
Sekarang semua orang dikehendaki duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.
Jadi, bila nak cari barang rumah, tak perlu lagi keluar susah payah hanya klik saja, kamu dapat apa yang diinginkan. Tambahan lagi dengan lambakan kedai ekonomi atau kedai RM2. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia kerana setiap satunya hanya berharga RM2.00 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.
Bila dah terlalu lama menghabiskan masa di rumah, mesti ada sahaja idea yang muncul untuk membeli kan?
Jadi, Remaja nak share kan 5 kedai RM2 yang korang boleh beli secara online. Punyalah banyak pilihan sampaikan kamu boleh jadi rambang mata, harga pun murah, dan paling best beli saja di Shopee.
ecoshop Malaysia (BELI)

Ninso (BELI)

NOKO (BELI)

NT Shop Malaysia (BELI)

Cheap2shop (BELI)

Amacam, menarik kan? Sekarangkan kena duduk rumah, jadi, beli-belah di online je. Banyak pilihan harga pun murah. Memang puas hati!. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taco Bell Tawar Ratusan Peluang Pekerjaan Tahun Lalu, Bantu Golongan Anak Muda

Taco Bell telah merasmikan restoran pertama di Cyberjaya pada 2 April 2021, bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan berinspirasi dari negara Mexico.

Sehingga kini, Taco Bell sudah membuka sebanyak 6 cawangan di sekitar Lembah Klang, dan dalam perancangan untuk membuka banyak lagi cawangan yang baru setelah menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Selain menyajikan makanan lazat, Taco Bell percaya bahawa kebajikan pekerja adalah komponen penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan.

Muncul dengan idea ‘Live Kaw Kaw’, Taco Bell juga telah menawarkan ratusan peluang pekerjaan sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi bagi membantu golongan anak muda mendapatkan pekerjaan. Tahun ini, mereka meneruskan lagi misi untuk memperkasakan kakitangan dengan inovasi serta menjayakan prinsip kepelbagaian dan kebersamaan di tempat kerja.
Perkembangan Kerjaya Kaw Kaw
“Saya merupakan salah seorang daripada pengurus restoran yang pertama di Taco Bell Cyberjaya pada tahun lepas. Awal tahun ini, saya telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Latihan. Saya gembira bekerja di sini kerana kami selalu dihargai, tanpa mengira tempoh perkhidmatan individu tersebut. Jika anda mencari perkembangan kerjaya seperti saya, di sinilah tempatnya,”

“Pekerjaan sejak ianya bertapak di Malaysia, dan untuk lebih banyak cawangan yang akan dibuka nanti, kami sentiasa mencari calon-calon hebat untuk menyertai pasukan kami.” – Adrian Danker, Pegawai Latihan Taco Bell.

Taco Bell menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran untuk kakitangan mereka. Daripada kursus latihan yang dibiayai sepenuhnya bagi meneruskan perkembangan kerjaya, penyediaan asrama untuk memudahkan perjalanan, sehinggalah penglibatan kami dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Matlamat Taco Bell adalah untuk memperkasakan pekerja, bukan saja sebagai seorang kakitangan tetapi juga sebagai seorang individu yang hebat.

Jika korang ingin menjadi sebahagian daripada kru hebat mereka, klik sini untuk menghantar permohonan. Bagi yang sedang mencari pekerjaan, ini adalah peluang untuk korang mencuba. Mana tahu ada rezeki kan!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali Jenis-Jenis & Kebaikan Vitamin C Yang Boleh Korang Ambil

Vitamin C adalah sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia sangat penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen.
Menurut myhealth.gov.my, kekurangan vitamin C tidak boleh menggantikan kolagen dalam badan mereka dan disebabkan itu juga pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak serta boleh membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah, kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).
Gejala ini hanya berlaku sekiranya pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10mg/hari untuk beberapa minggu.

