Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, dinobatkan sebagai juara.
Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan
terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Pn. Azlin Reza Azmi, dia menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi penyanyi itu selain menyifatkan bakat yang ada pada Nadeera sememangnya melayakkan dirinya untuk mendapat lagu baharu berkenaan.
“Sesungguhnya pihak Astro amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera. Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.
Ads
“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional. Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu.
“Ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber. Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti.”
Ads
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro, dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.
“Rocketfuel sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100% untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing.
“Sekali gus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti,” ujar Ketua Rocketfuel Entertainment, En. Prem Anand.
Ads
Untuk info, produser muzik dan penyanyi-penggubah lagu asal Korea Selatan, Hyuk Shin telah menubuhkan team A-Rex yang bertanggungjawab menciptakan lagu popular ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian Justin Bieber pada tahun 2009 yang meledak.
Beliau juga telah bekerja dengan ramai penyanyi antarabangsa K-pop yang terkenal seperti GFriend, EXO, Shinee, DEAN, Oh My Girl, Girls’ Generation, Monsta X, NCT, GOT7 dan SF9.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyertaan kumpulan gadis berlima, COEX dalam program Big Stage musim 5 bukan sahaja membuka mata orang ramai mengenai potensi mereka dalam dunia muzik tetapi juga penampilan mereka yang dianggap ranggi dan sedikit seksi.
Biarpun dihambur dengan bermacam-macam tanggapan pada setiap minggu oleh warganet berkenaan prestasi vokal sebagai sebuah kumpulan baharu dan mengenai soal pemakaian di atas pentas, satu perkara yang harus dipuji adalah cara mereka menepis semua itu dengan positif.
Sewaktu ditemui REMAJA selepas konsert Big Stage minggu kelima yang menyaksikan COEX berada dalam kedudukan tiga tercorot, masing-masing memilih untuk memberi fokus pada kualiti persembahan untuk minggu-minggu berikutnya. Soal dikritik mengenai pemakaian? Semua itu enggan dihiraukan kerana bagi COEX, penampilan adalah sebahagian daripada identiti mereka sebagai sebuah kumpulan.
“Kami memang (berpakaian) sebegini. Kami lagi suka,” seloroh Eyka sebelum menyambung, “Lainlah (daripada kumpulan artis lain) kerana penampilan kami ini mencerminkan identiti kami.
”Jika hilang identiti itu seumpama ‘hilanglah’ COEX itu. Kami kadangkala suka apabila ada sesetengah orang yang tidak menyukai apa yang kami pakai.
“Yang penting, kami enggan menipu diri sendiri,” ujar salah seorang ahlinya, Elysha.
COEX turut berpendapat cara pemakaian adalah salah satu cara mereka memperkenalkan diri kepada khalayak umum sebagai kuasa muzik pop dan rap baharu.
”Kami memang pelik, berani dan lantang dalam soal berpakaian.. seperti pakaian kami pada malam ini. Malah dalam soal pemilihan lagu pun kami gemar lagu yang pelik-pelik kerana ia ada peluang untuk kami bereksperimen,” tambah Dalini.
”Tapi apa yang menarik tentang (pemakaian) COEX ada semua orang ada stail sendiri. Kalau tengok pada minggu kelima ini pun, walaupun semua memakai warna merah jambu tetapi mengikut keselesaan masing-masing. Bila digabungkan, kita co-exist,” kata Amy dan Mikaela pula.
Apapun, soal pakaian ranggi oleh kumpulan muzik perempuan bukanlah sesuatu yang baharu. Lihat sahajalah kepada kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu seperti Elite, Feminin, De Fam dan yang terbaru seperti Dolla.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak melancong ke Korea tapi baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana? Jangan risau, sekarang ni korang boleh dapatkan khidmat Korean Oppa menerusi websiteOh My Oppa.
Mungkin ramai yang belum tahu kewujudan website pemandu pelancong ini, so apa kata untuk korang yang nak ke Korea tu, boleh la cuci-cuci mata dulu nak pilih oppa yang mana untuk guide sepanjang perjalanan di sana.
Bayaran purata bagi dua jam perkhidmatan adalah sekitar RM145. Kau mampu? Haha! Tapi apa salahnya bayar lebih kalau nak ditemani Korean Oppa yang handsome kan?
Okay, ada sesiapa yang nak try ke? Nanti jangan lupa buat review ya. Hee..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada ribut tiada angin, secara tiba-tiba , pempengaruh media sosial dan pelakon, Harris Annuar telah menerima mesej mengejutkan berbaur ugutan santau daripada seorang individu yang tidak dikenalinya.
Menerusi hantaran foto di akaun Instagram Harris, dia mendedahkan rantaian mesej ugutan yang diterimanya awal pagi semalam.
Jelasnya, individu itu telah mengugut untuk menghantar santau akibat rasa tidak puas hati terhadapnya.
Mesej tersebut berbunyi, “Kau ingat ini, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.
“Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan terlalu senang-lenang sangat. Aku tak kisah kau artis, kau raja mana-mana negeri ke. Ini aku aku nak pesan dekat kau, kau simpan dalam otak kau okay.”
Justeru, Harris mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam Seksyen 9 semalam. Laporan dibuat memandangkan ia adalah mesej ugutan serius dan Harris sendiri enggan perkara yang sama dihadapi orang lain terutamanya rakan selebriti yang khabarnya pernah diugut oleh individu sama.
Biarpun sudah membuat laporan polis, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2017 ini tampil ke hadapan bagi memastikan agar sesiapa yang pernah terasa hati dengannya untuk memaafkan kesilapan yang mungkin pernah dilakukannya.
“Di kesempatan ini, saya pun tak tahu sebenarnya saya salah apa atau dengan siapa. Tapi tak mengapa, saya tetap ingin minta maaf andai kata saya pernah menyakiti hati sesiapa atau membuat sesiapa merasa tidak selesa tanpa saya sedari.
“Kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan,” katanya sambil memohon doa kepada Ilahi agar hanya melindungi dirinya daripada sebarang keburukan yang berpunca daripada dirinya sendiri.
Tindakan Harris membuat laporan polis telah menerima sokongan daripada beberapa selebriti tempatan yang berharap agar individu tersebut menerima pengajaran daripada perbuatan keterlaluan ini.
Antaranya termasuklah Khai Bahar, Alif Muhaimin, Fendy Bakry, Ezlynn, Uyaina Arshad dan Safwan Nazri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...