Pengalaman (mungkin sekali) kali terakhir beraksi di kejohanan UEFA EURO pada kali ini mungkin sedikit pahit buat bintang bola sepak Cristiano Ronaldo selepas Portugal terkeluar daripada saingan, pagi tadi.
Juara bertahan itu terpaksa tunduk kepada pasukan Belgium di Stadium La Cartuja, Seville Sepanyol selepas Thorgan Hazard menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-42 perlawanan.
Ronaldo hadir ke saingan UEFA UERO pada kali ini dengan misi tersendiri untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dunia. Sejak saingan dalam pusingan berkumpulan, Ronaldo sememangnya dilihat bersungguh-sungguh untuk memecahkan rekod 109 gol yang dijaringkan lagenda Iran, Ali Daei.
Dalam perlawanan pagi tadi pun, beliau begitu tangkas mengejar bola dari pelbagai sudut demi mendapatkan jaringan. Namun semua itu berakhir apabila penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois berjaya megenepikan setiap percubaan Ronaldo itu dengan tenang.
Malah, menerusi akaun Twitter rasmi UEFA UERO 2020 pun, tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa pengurus akaun itu mungkin sengaja ingin mencetuskan perdebatan di antara peminat dengan memuat naik video interaksi di antara Ronaldo dan Courtois sebagi saja wisel penamat ditiupkan.
“Lucky, eh? (The ball) didn’t want to get in today.” (“Bertuah Belgium. Bola itu tidak mahu masuk ke gawang gol hari ini”).
Klip berdurasi 6 saat itu saja sudah cukup untuk mengajak puak troll di Twitter untuk mengejek Ronaldo.
Bukan hanya aksi Ronaldo saja yang menjadi pertikaian warganet.
Malah perbuatan Ronaldo yang menanggalkan lilitan lengan selaku kapten pasukan Portugal dan kemudian mencampaknya ke atas padang sebagai tanda kecewa juga menjadi poin ejeken warganet.
Ads
Ronaldo turut dilihat menendangnya sewaktu sedang berjalan keluar dari padang ke bilik tukar pakaian.
Peminat bola sepak menganggap perbuatan tersebut tidak menghormati tugas besar yang disandang oleh seorang kapten pasukan bola sepak walaupun kita faham, beliau kecewa dengan keputusan hari ini.
Kata salah seorang pengguna Twitter, “Beliau ialah kapten kepada pasukan nasional Portugal. Mencampak lilitan kapten Portugal adalah perbuatan biadap.”
Seorang lagi beranggapan perbuatan itu adalah keanak-anakan malah ada yang berkata beliau tidak mempunyai semangat kepimpinan sebagai seorang kapten.
Apapun, perasaan kecewa setelah Portugal tersingkir turut dirasai oleh seluruh pasukan tersebut. Akui jurulatih Portugal iaitu Fernando Santos, sesetengah pemainnya menangis dalam bilik persalinan kerana mereka tahu mereka telah memberikan yang terbaik di atas padang namun bola tetap tidak melepasi gawang
Santos juga mempertahankan Ronald dengan menganggapnya sebagai seorang kapten sebenar.
“Dia menjaringkan lima gol dalam kejohanan dan okay, dia tidak menjaringkan gol hari ini. Tetapi di adalah kapten sebenar. Dia cuba mengubah perlawanan. (Saya) tiada isu dengan Ronaldo.”
Dah jadi macam tradisi bila tiba bulan Ramadan, ramai di antara kita yang tidak melepaskan peluang untuk bermain mercun dan bunga api. Namun begitu, segelintir masyarakat mengundang bahaya apabila ada yang berani bermain meriam.
Tiga remaja yang berusia antara 19 dan 22 tahun telah diberkas ketika sedang bermain meriam karbaid ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Gajah.
Kredit foto: PDRM
Menurut Astro Awani, hasil maklumat pasukan Task Force COVID-19 yang membuat rondaan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak telah pergi ke lokasi tepi padang astaka Desa KPMP kira-kira jam 10.30 malam semalam dan mendapati tiga orang lelaki sedang bermain meriam karbaid di kawasan padang awam.
