Ribuan Mahasiswa Indonesia BANTAH Pengharaman Hubungan Sejenis & Luar Nikah, Apa Kes?

Share

 

Jika di Malaysia, majoriti rakyat negara kita menyokong pengharaman hubungan seks luar nikah dan hubungan seks sejenis atas faktor agama, moral dan kesihatan.

 

Namun lain pula ceritanya di Indonesia apabila ribuan mahasiswa universiti di negara itu mengadakan protes besar-besaran untuk membantah rang undang-undang (RUU) terbaru yang mengharamkan hubungan seks luar nikah dan seks sejenis.

Menurut laporan Channel News Asia

, protes yang berlangsung di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Jakarta, YogYakarta dan Makassar itu telah mendapat liputan meluas media di sana setelah isu taboo di negara majoriti penduduk beragama Islam itu diperkatakan.

Banyak pihak terkejut apabila melihat kepada tentangan terbuka yang dilakukan di jalanan.

Antara kritikan yang diluahkan oleh penuntut universiti sewaktu demonstrasi dijalankan adalah bagaimana RUU ini mendiskriminasi golongan minoriti seperti LGBT (lesbian, gay biseksual dan transgender) dan kebebasan bersuara mereka.

Untuk pengetahuan korang, mereka yang melakukan jenayah hubungan seks luar nikah dan seks sejenis di Indonesia boleh disabitkan dengan hukuman penjara selama enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000)

*

Rata-rata pemerhati di media sosial berkenaan isu ini juga tertanya-tanya bagaimana protes sebesar skala ini boleh tercetus kerana status Indonesia sebagai negara Islam.

“Saya terkejut mereka menentang undang-undang Islamik. Adakah mereka benar-benar beragama Islam? Sedangkan ajaran agama lain juga menegah kedua-dua jenis hubungan itu, jadi apakah pegangan agama pelajar yang memprotes ini?” soal seorang pengguna Twitter bernama Adieb Adzman.

“Apa yang diperjuangkan oleh mereka ini hanyalah untuk kepentingan mereka saja, status mahasiswa pula diperalatkan untuk memperlihatkan betawa orang muda sanggup menentang,” kata seorang lagi pemerhati.

Buat masa ini, RUU itu masih belum mendapat undian sepenuhnya termasuklah undian Presiden Jokowi. Ia ditangguhkan agar ahli parlimen boleh tampil dengan kesimpulan mengikut apa yang diinginkan oleh rakyat.

Aduh, macam ini pula jadinya.

P.S: Isu kebakaran hutan pula apa kes?

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

 

IKLAN