Walaupun hampir empat tahun, namun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh Bunga Cinta Lestari (BCL) sekeluarga dan teman rapat mereka.
Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Terbaharu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun kelahiran arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair yang ke-44 tahun di pusara aktor tersebut.
Ads
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyanyi lagu popular Cinta Sejati itu dilihat menziarahi pusara Ashraf bersama anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair dan beberapa ahli keluarga yang lain.
Selain itu, Bunga sempat menitipkan dedikasi istemewa buat arwah suaminya yang menginjak usia 44 tahun sekiranya masih hidup.
Ads
“Sayang, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke 44, tapi takdir berkata berbeza, kamu sudah pergi terlebih dahulu.
“Kami di sini semuanya baik-baik sahaja, kami hidup dengan selamat dan kami semua mencipta sebuah kenangan baharu tanpa melupakan awak, sentiasa akan ingat awak.
“Awak sentiasa ada dalam hati kami semua, kami sentiasa rindukan awak. Selamat ulang tahun di syurga, terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Dalam perkongsian sama, Bunga turut berkongsi beberapa keping foto buat tatapan umum.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon itu pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung pada jam 3.40 pagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Milly daripada filem Ada Apa Dengan Cinta dan Milea daripada filem Dilan 1990?
Kedua-dua watak itu berjaya meninggalkan impak yang berkesan kepada penonton di pawagam sehinggakan filem masing-masing mencecah rekod box office hebat.
Tapi tahukah korang bahawa kedua-dua pelakon wanita itu sebenarnya merupakan adik-beradik??
Ya, Sissy Pricillia (Milly) dan Vanesha Priscillia (Milea) merupakan 2 orang pelakon terkenal Indonesia yang berasal dari famili yang sama.
Menariknya, Astro Shaw dengan kolaborasipenerbit Indonesia akan memaparkan Sissy dan Vanesha bergandingan untuk kali pertama menerusi sebuah filem berjudul Backstage.
Backstage merupakan sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara sisterhood dan muzik.
Di Indonesia sendiri, peminat filem di sana begitu teruja dengan pengumuman Backstage di sebuah sidang media sehingga berita tersebut menjadi fenomena.
Bagi pihak Astro Shaw, mereka percaya dengan content dan jalan cerita filem yang mampu menarik perhatian ramai. Mereka juga berharap lebih banyak kerjasama seumpama ini antara Malaysia dan Indonesia akan terjalin pada masa akan datang.
Backstage dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada Jun 2020 manakala di Malaysia pula, ia dijangka ditayangkan Julai 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 19 Mei, Punithamalar Rajashekar berjaya meraih Rekod Dunia Guinness untuk masa terpantas menyusun kepingan di atas papan catur sambil ditutup matanya.
Menyusun 32 buah catur sambil menutup mata mungkin kelihatan mustahil, lebih-lebih lagi dengan rekod dunia 1.02 minit sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki dari India.
Tetapi pemain berusia 10 tahun ini berjaya melakukannya dalam masa 45.72 saat sahaja! Wowzerz sangat…
Anda mungkin menganggap pencapaiannya adalah hasil latihan intensif selama berbulan-bulan, membiasakan dirinya dengan aturan buah catur dan mengaturnya melalui sentuhan.
Namun pencapaian hebat ini dicapai disebabkan anugerah luar biasa yang didakwa dimilikinya iaitu keupayaan untuk “melihat” apa yang ada di hadapannya, walaupun dengan mata tertutup!
“Ia tidak sukar kerana saya merasakan ia sama seperti menyelesaikan tugas tanpa penutup mata. Sama seperti bagaimana semua orang melihat dengan mata terbuka, saya dapat melihat perkara yang sama walaupun dengan mata tertutup,” jelas gadis muda ini.
Sekadar info, pencapaian gadis itu bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini dia juga telah mendapat gelaran naib juara dalam “Kids Got Talent” Malaysia tahun ini, melayakkannya untuk mengikuti uji bakat untuk musim terbaru “America’s Got Talent”.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, tidak sah sekiranya stesen radio Hot FM tidak melancakan lagu khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bukan?
Buat tahun 2022, tradisi sama masih akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih besar apabila Hot Fm dan Molek FM buat kali pertamanya telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah lagu raya berjudul Hangat Beraya.
