Jika kita dapat melihat pemain bola sepak terkenal dunia di stadium pun dah teruja, apa lagi bila figura hebat bertandang ke rumah pula. Selebriti Indonesia Raffi Ahmad telah berkongsi fotonya bersama bintang bola sepak Ronaldinho yang berkunjung ke rumahnya di Andara, Jakarta Selatan Sabtu lalu.
Dikhabarkan, Ronaldinho berkunjung ke Indonesia sempena memeriahkan kejuaraan yang disertai oleh pasukan RANS Nusantara FC milik Raffi Ahmad dalam liga mini bola sepak Indonesia.
Ronaldinho hadir di lokasi pembangunan RANS Prestige Sportstainment di kawasan PIK 2, Jakarta Utara dan mengatakan bahawa dia sangat senang dengan keramahan masyarakat disana. Kata penterjemah yang mewakilinya, mungkin Ronaldinho bakal kembali ke Indonesia.
Menerusi foto yang dimuat naik di instagram, Raffi Ahmad dan isteri juga turut membawa Ronaldinho menikmati bakso bersama cendol di sebuah gerai popular di Jakarta.
Pemain legend bola sepak ini menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.
Ads
Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangannya terjejas dan hampir terancam untuk muflis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi nasyid dan pensyarah terkenal, Fitri UNIC atau nama sebenar Ts. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris (41) mencipta detik bersejarah tersendiri apabila lima pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) seliaan beliau berjaya menamatkan pengajian mereka secara serentak. Pencapaian itu dianggap cukup luar biasa memandangkan proses melahirkan graduan di peringkat berkenaan lazimnya menuntut masa, komitmen dan ketelitian penyeliaan yang tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian dari Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM), pihaknya menyatakan kejayaan itu bukan sahaja menyerlahkan dedikasi para pelajar, malah memperlihatkan kecekapan Fitri UNIC sebagai penyelia akademik.
Lebih menarik lagi, beliau juga baru sahaja menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Kejayaan Unik Dalam Kerjaya Akademik
Mengulas pencapaian tersebut, Fitri UNIC menerusi Facebook peribadi miliknya menyifatkan tahun ini sebagai antara yang paling istimewa dalam perjalanan kerjayanya di universiti. Beliau menzahirkan rasa syukur serta terharu dengan usaha gigih kesemua pelajar seliaannya yang berjaya menamatkan pengajian pada tempoh yang sama.
“Alhamdulillah, tahun ini amat istimewa kerana seramai lima orang pelajar PhD saya telah bergraduasi.”
“Terima kasih atas kepercayaan kalian menjadikan saya sebagai penyelia dan membenarkan saya menemani perjalanan akademik ini bersama anda semua. Saya amat berbangga dengan segala pencapaian anda,” tulisnya.
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Pesanan Buat Para Graduan
Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Ainul Mardhiah’ itu sempat menitipkan pesan agar segala ilmu yang diraih para graduan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi memberi nilai kepada masyarakat. Doanya agar mereka terus melangkah ke hadapan dengan hati yang ikhlas, tujuan yang murni dan penuh rendah diri.
Lima pelajar berkenaan terdiri daripada Dr. Zhang Yifeng, Dr. Pan Yuan Yuan, Dr. Xiong Qin, Dr. Liu Shu dan Dr. Shen Du. Kesemua mereka diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung di kampus induk UUM baru-baru ini.
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Reputasi Akademik Terus Diperkukuh
Di samping itu, pihak universiti juga menyifatkan kejayaan lima pelajar tersebut sebagai refleksi komitmen berterusan Fitri UNIC dalam memastikan kecemerlangan akademik. Gabungan kepakaran akademik dan penglibatan aktif beliau dalam dunia seni menjadikan kejayaan ini lebih signifikan.
Menerusi rekod baru yang dicapai pada konvokesyen kali ini, pencapaian tersebut sekaligus mengangkat lagi nama UUM di persada akademik selain memperkukuh reputasi Fitri UNIC sebagai tokoh pendidikan dan seni yang seimbang dalam dua dunia berbeza tetapi saling melengkapi.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Sumbangan Lebih Luas Dalam Dunia Pendidikan
Kejayaan ini turut membuka ruang lebih besar untuk melihat bagaimana seorang tokoh seni seperti Fitri UNIC mampu memberi impak yang mendalam dalam dunia akademik. Ramai pihak berpendapat bahawa pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada tenaga pengajar lain untuk terus melahirkan graduan berkualiti tinggi, terutama dalam bidang penyelidikan yang mencabar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Fitri UNIC semakin menonjol sebagai ikon akademik berbakat yang berjaya mengimbangi kerjaya seni dan kerjaya pendidikan. Penerimaan beliau di peringkat nasional melalui Anugerah Akademik Negara mengukuhkan lagi reputasi tersebut, menjadikannya antara figura paling berpengaruh dalam kedua-dua bidang.