Difahamkan, suspek juga tidak dapat memberikan alasan yang kukuh dan munasabah apabila ditanya sebab serta tujuan mereka berada di padang tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati mereka telah bermain meriam karbaid dari jam 9 malam dan telah melepaskan empat das tembakan sebelum ditahan.
Antara barangan yang dirampas ialah paip PVC yang telah diubah suai, paip simen yang telah diubah suai, kayu pencucuh, kayu yang telah diubah suai bersambung mangkuk keluli di hujungnya dan bekas plastik mengandungi serbuk warna putih disyaki karbaid.
Kredit foto: PDRM
Turut dirampas, bekas plastik berisi cecair berwarna kuning disyaki diesel dan guni plastik yang digunakan untuk menutup lubang meriam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Pihak polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang menjual atau pun bermain mercun dan meriam karbaid.
Korang juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya ada maklumat mengenai penjual mercun atau mereka yang bermain meriam.
Tentu ramai yang ‘gian’ untuk pergi melancong dan naik kapal terbang kan akibat sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Jika sebelum ini, syarikat Air Asia terpaksa mengurangkan dan membuang staff selepas industri pelancongan masih lagi tidak dapat dibuka.
Terkini, Malaysia Airlines kini diambang kejatuhan selepas kerajaan tidak akan menyuntik dana lagi kepada syarikat penerbangan yang menjadi lambang prestij negara kita dan kini ia bergantung sepenuhnya kepada pemilik tunggal, Khazanah Nasional Bhd.
Menurut sumber Berita Harian, Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup.
.
Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan itu sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak tercapai dengan baik bagi memulihkan Malaysia Airlines.
Buat masa ini, rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih berjalan, menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Katanya, Khazanah bersedia untuk menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan sebaliknya, akan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan yang diperlukan negara.
Firefly Jadi Syarikat Penerbangan Kebangsaan
Tambah beliau, jika dilaksanakan dengan jaya, Firefly berpotensi untuk menjadi syarikat penerbangan kebangsaan dan mengakui akan terdapat pihak berkepentingan yang mungkin terkesan.
Sekiranya Khazanah terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan sering mengalami kerugian, Khazanah akan terpaksa melupuskan pegangannya dalam aset strategik yang lain atau menambah hutang.
Malaysia Airlines yang pernah menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia mengalami bebanan kerana tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan sejak diswastakan pada tahun 2014.
Untuk rekod, syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas Airlines Ltd pernah bercadang untuk mengambil alih Malaysia Airlines sedekad yang lalu namun tidak berjaya berikutan tekanan yang diberikan oleh pihak kesatuan pekerja.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia juga hampir menjalinkan perjanjian pertukaran saham dengan Malaysia Airlines pada tahun 2011 namun krisis dan campur tangan dalaman Malaysia Airlines dikatakan menjadi punca kepada kegagalan berkenaan. Selain itu, punca MAS terus rugi kerana masalah pengurusan tertinggi yang dikatakan ‘kurang cerdik’ dalam menguruskan syarikat itu.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa tahun 2020 ni. Macam mana la nasib kaki tangan di MAS tu kan lepas ni. Tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.
Kumpulan hip hop yang berasal dari Sabah, Kclique telah pun mendapat pencalonan dalam kategori Best Southeast Asia Act mewakili rantau Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) 2020 yang akan berlangsung pada 8 November depan.
Turut dicalonkan dengan kumpulan hip hop itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Ben&Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).
Kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang termasuk MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas sebelum ini popular dengan lagu Mimpi duet bersama Alif Sleeq. Memulakan kerjaya nyanyian mereka seawal tahun 2014, namun sekitar setahun yang lepas nama mereka semakin dikenali kerana sebelum ini Kclique hanya bergerak secara indie dan underground.
Undian telah pun dibuka sekarang di laman web mtvema.com dan akan ditutup pada 2 November nanti. Selain itu, pencalonan MTV EMA 2020 turut didominasi oleh Lady Gaga, kumpulan Kpop BTS dan diikuti oleh Justin Bieber.
Tahniah kami ucapkan kepada Kclique kerana telah berjaya dicalonkan dalam anugerah berprestij ini. Bagi peminat kumpulan hip hop ini, korang boleh mula mengundi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.