Disebabkan pandemik COVID-19 banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian teruk sehingga terpaksa membuang sebahagian daripada para pekerja dan kru kapal.
Thai Airways antara yang terkesan dan mengambil langkah pengstrukturan semula.
Disebabkan tiada penerbangan boleh dilakukan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19, syarikat penerbangan ini mengambil pendekatan unik dengan membuka restoran bersuasana dalam kabin di ibu pejabatnya.
Ads
Restoran sementara ini dibuka di kafeteria syarikat tersebut. Sebelum ini, ia hanya berfungsi sebagai tempat makan untuk staf sahaja.
Ads
Menariknya, sebaik sahaja tiba di restoran tersebut, tetamu akan disambut dengan pramugari lengkap dengan uniform penerbangan tersebut dan akan diberikan cenderamata seperti pas penerbangan
Ads
Restoran itu dihiasi dengan bahagian-bahagian kapal terbang seperti tempat duduk ekonomi dan juga tempat duduk kelas bisnes lantas memberikan lagi suasana di dalam kapal terbang.
***P/S – Rindu nak makan Nasi Lemak Pak Nasir seperti dalam kapal terbang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua minggu menerima rawatan di Hospital Melaka,, penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar akhirnya mengesahkan bahawa dirinya telah bebas daripada jangkitan Covid-19.
Alif yang menerima perkhabaran dukacita positif Covid-19 selepas membuat persembahan di peringkat separuh akhir MuzikMuzik dua minggu lalu telah menerima sokongan yang cukup padu untuk melalui fasa rawatan itu.
Bukan hanya peminatnya yang memberikan ucapan dan dorongan, malah beberapa figura hebat seperti Menteri Kanan Hal Ehwal Agama Malaysia, Dr Zulkifli Al Bakri dan Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tampil memberikan kata-kata semangat.
Catatnya di laman Instagram pada pagi ini, Alif percaya setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Ilahi dan ada hikmah ke atas apa yang terjadi.
“Sukacita Alif ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hopital Melaka, atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat Alif sekeluarga; Alif kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang.
“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik TV3, JS Pictures dan semua rakan industri Alif yang cukup prihatin atas segala yang berlaku dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi SOP dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas Alif disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi I Want You To Love Me itu.
Alif menambah agar kita semua mengambil serius cogan kata Kita Jaga Kita dengan sepenuh jiwa. Ia bukan sekadar cogan kata untuk membendung wabak ini tetapi sebagai tanda kerjasama semua rakyat Malaysia untuk melawan COVID-19 dengan berhemah.
“Hentikanlah stigma negatiif, memulau, mengasingkan dan memandang seorang mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.
“Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yyang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam. Agama menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan saja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” catatnya lagi pagi ini.
Sehubungan dengan berita baik ini, Alif terlebih dahulu ingin mengambil beberapa hari untuk diluangkan bersama keluarga tercinta sebelum kembali ke lokasi kerja seperti biasa.
Di samping itu, dia turut meminta agar rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar pesakit yang masih berada di hospital atau dikuarantin di rumah agar cepat sembuh dan boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Seorang lelaki berusia 61 tahun menarik perhatian orang ramai kerana mengaku ingin melepasi usia 110 tahun dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk hidup lebih lama termasuk mengambil ratusan vitamin.
Dave Pascoe yang berasal dari negeri Michigan, menggelarkan dirinya ‘biohacker’ yang taksub kepada penambahbaikan badan menggunakan sains dan teknologi.
Pascoe berkongsi rahsia tampil awet muda termasuk dia mengamalkan diet dan senaman yang ketat.
Lelaki itu berkata, dia juga makan 158 vitamin setiap hari agar dapat hidup mencapai usia 110 tahun.
”Matlamat saya adalah untuk menjadikan kesihatan saya selari dengan jangka hayat saya. Saya berharap dapat hidup sekurang-kurangnya sehingga umur 95 tahun.
“Jika umur saya boleh pergi lebih jauh, saya mahu melepasi usia 110 tahun,” katanya.
Baginya, pelbagai jenis senaman merupakan bahagian penting dalam rutin harian termasuk berjalan kaki atau berjoging. Dia juga menghabiskan masa di sauna dan bermeditasi untuk berehat.
Tambah Pascoe lagi, dia membelanjakan sekitar AS$30,000 (RM143,505) setahun untuk semua vitamin dan produk penjagaan kulitnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Mail Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam ini sememangnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Benarlah apabila ada yang menggelar bola sepak sebagai sukan yang menyatukan Malaysia yang berbilang bangsa.
Lihat je di restoran mamak, warung tepi kedai, di Twitter ataupun di rumah, penonton tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga ke saat terakhir perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan UAE.
Sumber: FA Malaysia
Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Malaysia terpaksa akur kepada kekalahan 1-2 kepada UAE. Namun tunduk kita tetap bermaruah jika dilihat kembali kepada sejarah perlawanan bersama negara Asia Tengah itu.
4 tahun lalu, skuad Harimau Malaya terpaksa menelan peristiwa pahit apabila ‘dibelasah’ 0-10 oleh UAE. Semua itu kini hanyalah sejarah apabila kesebelasan negara memberikan tentangan sengit walaupun diakui mulai longlai pada akhir separuh masa kedua.
Sumber: FA MalaysiaSumber: FA Malaysia
Ia juga diakui oleh netizen yang merasakan usaha Harimau Malaya yang kini menduduki tangga ke-169 dunia wajar dipuji apatah lagi bila menentang UAE yang berada di tangga ke-65.
Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menyifatkan mereka harus berbangga dengan usaha sendiri dan tidak mudah mengaku kalah.
Begitu juga dengan peminat bola sepak yang kekal memberikan kata-kata semangat.