Oleh itu, penting untuk korang tahu dos harian vitamin C yang perlu diambil.
Ada yang menganggap pengambilan Vitamin C ini adalah tidak perlu dan hanya memudaratkan kesihatan, namun begitu ia adalah tidak benar dan selamat diambil dalam dos yang disyorkan.
Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangka masa panjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).
Apa itu Vitamin C?
Merupakan sejenis antioksidans yang biasa ditemui dalam buah-buahan dan sayuran, tetapi vitamin C boleh teroksida apabila terdedah dengan haba yang tinggi (dimasak). Contoh buahan dan sayuran yang mengadungi vitamin C adalah seperti kiwi, bayam, brokoli, betik dan strawberi.
Kebaikan Vitamin C
• Menguatkan pertahanan semula jadi manusia
• Menurunkan paras kolesterol dalam badan
• Menurunkan paras urik asid dalam badan (boleh menyebabkan gout)
• Membantu penyerapan zat besi
• Meransang sistem immunisasi
• Membantu untuk mencantikkan kulit

Jenis-jenis Vitamin C
1. Effervescent (larut dalam air)
Dalam bentuk tablet dan dilarutkan di dalam air. Rasanya sedap macam air gas.
2. Sugar free
Sesuai untuk penghidap kencing manis
3. Sustained release (dilarutkan perlahan-lahan)
Hanya perlu dimakan satu dos sahaja dan dos lebih rendah daripada biasa
4. Tidak berasid (Non-acidic)
Sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati
5. Hisap/kunyah
Dos lebih rendah untuk kanak-kanak
6. Campuran
Vitamin C + Gluthaione: Membantu mencantikkan dan mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan
Vitamin C + Zinc: Merangsang sistem imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit serta rambut
Vitamin C + Kalsium: Membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang
Vitamin C + Lysine: Membantu menaikkan selera makan

Walau bagaimanapun, kalau korang buat suntikan vitamin C yang tidak berdaftar, bakal terdedah kepada risiko kemudaratan pada wajah dan tubuh badan seperti jangkitan kulit dan salur darah, selain kerosakan pada buah pinggang.
Oleh itu, manfaatkan vitamin C dengan dos yang betul dan bukannya membuat rawatan yang tidak mendapat pengesahan daripada doktor.
Sumber: Farmasi Sabak Bernam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mengahwini Pasangan Yang Tepat, Kunci Kejayaan Para Usahawan” -Ameer Ali Mydin

Bermula dengan sebuah kedai runcit yang kecil pada tahun 1957 di Kelantan, kini pemborong dan peruncit, Pasaraya Mydin mempunyai pelbagai cawangan di serata Malaysia.
Perniagaan tersohor tersebut, yang kini telah diambil alih oleh salah seorang anak kepada pengasas Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’, Hafiz Mahamad Hadiahkan Staf Kereta SUV, ‘Shopping’ Baju Raya & Bonus Sebulan Gaji

Baru-baru ini, menerusi petikan video dari temu bual bersama stesen radio BFM yang dimuat naik di laman Instagramnya, beliau berkongsi ‘rahsia’ di sebalik kejayaan pasar raya Mydin yang dimilikinya berkenaan.
Kongsinya, beliau menyifatkan mengahwini pasangan yang tepat adalah sangat penting kerana sokongan dan dorongan yang positif perlu datang dari mereka.
“Mengahwini pasangan yang tepat adalah kunci kejayaan para usahawan. Ini kerana mereka perlu berada di sisi dan akan menjadi individu yang banyak berkorban,” katanya.

Penyampai radio yang menemu bual beliau turut menambah bahawa setiap kejayaan seorang lelaki akan ada wanita yang lebih kuat di belakang mereka.
Bagaimanapun, ungkapan tersebut dikatakan kurang dipersetujui oleh isteri beliau kerana menganggap dirinya tidak berada di ‘belakang’, tetapi sentiasa bergerak seiring untuk memberi sokongan.
Malah, buku MYDIN: The Untold Story yang diterbitkan pada tahun 2012 juga ditulis oleh isterinya, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd. Walau buku tersebut ditulis oleh isteri tercintanya, namun hanya gambar Ameer Ali Mydin diletakkan di buku hadapan.

“Isteri saya kurang setuju dengan kata-kata tersebut kerana bagi dirinya, dia tidak berada di belakang. Tetapi berada bersama dengan saya dalam setiap kejayaan,” tuturnya lagi.
“Semua orang cakap, ‘Wah, awaklah lelaki itu.’ Tidak. Sebenarnya saya bukanlah lelaki itu dan ada seorang wanita bersama saya yang yang menulis buku tersebut,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ameer Ali Mydin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

