Kisah kontroversi yang melanda pelakon lelaki Korea, Kim Seon Ho masih lagi hangat diperkatakan dan kini, media Korea Dispatch telah membongkar tentang hubungan lampau aktor itu bersama bekas kekasihnya, Choi Young Ah.
Dispatch melaporkan bahawa wanita itu pertama kali bertemu Kim Seon Ho semasa perjumpaan dengan rakan-rakan pada akhir tahun 2019. Mereka kemudiannya mula bercinta pada awal Mac 2020 dan pada pertengahan Mac, Choi Young Ah memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dan bercerai di masa lalu.
Menerusi kiriman mesej, Kim Seon Ho menulis “Saya mahu meneruskan hubungan itu. Saya melihatnya kerana saya suka dia sebagai seorang manusia. Sudah tentu ibu bapa saya akan lebih memahami. Tidak ada bezanya jika dia pernah berkahwin atau bercerai.”
Sepanjang perkenalan mereka juga, dipercayai mereka sering keluar bersama di kawasan terbuka seperti zoo Busan dan Gapyeong. Berbeza dengan tuduhan Choi Young Ah sebelum ini yang mengatakan bahawa aktor tersebut menyembunyikan hubungan mereka.
Apa yang lebih menarik, Dispatch juga turut meringkaskan kronologi kisah aktor itu bersama bekas kekasihnya.
Akhir 2019 – Terjumpa secara tak sengaja di perjumpaan rakan.
Februari 2020 – Temu janji di kafe dan teater.
Awal Mac 2020 – Bercinta secara rasmi.
Pertengahan Mac 2020 – Choi Young-ah mengakui dia pernah berkahwin dahulu.
April – Jun 2020 – Janji temu di Busan, Gapyeong, Sungai Han dan Seoul.
Berita baik buat peminat pelakon lelaki popular Korea, Song Kang, korang bakal berpeluang untuk bertemu dengan aktor ini dalam sesi bertemu peminat secara virtual pada 4 Mac depan.
Dihoskan oleh Netflix, sesi meet and greet ini bakal berlangsung selama 1 jam di saluran YouTube kandungan Korea Netflix The Swoon dan akan distrim dalam bahasa Inggeris. Sari kata turut disediakan dalam bahasa cina tradisional, Indonesia, Jepun, Thai, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin) dan Vietnam selepas acara berlangsung.
Sumber: Netflix
Sesi ini dapat memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat untuk berinteraksi bersama bintang kesayangan mereka. Peminat akan melihat sekilas kehidupan pelakon itu melalui sesi soal jawab, kuiz dan banyak lagi aktiviti interaksi menarik yang dijanjikan. Tiada tiket diperlukan untuk menyertai sesi ini, jadi semua peminat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut.
Sumber: Netflix
Peminat juga berpeluang menghantar soalan dan video 30 saat untuk bertanyakan soalan atau memberikan ucapan buat Song Kang menerusi Google Form.
So guys, jangan lupa 4 Mac depan pada pukul 7 malam untuk beramah mesra dengan pelakon Love Alarm, Sweet Home, Navillera, Nevertheless and Forecasting Love And Weather ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melewati dua dekad, keampuhan jenama ST12 tidak mampu disangkal lagi apabila populariti band pop Melayu berasal dari di Bandung, Indonesia itu terus utuh merentas masa.
Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap itu, semangat juang Ilham Febry atau Pepep (dram) dan Muh. Indra Gunawan atau Indra (bass) mempertahankan jenama ST12 supaya kekal sebaris band popular Indonesia lain tidak pernah sirna.
Percaya dengan keutuhan jenama yang sudah dua dekad bertapak itu, didukung kekuatan muzik yang menjadi sandaran utama untuk terus mendekati peminat, ST12 bersedia kembali dengan semangat baharu.
Semangat itu bakal diterjemahkan Pepep dan Indra menerusi ST12 Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan yang akan menampilkan Firman Siagian dan juara Indonesian Idol musim kelima, Aris pada posisi vokalis.
