Penyertaan kumpulan gadis berlima, COEX dalam program Big Stage musim 5 bukan sahaja membuka mata orang ramai mengenai potensi mereka dalam dunia muzik tetapi juga penampilan mereka yang dianggap ranggi dan sedikit seksi.
Biarpun dihambur dengan bermacam-macam tanggapan pada setiap minggu oleh warganet berkenaan prestasi vokal sebagai sebuah kumpulan baharu dan mengenai soal pemakaian di atas pentas, satu perkara yang harus dipuji adalah cara mereka menepis semua itu dengan positif.
Sewaktu ditemui REMAJA selepas konsert Big Stage minggu kelima yang menyaksikan COEX berada dalam kedudukan tiga tercorot, masing-masing memilih untuk memberi fokus pada kualiti persembahan untuk minggu-minggu berikutnya. Soal dikritik mengenai pemakaian? Semua itu enggan dihiraukan kerana bagi COEX, penampilan adalah sebahagian daripada identiti mereka sebagai sebuah kumpulan.
“Kami memang (berpakaian) sebegini. Kami lagi suka,” seloroh Eyka sebelum menyambung, “Lainlah (daripada kumpulan artis lain) kerana penampilan kami ini mencerminkan identiti kami.
”Jika hilang identiti itu seumpama ‘hilanglah’ COEX itu. Kami kadangkala suka apabila ada sesetengah orang yang tidak menyukai apa yang kami pakai.
Ads
“Yang penting, kami enggan menipu diri sendiri,” ujar salah seorang ahlinya, Elysha.
COEX turut berpendapat cara pemakaian adalah salah satu cara mereka memperkenalkan diri kepada khalayak umum sebagai kuasa muzik pop dan rap baharu.
Ads
”Kami memang pelik, berani dan lantang dalam soal berpakaian.. seperti pakaian kami pada malam ini. Malah dalam soal pemilihan lagu pun kami gemar lagu yang pelik-pelik kerana ia ada peluang untuk kami bereksperimen,” tambah Dalini.
”Tapi apa yang menarik tentang (pemakaian) COEX ada semua orang ada stail sendiri. Kalau tengok pada minggu kelima ini pun, walaupun semua memakai warna merah jambu tetapi mengikut keselesaan masing-masing. Bila digabungkan, kita co-exist,” kata Amy dan Mikaela pula.
Apapun, soal pakaian ranggi oleh kumpulan muzik perempuan bukanlah sesuatu yang baharu. Lihat sahajalah kepada kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu seperti Elite, Feminin, De Fam dan yang terbaru seperti Dolla.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi kini rasmi bergelar seorang bapa selepas isterinya, Rania Al Sadatselamat melahirkan cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram babypian.hq bersama sebuah video yang merakam detik penuh bermakna tersebut, sekali gus mencuri perhatian ramai peminat.
Dalam perkongsian sama, Sufian turut meluahkan rasa syukur dan emosi yang bercampur-baur apabila menyambut kehadiran ahli baru dalam hidupnya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga momen yang Pian tunggu selama ni. Hari ni, Pian dengan penuh rasa syukur nak kongsi yang Pian dah pun bergelar seorang ayah.
“Susah untuk Pian gambarkan perasaan kali ni… rasa sebak, bahagia, semua bercampur jadi satu.
“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa support Pian dan juga baby Pian, daripada kosong sampailah ke tahap Pian dapat bina sebuah family yang Pian impikan hari ni,” kongsinya.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan industri yang turut tumpang gembira dengan berita berkenaan.
Sekadar info, Sufian Suhaimi, 33, telah mendirikan rumah tangga bersama Rania Al Sadat pada 25 Mei 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar angin tersebut dilaporkan berpunca daripada laporan eksklusif oleh saluran media Proof, di mana mereka mendakwa bahawa orang dalaman industri tersebut yang melaporkan informasi berkenaan.
Orang dalaman tersebut melaporkan bahawa Lee Junho dan Im YoonA telah berpacaran sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC King The Land berlangsung.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut di atas sebab itu.
Sebagai tindak balas, kedua-dua agensi idola K-Pop tersebut segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Kedua-duanya rapat tetapi laporan bahawa mereka berpacaran adalah tidak benar.
— JYP Entertainment
YoonA rapat dengan Junho, tetapi khabar angin mereka berpacaran adalah tidak benar.
— SM Entertainment
Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan kesahihan laporan itu dengan ramai yang mengecam saluran media itu kerana menyiarkan laporan tersebut hanya berdasarkan khabar angin industri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam tadi.
Yazid, yang berduet dengan Ruhil Amani, menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih, sebuah lagu yang asalnya dipopularkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip.
Meskipun berusaha memberikan yang terbaik, persembahannya gagal menambat hati juri dan membuatnya berada di tempat terbawah.
Pada malam yang sama, penyanyi Sheila Abdul mencuri tumpuan apabila muncul sebagai juara konsert minggu kelima.
Persembahan bertenaga Sheila melayakkan dirinya meraih Anugerah Terpaling Adabi, sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000. Liza Aziz pula menduduki tempat kedua, manakala Ning Baizura berada di posisi ketiga.
Selain itu, penyanyi lagu Mungkinkah itu turut dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian peminat.
GV11 minggu keenam, yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini, dijangka menyajikan kelainan apabila barisan peserta diberikan tema Lagu Seram untuk cabaran seterusnya.
Sementara itu, Jihan Muse mengumumkan bahawa dia akan berehat daripada tugas mengacara kerana persiapan menyambut kelahiran anak ketiganya.
Tempatnya akan digantikan oleh Sherry Alhadad yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad sehingga ke pentas akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.