Rugi RM239 Juta Impak COVID-19, Kilang Tayar Silverstone Bakal Tamatkan Operasi

Share

Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.

Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.

Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami  kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).

Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.

Sumber : Berita Harian

IKLAN