Seorang lelaki berusia 61 tahun menarik perhatian orang ramai kerana mengaku ingin melepasi usia 110 tahun dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk hidup lebih lama termasuk mengambil ratusan vitamin.
Dave Pascoe yang berasal dari negeri Michigan, menggelarkan dirinya ‘biohacker’ yang taksub kepada penambahbaikan badan menggunakan sains dan teknologi.
Pascoe berkongsi rahsia tampil awet muda termasuk dia mengamalkan diet dan senaman yang ketat.
Lelaki itu berkata, dia juga makan 158 vitamin setiap hari agar dapat hidup mencapai usia 110 tahun.
”Matlamat saya adalah untuk menjadikan kesihatan saya selari dengan jangka hayat saya. Saya berharap dapat hidup sekurang-kurangnya sehingga umur 95 tahun.
Ads
“Jika umur saya boleh pergi lebih jauh, saya mahu melepasi usia 110 tahun,” katanya.
Ads
Baginya, pelbagai jenis senaman merupakan bahagian penting dalam rutin harian termasuk berjalan kaki atau berjoging. Dia juga menghabiskan masa di sauna dan bermeditasi untuk berehat.
Tambah Pascoe lagi, dia membelanjakan sekitar AS$30,000 (RM143,505) setahun untuk semua vitamin dan produk penjagaan kulitnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Mail Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang wow! Itulah yang dapat REMAJA ungkapkan dalam satu perkataan. Ternyata aura yang dibawa pengarah Mamat Khalid menerusi ‘Hantu Kak Limah’ (HKL) mempunyai bisanya tersendiri.
Ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat buat Mamat Khalid dan juga para pelakon yang membintangi filem ini.
HKL merupakan filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold mencetuskan fenomena mereka tersenduru apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.
Ia sekali gus menjadikan HKL melonjak ke tempat pertama filem tempatan mendapat kutipan tertinggi bagi sesebuah filem tempatan.
Rekod ini sebelum ini pernah dipegang oleh filem ‘Abang Long Fadil 2 ‘(terbitan Astro Shaw & Skop Productions) yang telah berjaya mengutip RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Menurut Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim serta Mamat Khalid, barisan pelakon dan krew melahirkan sara syukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta rakan media dan rakan komersial yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.
HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.
Lain macam aura dibawa Kak Limah kali ini. Hiks!
Berikut merupakan TOP 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.
1. Hantu Kak Limah – *RM20.5 juta (masih ditayangkan di pawagam)
2. Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
3. Polis EVO – RM17.8 juta
4. Munafik – RM17.4 juta
5. The Journey – RM16.87 juta
6. BoBoiBoy: The Movie – RM16.77 juta
7. Ola Bola – RM16.67 juta
8. KL Special Force – RM12.2 juta
9. KL Gangster – RM11.74 juta
10. Ombak Rindu – RM10.09 juta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Mengambil inisiatif untuk mendokumenkan kish legenda ini, Vans Malaysia telah menerbitkan sebuah dokumentari bertaju ‘Demi; A Pa’din Musa Dokumentary’. Ia telah pun dilancarkan dan ditayangkan di ibu negara baru-baru ini dan kini turut dimuat naik ke akauan YouTube antarabangsa rasmi Vans.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Menerusi dokumentari berdurasi selama 25 minit ini, Pa’din menceritakan tentang perjalanannya sejak kecil; bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan skateboard yang dianggapnya bukan sahaja hobi tetapi sebagai gaya hidup sambil menjelajah Semenanjung Malaysia bersama Vans Skate Team pada bulan Ogos 2017 yang lalu.
Pada munggu lalu juga Vans mengumumkan tentang siri kasut eksklusif Pa’din Signature – sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan ini. Dua kasut sighnature Pa’din, Vans Authentic Pro dan Old Skoll Pro boleh didapati di semua Vans Store di Malaysia (keciali Vans Paradigm, Vans Quill dan Vans Farenheit 88).
Jangan lupa untuk menonton dokumentari menarik tentang our own skateboard legend, Pa’din Musa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kisah hidup yang mencetus inspirasi oleh seorang graduan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Dr. Malik Yatam mencuri perhatian orang ramai di media sosial selepas beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara.
Pencapaian luar biasa beliau sekaligus membuktikan bahawa jeriji besi bukan penamat segalanya apabila pendidikan menjadi pintu kedua untuk membina masa depan. Selepas lebih dua dekad menjalani hukuman penjara, Dr. Malik kini muncul sebagai simbol harapan, disiplin dan keazaman luar biasa yang secara tidak langsung mencabar stigma masyarakat terhadap bekas banduan.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Dr. Malik yang turut dikenali dengan nama Dr. Murad berkongsi perjalanan luar biasa hidupnya yang bermula seawal usia remaja. Perjalanan akademiknya bukan satu laluan mudah apabila berdepan kekangan masa, akses internet yang terhad serta ketiadaan kemudahan pembelajaran sempurna, sekaligus menjadikan setiap langkah satu ujian mental dan emosi.
Kredit foto: Threads Dr Malik YatamKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
View on Threads
Bagaimanapun, segala cabaran itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar dan membina masa depan berteraskan ilmu.
“Banduan pertama Malaysia, memperolehi PhD semasa dalam penjara. Selama 24 Tahun dalam penjara, saya mengambil SPM sehingga PhD semasa dalam penjara. Masuk Umur 14 Tahun. Dapat Pengampunan pada usia 38 Tahun.”
Memetik laporan yang diterbitkan Harian Metro, difahamkan Dr. Malik dilahirkan di Sabah, kemudian berhijrah ke Semenanjung pada usia 14 tahun demi membantu keluarga akibat kesempitan hidup.
Namun, eksploitasi dan penderaan majikan akhirnya mengheret beliau ke kancah tragedi yang membawa kepada hukuman penjara sebagai Tahanan Limpah Sultan. Dalam tempoh 24 tahun di sebalik tirai besi, beliau memilih pendidikan sebagai jalan keluar, bermula dengan SPM, diikuti STPM, ijazah sarjana muda dan akhirnya PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.
Kredit foto: FB Malik YatamKredit foto: Harian Metro
Bagi Dr. Malik, pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi proses memulihkan maruah dan membina semula keyakinan diri. Ia juga menjadi medium untuk membuktikan perubahan adalah sesuatu yang realistik, walaupun masyarakat masih dibelenggu stigma terhadap bekas banduan.
“What’s next? Saya dalam usaha untuk merealisasikan tesis saya menghasilkan Usahawan dalam kalangan prospek. Dengan membuat ladang cili bersama prospek. Saya juga menerima jemputan sekolah dan universiti. Pada masa yang sama penulis buku ‘PhD Dari Penjara’, mohon sokongan warga thread,” tulisnya.
Kredit foto: FB OUMKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
Hari ini, Dr. Malik bukan sahaja bergelar pemegang PhD, beliau malah aktif menyumbang kepada masyarakat melalui keusahawanan tani dan perkongsian ilmu. Kisahnya turut menjadi bukti bahawa pendidikan mampu memutuskan kitaran gelap masa lalu dan membuka ruang kepada masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Di samping itu, program pendidikan dalam penjara semakin dilihat sebagai pemangkin perubahan sebenar, bukan sekadar inisiatif sampingan. Melalui pendidikan, prospek bukan sahaja dibekalkan ilmu akademik, malah dibina semula dari sudut pemikiran, nilai diri dan hala tuju kehidupan. Dalam konteks ini, perjalanan Dr. Malik menjadi contoh paling nyata bahawa ilmu mampu mengubah jalan hidup walau bermula dari titik paling gelap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...