Kecoh di media sosial apabila dikatakan beribu rakaman sesi persidangan video yang menggunakan aplikasi Zoom, termasuk membabitkan sesi peribadi terdedah di laman web terbuka.
The Washington Post melaporkan, permerhatian mereka turut mendapati rakaman persidangan yang mendedahkan rekod kewangan sulit serta kelas dalam talian dapat disaksikan oleh pengguna internet tanpa sekatan.
Terdapat juga rakaman video yang membabitkan peserta tidak berpakaian, termasuk sesi pakar kecantikan mengajar pelajar cara untuk melakukan Brazilian Wax.
Fuh, bahayanya.
Malah, seorang pengguna Twitter turut berkongi info bahawa satu laporan dari Penggodam Patrick Wardle dari Ex-NSA telah menemu keretakan pada MacOS yang membolehkan penggodam mengakses mikrofon, kamera dan akses penting.
Ads
Isu ini bukan sahaja berlaku pada MacOS, tetapi Windows turut sama mempunyai isu keselamatan. Oleh yang demikian, individu ini menyarankan agar korang beralih ke Skype, Google Hangout atau yang setaraf buat masa sekarang.
Walau bagaimanapun, Zoom dalam kenyataan melaporkan pihak mereka sudah menyediakan cara yang selamat untuk pengguna menyimpan rakaman dan menyediakan garis panduan mengenai bagaimana mereka boleh meningkatkan keselamatan panggilan.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Zoom, Eric Yuan, dilaporkan mengakui perkhidmatan itu kini digunakan jauh lebih luas daripada yang pernah dibayangkan ketika beliau mengasaskan syarikat itu pada tahun 2011.
“Kami tidak mereka bentuk produk ini dengan pandangan jauh bahawa, dalam masa beberapa minggu sahaja, setiap orang di dunia tiba-tiba akan bekerja, belajar, dan bersosial dari rumah,” katanya.
Beliau juga telah memohon maaf kerana Zoom gagal mempertahankan kehendak privasi dan keselamata pengguna serta akan membekukan pengenalan ciri-ciri baru selama 90 hari sebaliknya mengarahkan jurutera mereka untuk menangani masalah keselamatan dengan segera.
Rasanya buat masa sekarang ni, kalau korang menggunakan aplikasi Zoom ini baik hentikan segera dan cari alternatif lain untuk berhubung dengan rakan sepejabat mahu pun teman-teman.
Haih, sekarang ni duduk rumah saja pun dah tak selamat. Hiks!
Akhirnya masa yang dinanti-nantikan oleh peminat permainan video berakhir apabila Sony Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa konsol PlayStation 5 akan dilancarkan pada 11 Disember 2020.
Bagi yang berminat, pre-order akan dibuka bermula 12 November 2020 dan PlayStation 5 edisi digital dijual dengan harga RM1869, manakala versi Ultra HD Blu-ray disc Drive pula berharga RM2299.
Kedua-dua model PS5 ini menggunakan pemproses khusu yang sama dengan CPU dan GPU bersepadu untuk high-fidelity graphics sehingga 4K, serta SSD berkelajuan tinggi yang sama dengan I/O bersepadu yang akan memberikan kelajuan yang pantas.
Ia juga menawarkan kepuasan mendalam melalui DualSense Wireless Controller dan kemampuan audio 3D yang mana pemain akan menikmati pengalaman permainan transformatif yang sama, tidak kira sama ada mereka memilih mana-mana PS5.
Harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).
Hm, amacam ada yang berminat ke? Kalau duit dah cukup bolehlah buat tempat esok. Hiks!
Sudah tidak dapat dinafikan lagi, aplikasi TikTok kini menjadi pilihan utama pengguna lebih-lebih lagi bagi golongan muda untuk melakukan carian di media sosial.
Ramai yang menggunakan TikTok untuk mencari lokasi atau restoran menarik untuk dikunjungi, malah gosip-gosip terkini juga lebih cepat tersebar menerusi laman TikTok betul tak?
Walaupun sudah menjadi antara platform media sosial popular dunia, TikTok tetap meneruskan usaha untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka, malah TikTok turut memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada yang berjaya menjemput kenalan mereka untuk mendaftar menggunakan akaun TikTok.
TikTok menawarkan sekitar RM55 ke RM65 untuk menjemput rakan baharu menyertai platform itu. Wah, berbaloi kan?
Untuk menebus ganjaran tersebut, individu yang dijemput itu perlulah meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari. Dengan cara ini juga dapat menaikkan lagi engagement platform media sosial itu, sekali gus turut memberi ganjaran kepada pengguna yang berjaya menarik lebih ramai orang untuk menyertai TikTok.
Jika dahulu TikTok dianggap sebagai platform untuk ‘berjoget’, kini tidak lagi kerana pelbagai info menarik dan ilmu pengetahuan turut disebarkan menerusi laman media sosial itu.
Sebelum ini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Namun, ini bukan bermakna korang boleh mengunakan alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah.
Terbaru, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklumkan yang mana mereka mengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.
Kadang-kadang line dekat rumah kita slow bukan sebab pencawang semata tapi disebabkan ada jiran disekeliling sengaja gunakan cara haram ni untuk kepentingan sendiri.
Gambar Hiasan
SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.
Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.