Selain itu, kejayaan lima pelajar seliaan beliau menamatkan tesis PhD secara serentak menimbulkan rasa bangga dalam kalangan warga akademik kerana ia menunjukkan tahap penyeliaan yang teratur, tersusun dan berkesan. Kebolehan beliau mengendalikan pelajar antarabangsa turut mencerminkan keupayaan Fitri UNIC membawa perspektif global dalam amalan penyelidikannya.
Secara keseluruhannya, kisah kejayaan ini bukan sekadar meraikan lima graduan PhD, tetapi juga menonjolkan keutuhan seorang figura akademik yang berjaya meletakkan dirinya sebagai penyelia berprestasi tinggi. Fitri UNIC bukan sahaja mencipta sejarah peribadi tetapi turut mengangkat nama institusi tempat beliau berbakti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingatkan setelah 3 bulan masyarakat Malaysia ‘terperap’ di rumah sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, kita sudah berubah dari segi pemikiran yang lebih positif.
Namun rupa-rupanya, ada sesuatu yang masih tidak berubah; yakni budaya “It’okay” untuk membuang sampah mewenang-wenangnya.
Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada hari ini yang telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir pengunjung di pantai sekitar Port Dickson.
Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, ramai yang berpendapat ia terarah ke Pantai Teluk Kemang yang popular di kalangan pengunjung tempatan.
Menerusi satu posting di Facebook rasmi beliau, dia berpendapat bahawa alasan tiada tong sampah di sesetengah kawasan bukanlah alasan untuk membuang sampah tanpa memikirkan impak kepada alam sekitar.
“Saya berasa dukacita dengan sikap segelintir pengunjung di pantai peranginan Port Dickson.
“Saya baru mendapat laporan petang tadi ada segelintir pengunjung yang mengambil mudah soal kebersihan alam sekitar dengan merata-rata.
“Saya ingin menegaskan bahawa ketiadaan tong sampah yanhh banyak (di sesebuah kawasan) bukanlah alasan. Selaku pencinta alam sekitar, para pengunjung haruslah menghargainya dengan membuang sampah di tempat sepatutnya,” catat beliau lagi penuh kecewa.
Dah pandai guna dan makan, pandai-pandailah simpan dahulu sampah korang sebelum dibuangkan di tempat yang sepatutnya. Takkanlah korang tak sediakan plastik semasa sedang packing untuk ke pantai.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana di Port Dickson telah berusaha untuk melakukan kerja pembersihan sekerap 7 kali seminggu.
Malah mereka juga menggunakan jentera ‘beach comber’ berteknologi tinggi sekerap 5 kali seminggu di lima pantai utama daerah itu untuk menjaga kebersihan awam.
Janganlah sia-siakan usaha pihak berkuasa yang penat memperbaiki kebersihan kawasan sekeliling sewaktu musim PKP sehinggakan ada kawasan yang berubah hampir 180 darjah.
Pada waktu kebanyakan penyanyi perempuan popular mengeluarkan single mengenai cinta, berbaur seksual dan mempunyai lirik yang tak habis-habis diulang beberapa kali, Yuna sekali lagi mencipta kelainan melalui single ketiganya berjudul Pink Youth.
Pink Youth memperdengarkan kesinambungan muzik daripada era Rouge Yuna. Bermula daripada Forevermore, BlankMarquee hingga kini PinkYouth, Yuna membuktikan masih banyak idea asal yang boleh diolah menjadi lagu selain daripada cinta dan sebagainya.
Menariknya, PinkYouth adalah untuk meraikan remaja perempuan seperti (sebahagian) daripada korang.
“Apabila saya menulis PinkYouth, saya ingin menyambut fakta bahawa saya adalah seorang perempuan. Dulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai pihak yang tidak mempercayai bakat saya hanya disebabkan jantina saya. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian.
“PinkYouth ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan selayaknya.
“Ramai yang tak faham perasaan seorang perempuan muda yang tinggal di dunia sekarang yang berbahaya. Itu adalah inspirasi di sebalik konsep perempuan kuat di bandar Hong Kong yang telah di-anime-kan,” katanya.
Aww..cuba korang hayati pula lirik Pink Youth ini.
Don’t worry if I’m losing my sleep Awake and I don’t wanna miss a thing, yeah They don’t know what it means to be a girl To live in a dangerous world
They ain’t ready for this pink youth We come up to fight Like diamonds shining in the sky Girls like you and I
*
Pink Youth adalah sebuah projek kolaborasi Yuna bersama Little Simz dan merupakan single terakhir sebelum albumnya, Rouge dilancarkan pada 12 Julai kelak.
Cer tengok video klipnya di bawah.
Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.