Sedar tak sedar, kita sudah pun sampai pada hari 10 Ramadan, mesti ada di antara korang yang dah sampai pun ke beberapa bazar untuk beli juadah viral tertentu di setiap tempat itu kan? Bagi kaki foodie pasti korang yang paling teruja sebab waktu bulan puasa ini juga peluang untuk cuba makanan rare yang cuma muncul setahun sekali.
Alang-alang menyeluk perkasam, meh kami kongsi beberapa bazar paling hype untuk tahun ini yang korang wajib check-it-out dan confirm buat korang rambang mata nak pilih juadah apa untuk iftar nanti.
Kredit: FreeMalaysiaToday
Bazar Terpanjang Paling Meriah: Bazar Ramadan Wangsa Maju, KL
Sesuai sangat untuk korang yang jenis suka window shopping sebelum buat keputusan nak beli apa. Bazar ini merupakan bazar terpanjang di ibu kota, sepanjang 500 meter satu hala, bermakna kalau ulang-alik, korang dah berjalan sejauh 1 kilometer tau! Bolehlah anggap sebagai senaman bakar kalori sebelum berbuka.
Paling menarik, terdapat 320 gerai yang menyediakan pelbagai jualan tapi sedialah untuk bersesak-sesak sebab bukan je penduduk Wangsa Maju yang datang, tapi juga dari Taman Danau Kota, Taman Melati, Taman Seri Rampai, dan kawasan sekitar.
Ads
Lokasi: Sepanjang Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju
Port Makanan Rare & Hipster: Bazar Ramadan TTDI, KL
Suka makanan yang out of the box? Bazar TTDI yang digelar ‘Bazar T20’ ini memang wajib masuk dalam radar. Setiap tahun, ada je menu unik yang jadi viral. Macam tahun lepas, Samosa Besar Panas jadi rebutan. Tahun ini? Dengar cerita ada Nasi Goreng Wagyu! Betul ke sedap? Kalau nak tahu, mungkin korang kena cuba sendiri.
Lokasi: Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI
Waktu operasi: 3.30 petang – 8.00 malam
Kredit: Benjamin Travel Walk
Syurga Street Food: Bazar Ramadan Stadium Shah Alam Seksyen 13
Nak cari makanan legend & authentic, cuba singgah Bazar Seksyen 13 Shah Alam. Dari menu ayam percik, roti john, dan martabak daging special antara yang paling laku keras. Paling menarik, Chef Ammar yang pernah tular sebelum ini, kali ini kembali dengan menu baru Kabsah Talam! Hmm, agak-agak berapa ringgit ya boleh habis di bazar ini…
Makanan Viral Orang Perak: Bazar Ramadan Stadium Ipoh
Orang-orang Ipoh pasti bangga dengan bazar sini sebab makanan sini memang padu. Mee rebus udang galah, nasi ganja beratur, dan tau fu fah gula melaka antara yang mesti cuba. Jangan lupa juga untuk bungkus ayam yang dimasak dengan stail Jepun ya!
Ads
Lokasi: Sekitar Stadium Perak, Ipoh
Waktu operasi: 3.00 petang – 7.30 malam
Kredit: X @MohKeIpoh
Syurga Kuih Tradisional: Bazar Ramadan Kubang Kerian
Ha! Orang Pantai Timur pasti tahu, bazar Ramadan Kubang Kerian ini antara tempat wajib untuk cari kuih-muih asli Kelantan. Dari tepung pelita, jala mas, akok, sampai lompat tikam, semua ada! Selain tu, kalau korang peminat nasi kerabu tumis, di sini juga antara tempat terbaik nak dapat yang betul-betul rasa asli.
Lokasi: Berhampiran Masjid Mukim Kubang Kerian, Kelantan
Jadi dalam banyak-banyak yang REMAJAsenaraikan ini, bazar mana yang korang nak serbu dulu? Selain daripada yang kami kongsikan, cuba kongsi hidden gem mana lagi yang patut orang ramai cuba. Apa pun, sambil membeli makanan sedap itu, jangan lupa untuk sentiasa berpada-pada supaya tidak berlaku pembaziran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi golongan muda yang menjadikannya sebagai inspirasi.
Sebagai figura muda yang mencipta sejarah dalam dunia politik negara, segala perkembangan tentang dirinya pasti mencuri perhatian.
Tapi korang tahu tak? Selain aktif dalam politik, Syed Saddiq sebenarnya ada latar belakang akademik yang menarik dan merupakan seorang pendebat hebat di peringkat antarabangsa! Jom kita kenali lebih lanjut tentang perjalanan hebat beliau.
Dilahirkan 32 tahun yang lalu di Pulai, Johor Bahru, Syed Saddiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru, sebelum menyambung pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College.
Menariknya, perjalanan akademik Syed Saddiq tak berhenti di situ! Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kemudian menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Bukan itu saja, beliau juga pernah mengikuti program Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service di Universiti Nasional Singapura!