Karya komposer dan penulis lirik Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan setakat menggabungkan penyampai radio kedua-dua stesen berkenaan. Malah, mereka juga menjemput barisan penyai serta band terkenal tanah air bagi sama-sama memeriahkan lagi lagu berkenaan.
REMAJA berpeluang untuk bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil baru-baru ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kali pertamanya memasuki studio rakaman bagi single Hangat Beraya ini.
Penyampai radio Hot FM, pelakon dan pempengaruh, Imran Aqil.
“Untuk single Hangat Beraya pada tahun ini, ada beberapa artis yang terlibat termasuklah kesemua penyampai Hot FM seperti Haziq Husni, Riena Diana, IU, Farah Fauzana, AG, Fad Bocey dan saya. Kami juga menjemput beberapa penyanyi popular seperti Marsha Milan, Daniesh Suffian dan Naqiu Boboy.
“Pada waktu itu, jujurnya saya struggle memandangkan saya bukanlah seorang penyanyi dan belum berpengalaman berada dalam studio rakaman. Bila dapat tahu mengenai projek ini, itulah perkara pertama yang saya fikirkan; saya tiada bakat nyanyian! (ketawa) Tidak seperti rakan penyampai yang lain seperti Haziq yang sekurang-kurangnya mempunyai suara yang sedap didengar walaupun tidak bergelar penyanyi.
“Saya ada bertanyakan nasihat daripada Haziq sebelum rakaman dan katanya, “Kau ‘bagi’ je. Penerbit akan tahu ‘membaca’ suara kau dan dia akan fit in suara kau ikut kesesuaian.” Sedikit sebanyak, nasihatnya itu membantu,” ulasnya yang juga merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2020.
“Saya pasti lagu ini akan hit kerana ia lain daripada yang lain. Vibe-nya sangat riang dan muda, saya pun tidak sabar menantikannya.”
Perasaan cemas kongsi Imran lagi nyata tidak boleh dielakkan memandangkan dia enggan melakukan kesilapan. Apatah lagi apabila rakaman membabitkan penyanyi profesional.
“Sewaktu saya di dalam studio rakaman, saya tahu Marsha, Haziq dan Daniesh sedang mendengar suara saya. Saya berulang kali meminta maaf jika apa yang disampaikan tidak mencapai expectation mereka.
“Saya kalau boleh tidak mahulah ‘merosakkan lagu orang’ dan mengecewakan pihak yang terlibat dalam rakaman ini seperti rakan penyampai lain serta artis jemputan,.
“Nasib baiklah saudara Firdaus merupakan seorang yang penyabar. Dia berikan tunjuk ajar semasa saya sampaikan beberapa rangkap dalam lagu tersebut dengan meminta saya memilih teknik suara bass yang katanya lebih bersesuaian dengan suara saya,” katanya lagi.
Single Hangat Beraya ini bakal diluncurkan tidak lama lagi. Kongsi Imran, mereka baru sahaja menjalani penggambaran untuk video muzik Hangat Beraya dan besar harapannya agar ia akan diterima baik oleh semua pendengar serta penonton nanti.
Imran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa bersama rakan bilik ‘Trio 1912’ daripada pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar & Hazeeq Dean, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pengalaman tahun pertama Ramadan sebagai seorang penyampai radio, Imran menyifatkannya sebagai berbeza memandangkan dia perlu berada di konti berseorangan setiap Isnin hingga Jumaat bagi segmen Hot Flix bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Awal Ramadan lalu, saya rajin juga berbuka puasa di luar dengan rakan lain. Tetapi disebabkan waktu berbuka yang terlalu hampir dengan segmen saya, saya jadi letih bila perlu bergegas selepas makan. Akhirnya, saya berbuka sahaja di konti sampailah sekarang.
“Pengalaman berbuka seorang diri adalah sesuatu yang baru untuk saya. Ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai waktu berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa hujung minggu.
“Untuk beraya nanti, insyaAllah saya masih berkesempatan untuk menyambutnya bersama keluarga tetapi pada hari yang mana satu; ia masih tertakluk kepada jadual di antara para penyampai,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM BTS AMA 2026 mencipta sejarah apabila RM BTS menjadi artis Asia pertama menang di Anugerah Muzik Amerika, mengukuhkan dominasi BTS di pentas global.