Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.
Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.
Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.
“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.
“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.
Ads
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.
Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Ads
Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Si cantik manis Hosiani Keewon telah diumumkan sebagai penyampai baru untuk Radio ERA Sabah dalam satu majlis diadakan semalam. Dia yang merupakan figura yang tidak asing di negeri bawah bayu itu bakal muncul dalam segmen ‘Pagi ERA Sabah’.
Untuk segmen yang bersiaran dari pukul 6 pagi sehingga 10 pagi itu, wanita bersuara merdu ini akan turut disertai oleh dua lagi penyampai radio iaitu Addnan dan Mijul yang merupakan jejaka berbakat besar dalam bidang pengacaraan dan penyampaian radio.
Menjengah ke ruangan Instagram Hosiani Keewon, dia mendedahkan yang dirinya merupakan ahli baru ERA Sabah dalam salah satu hantaran.
“Saya akan menyertai Padi ERA Sabah sebagai penyampai radio baharu bermula 31 Oktober 2022 dari 6 pagi sehingga 10 pagi. Siapa yang dalam perjalanan ke tempat kerja awal dan meredah kesesakan trafik bolehlah dengar celoteh kami, Addnan, Mijul dan Keewon. Saya tunggu anda telefon ok,” tulisnya.
Dalam segmen tersebut, pendengar akan dipersembahkan dengan pengisian seperti berikut:-
Besthrees: Perbualan santai tiga sahabat baik tentang topik semasa yang tular.
Topik: Personaliti ERA Sabah mengupas pelbagai perbincangan harian berkaitan merangkumi berita semasa, cerita selebriti, dan perkara yang melucukan.
FYI ERA: Di mana Addnan, Mijul dan Keewon berkongsi tentang fakta, sejarah dan latar belakang berkaitan negeri Sabah bersama pendengar.
Cakap Laju: Pendengar diberi peluang untuk membuat meneka perkataan yang disebut secara laju dan menang hadiah wang tunai.
Popular dengan panggilan Hosiani Keewon, pemilik nama penuh Hosiani James Jaimis yang kini berusia 29 tahun ini merupakan juara Pertandingan Unduk Ngadau 2018. Sejak menjuarai pertandingan itu dia mencipta nama di Sabah sebagai seorang personaliti media sosial, pelakon dan juga penyanyi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap umat Islam menyimpan impian untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Kota Makkah jika berkemampuan.
Tabung Haji (TH) merupakan antara inisiatif umat Islam untuk menabung bagi menampung perbelanjaan menunaikan rukun Islam kelima ini.
Ramai diantara kita yang sudah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dengan jumlah simpanan yang terkumpul. Jika dulu, memang agar sukar untuk menyemak tetapi sekarang semuanya hanya dihujung jari kerana korang boleh lakukan secara online.
Tabung Haji telah melancarkan perkhidmatan digital mereka yang dikenali sebagai THiJARI. Dengan laman web ini, pemilik TH boleh melakukan urusan-urusan seperti berikut:
• Menyemak akaun
• Mencetak penyata akaun
• Membuat pindahan wang
• Membuat urusan perkhidmatan Haji
• Melakukan urusan Kelab TaHa secara online
Cara mendaftar
1. Layari www.thijari.com.my
2. Pemilik akaun TH hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH
3. Seterusnya, pemilik akaun perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Isikan maklumat peribadi dan selepas selesai, bolehlah mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Mudah sahaja kan? Selepas ini, korang tidak perlu lagi untuk ke Menara Tabung Haji bagi menguruskan segala perihal berkaitan dengan urusan naik Haji. InsyaAllah, sentiasa pasang niat satu hari nanti mana tahu rezeki kita untuk menunaikan Haji di usia muda kan?
Setelah beberapa minggu memberikan bayangan di tengah kota mengenali spekulasi kehadiran mereka ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka pada tahun hadapan.
My Chemical Romance pada tahun 2025 terdiri daripada empat orang ahli terdiri daripada (dari kiri) Ray Toro, Mikey Way, Gerard Way and Frank Iero.
Menerusi akaun Instagram rasmi band berasal dari Amerika Syarikat itu, MCR dijadualkan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.
Kali terakhir MCR bertandang ke Malaysia adalah pada 9 Disember 2007 menerusi konsert The Black Parade Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di mana ia berjaya memikat hati 10,000 pengunjung yang selama ini setia menantikan kehadiran mereka.
Buat masa ini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai harga tiket dan tarikh jualan kepada para peminat.
REMAJA yakin, dengan penangan lagu-lagu ‘berhantu’ MCR seperti Helena, I Don’t love You, I’m Not Okay dan tentunya, Welcome to The Black Parade; peminat tentunya akan merebut tiket konsert agar tidak ketinggalan menyaksikan kelibat mereka secara langsung setelah 18 tahun.
Selain Kuala Lumpur, MCR turut memilih negara Asia lain seperti Korea Selatan, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina sebagai detinasi jelajah kali ini.
Terdahulu pada akhir bulan Jun, warganet merasa teruja apabila mesej misteri berbunyi, ‘Malaysia, are you okay?’ muncul di papan iklan digital gergasi di sekitar ibu negara; sekaligus memberi indikasi mengenai kehadiran MCR ke sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!