Kehebatan Dalam Dunia Perdebatan
Kalau korang pernah dengar tentang kejayaan Malaysia dalam dunia perdebatan, nama Syed Saddiq pasti tersenarai sebagai antara bintang yang bersinar! Semasa di UIAM, beliau terkenal sebagai seorang pendebat yang lantang bersuara dan berani menyampaikan hujah dengan penuh keyakinan.
Antara pencapaian terbaiknya adalah apabila beliau dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Asia selepas mewakili UIAM dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC). Tak cukup dengan itu, beliau juga pernah merangkul gelaran Pendebat Terbaik (ESL) di Kejohanan Debat Australia, Cambridge dan Oxford Inter-Varsities pada tahun 2012 hingga 2014.
Kemuncak kejayaannya? Syed Saddiq pernah dinobatkan sebagai Asia’s Best Speaker dalam Kejohanan Debat Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship. Memang power habis!
Dengan segala pencapaian luar biasa ini, jelas menunjukkan bahawa Syed Saddiq bukan sahaja hebat dalam politik, tetapi juga seorang ikon akademik dan perdebatan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Syed Saddiq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minuman tenusu merupakan pilihan masyarakat, khususnya buat hidangan sarapan pagi dan bagi mereka yang sedang berdiet. Namun, korang perlu memilih susu yang sesuai kerana bukan semua susu di pasaran mempunyai kandungan yang sesuai untuk diet seimbang.
Oatside merupakan susu berasaskan gandum (oat) yang sebelum ini dipasarkan di Singapura namun kini sudah boleh didapati di negara kita. Apa yang menariknya, susu ini menggunakan bijirin berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.
Oatside juga dicipta dengan mengambil kira tentang alam sekitar, iaitu pengeluaran susu oat memerlukan 90% kurang tanah dan air serta menghasilkan 70% kurang pelepasan berbanding kepada susu lembu.
Kenapa kami katakan susu ini pilihan terbaik untuk mereka yang sedang berdiet, kerana tiada kandungan gula mahu pun bahan pengawet yang digunakan. Tapi yang bestnya, walaupun tidak mengandungi gula korang masih boleh merasa kemanisan susu ini hasil daripada bahan oat tersebut. Pendek kata, kalau nak produk tenusu yang sihat tapi sedap, Oatside adalah pilihan yang tepat.
Terdapat tiga jenis susu oatside yang ditawarkan dan antaranya adalah Barista Blend, Chocolate dan Chocolate Hazelnut. Oatside telahpun digunakan oleh salah beberapa jenama restoran terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf and Pulp coffee.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, dua pelajar kembar dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, Muhammad Fadlin Adib Hisham (18) dan Muhammad Fadlin Adam Hisham (18) meraih perhatian apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 12A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Memetik laporan Sinar Harian, pasangan kembar itu turut berkongsi bahawa amalan rohani seperti membaca al-Quran setiap Subuh menjadi penenang jiwa dan sumber kekuatan sepanjang menghadapi tempoh peperiksaan tersebut.
“Perasaan saya bercampur baur tetapi saya amat bersyukur kerana segala usaha, doa dan pengorbanan selama ini akhirnya membuahkan hasil”
“Ini adalah hadiah buat ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan dan memberi dorongan tanpa jemu,” ujar Fadlin Adib penuh rasa syukur.
kredit foto: Sinar Harian
Selain itu, beliau menambah bahawa rutin membaca al-Quran selepas solat Subuh telah menjadi terapi rohani sepanjang tempoh pembelajaran serta disiplin dalam kelas dan kerjasama dengan rakan serta guru juga menjadi faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Fadlin Adib yang merupakan hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat berkata, beliau dan abangnya, Muhammad Fadlin Adam juga mengikuti tuisyen ketika cuti persekolahan dan kelas tambahan.
“Saya bergantung kepada ‘power of doa’ untuk terus yakin dan kuat. Selain itu, masa bersama rakan-rakan juga membantu saya melepaskan tekanan sama ada berbincang mengenai pelajaran atau berbual santai,” katanya.
Pada masa yang sama, Fadlin Adib juga meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada masa akan datang.
Fadlin Adib (kiri) & Fadlin Adam (kanan)
Sementara itu, abang kembarnya, Muhammad Fadlin Adam, turut merasai kejayaan yang membanggakan selepas menempuh pelbagai cabaran.
“Saya sangat gembira, terharu dan bersyukur. Segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil,” katanya.
Beliau yang juga seorang hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat mengakui bahawa solat sunat dan bacaan al-Quran menjadi sumber ketenangan, manakala aktiviti riadah bersama rakan-rakan membantunya mengurangkan tekanan. Persis seperti adiknya, Fadlin Adam juga bercadang untuk melanjutkan pengajian di UTP.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!