akan dilancarkan pada 31 Ogos ini.
Seorang pemilik akaun Twitter secara tiba-tiba menyentuh topik ini dan menganggap Mira ‘mencedok’ budaya masyarakat India dan mengaut keuntungan daripadanya.
Dalam ciapan terbaru pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, Mira mengambil langkah awal memohon maaf sekiranya tindakannya menyarungkan Sari disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Kata Mira, “Isu ini telah menjadi semakin besar dan saya tidak rugi apa-apa untuk menjadi pihak yang terlebih dahulu memohon maaf. Dan saya ikhlas meminta maaf jika telah menyakitkan perasaan sesiapa.”
The issue is getting bigger and I’ve got nothing to lose to be the first one to apologise. And I’m sincerely apologise if I hurt anyone. https://t.co/NYTQp5UAIo
REMAJA mendapatkan penerangan seseorang yang lebih pakar dalam topik ‘cultural appropriation’, iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Menurut beliau, terma ‘appropriation’ mahupun ‘homage’ dan ‘re-interpretation’ ini sememangnya merupakan terma yang dipopularkan pada zaman millenial, malah dijadikan pula trend masa kini.
Ia dipopularkan oleh masyarakat Barat terutamanya di Amerika Syarikat yang sememangnya sensitif apabila menyentuh cara pemakaian mirip komuniti berkulit gelap di sana.
“Selama 15 tahun yang lalu, media massa dan media internet telah berkembang dengan cukup pantas untuk kita didedahkan kepada pelbagai perkara terutamanya dalam sektor kreatif.
“Tak kiralah dalam dunia fesyen, muzik, seni, seni bina dan sebagainya, pencipta rekaan pastinya pernah menjadikan budaya sebagai satu bentuk sampling atau terma popularnya, ‘appropriation’ mengikut intepretasi sendiri.
‘So we cannot help but to put our personal stamp on it. Walaupun seolah-olah kita mengambil elemen budaya sesebuah masyarakat seperti pemakaian, selagi kita menghormati dan tidak melanggar norma serta sosio budaya masyarakat (seperti mencerca budaya sesebuah masyarakat), saya rasa tiada salahnya.
“Selagi ia diintepretasikan dengan penuh hormat dan tertib, imaginasi kreatif dengan menggunakan elemen kebudayaan sebagai inspirasi adalah merupakan satu bentuk penghormatan serta penghargaan terhadap budaya dan warisan tersebut, InsyaAllah,” jelas beliau penuh terperinci.
*
REMAJA merasakan bahawa isu ini telah digembar-gemburkan lebih daripada skala yang sepatutnya.
Sebagai negara yang berbilang kaum, sejak kecil lagi kita semua sudah didedahkan dengan keindahan budaya rakan-rakan kita yang berlainan latar belakang.
Apresiasi budaya sesama rakan ini telah membuatkan kita hidup secara harmoni, sesuatu yang jarang sekali dapat dikecapi oleh negara-negara lain.
Remaja Melayu memakai Sari, remaja Cina memakai Baju Kurung dan remaja India memakai Cheongsam, bukankah itu sesuatu yang sepatutnya diraikan? Ia tidak seharusnya dijadikan poin untuk melontarkan kecaman.
Jom sama-sama kita naikkan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini, bukannya menjejaskannya dengan isu sebegini.
Personaliti media sosial yang juga anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian warganet apabila meraikan ibunya pada Hari Bapa, baru-baru ini.
Menitipkan dedikasi teristimewa buat ibu tercinta yang selama ini membesarkan mereka, Cik B berkata ibunya layak diraikan kerana telah melakukan tugas sebagai seorang bapa selama ini.
Video yang meraih lebih sejuta juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya keberadaan bapa kandung Cik B.
Tidak kurang juga berpendapat DSV memang layak diraikan pada Hari Bapa kerana telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.