Bagi Pepep, ST12 tidak sekadar sebuah band, sebaliknya dia dan Indra bertekad untuk memastikan jenama yang sudah terpahat hampir 20 tahun itu kekal relevan serta terus bertahan.
Dibawakan My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment, ST12 Live In Malaysia turut menampilkan penyanyi popular
Malaysia, Hazama.
Pepep berkata, pemilihan Hazama bertepatan dengan usaha mereka yang mahu menyatukan pengkarya antara dua negara serumpun, selain memperluaskan lagi pengaruh muzik ST12 dengan mendekati kelompok peminat baharu.
Kemunculan Hazama dalam konsert tersebut katanya, secara tidak langsung menjadi pemacu dalam merancakkan siri promosi single kolaborasi mereka, Harapan Tak Kunjung Usai.
“Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat di kedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia mempunyai cita rasa yang sama.
“Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.
“Sekiranya ingin tahu bagaimana karakter muzik ST12 apabila bersatu dengan Hazama di pentas, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket ke konsert ini,” katanya.
Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP) boleh diperoleh menerusi pautan: www.ticket2u.com.my/st12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal Jun lalu, REMAJA pernah menyenaraikan Makmum The Movie sebagai salah satu filem seram yang wajib ditonton pada tahun ini.
Saranan itu kami lakukan setelah menonton klip trailer yang dikeluarkan oleh pihak produksi menerusi YouTube.
Klip berdurasi selama seminit itu membuatkan ramai mudah relate‘ dengan babak Titi Kalam yang diganggu oleh mahkluk halus ketika sedang menunaikan solat.
Sedang si dia mengangkat takbir, ada suara yang menyahut panggilan takbir tersebut seolah-olah dia sedang mengimamkan seseorang walaupun dirinya bersendirian.
Kini setelah filem Makmum menemui penonton sejak hujung minggu lalu di pawagam Malaysia, to be honest, pandangan kami terhadap filem itu terbahagi dua.
Ada elemen yang kami gemari, ada elemen yang kami rasakan boleh dilakukan dengan lebih baik. Cuba baca reviu di bawah dan komen sekiranya korang rasa pandangan kami itu tepat.
Makmum Memang Best!
Produksi filem Indonesia bergenre seram semakin lama semakin bagus dari segi pembikinan filem dan efek sinematografi mereka.
Berbanding filem seram pada tahun-tahun sebelum ini, Makmum dirangkumkan dalam pakej yang berkualiti dan senang untuk dihayati.
Bahagian ‘terkejut’ yang diterapkan bagi penulis menjadi kerana impak bunyi dan visual. Korang sendiri akan terfikir, “OMG akhirnya ada juga filem seram berbahasa Nusantara yang bagus!”
Tapi..
Adakah kami akan melabelkan Makmum sebagai seram SERAM? Malangnya tidak. Ya, jalan cerita Makmum mudah untuk dihadam oleh penonton kerana ia melibatkan rukun Islam yang dikerjakan pada setiap hari iaitu solat. Maka penonton mudah terbawa-bawa dengan elemen seram itu kerana mereka juga bersolat pada setiap hari.
Namun plot Makmum tidaklah sesempurna yang diharapkan. Kadangkala ia terlalu cepat berlalu, ada juga bahagian yang membuatkan penonton tertanya-tanya. Senang cerita, penonton akan confuse.
Dengan ending yang bagi penulis agak lemah, korang akan mudah merasakan Makmum ialah sebuah filem seram yang klise. Segala built-up yang berlaku pada awal dan pertengahan plot ‘dilupakan’ oleh penonton kerana ending-nya tidak digarap kemas.
*
Setelah keluar pawagam, ramai juga di kalangan penonton yang membandingkan Makmum dan filem seram keluaran Malaysia iaitu Munafik.
Hhm..pendapat korang pula bagaimana?
*
Hey Girls, We’re Back!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!