
Bukan semua diberikan kesempatan untuk melakukan ibadah umrah atau haji lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik COVID-19 ini.
Namun, sudah menjadi rezeki finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri apabila dia berpeluang menunaikan umrah bersama ibu dan rakan-rakannya baru-baru ini.


Safwan pernah berkongsi cerita bahawa sepatutnya dia dan rakan seperjuangan, Harris Annuar akan menunaikan umrah pada dua tahun lepas, namun semuanya tergendala gara-gara pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, niat baik anak muda ini akhirnya termakbul apabila dia dan rakan-rakan yang lain mendapat jemputan ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah. Namun begitu, pemergian mereka ke sana tidak dapat disertai oleh Harris Annuar kerana mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.


Dalam sebuah hantaran di laman instagramnya juga, Safwan turut berkongsi kapsyen yang menarik perhatian warganet tentang kasih sayang terhadap seorang ibu.
Tidak akan Miskin seorang anak yang mengeluarkan Hartanya untuk membahagiakan Ibunya ❤️
No one will ever love you as much as your mother 🥺
Rata-ratanya memuji sikap Safwan yang menyatuni ibunya dengan baik dan berdoa jika mereka juga diberikan kesempatan untuk membawa ibu mereka ke tanah suci Makkah.





Kami di Remaja juga mendoakan agar segala urusan Safwan Nazri dan kumpulannya di tanah suci Makkah dipermudahkan. Semoga mendapat umrah yang mabrur.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ramai Boleh Berlakon, Tapi Tak Semua Hayati..” – Michael Ang Tak Filter Komen Dewi Remaja

Seperti yang telah korang tonton pada episod keenam program Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad lalu, Fazreen Fazera menjadi finalis terbaru yang disingkarkan..
Dalam episod tersebut, finalis diberikan cabaran yang paling mereka nanti-nantikan iaitu cabaran lakonan! Haa nak sangat jadi pelakon kan, jom kami test.
Segmen awal episod tersebut menyaksikan dewi bertemu dengan Scha Alyahya yang ditemani oleh pelakon berkaliber, abang Faizal Hussein! Dewi dibahagikan kepada 2 kumpulan dan masing-masing diberikan masa untuk melakonkan sebuah babak mengikut intepretasi sendiri.

Walaupun kedua-dua buah kumpulan melakukannya dengan baik memandangkan masa singkat yang diberi, Sherin Amiri, Arena Iman dan Haneesya Hanee lebih menyerlah dari segi skrip dan cara lakonan yang mantap.
***
Tiba masa untuk cabaran maxi mereka yang memerlukan dewi untuk berlakon bersama para pelakon profesional!
Disebabkan ini merupakan task individu, masing-masing cuba untuk menghayati watak sebaik mungkin berdasarkan kepada skrip drama ‘Kan Ku Kejar Cintamu’, ‘Dendam Aurora’ dan ‘Cinta Tiada Ganti’.

Pada sesi penyingkiran episod keenam ini, Michael Ang selaku juri jemputan dan Dato Hans Isaac begitu teliti dalam mengadili lakonan dewi memandangkan bidang lakonanlah yang ingin mereka ceburi selepas ini.
Walaupun ada di kalangan mereka yang fresh off the oven, namun Michael dan Dato Hans dapat melihat potensi besar yang ada pada mereka. Antaranya termasuklah:
AFFIE RANIA
“Honestly, tiga ayat pertama yang keluar daripada mulutnya was so bad. Tetapi bila masuk babak kedua, kamu dah mula warmed up. Pada masa itu, lakonan Rania amat spot on. Biasalah, ini selalu terjadi di kalangan pelakon baru kerana mereka terlalu memikirkan sangat teknik lakonan.” – Michael Ang
SHERIN AMIRI
“Yes, dia tersangkut sikit pada bahagian awal, tetapi dia tetap teruskan. Apa yang I suka bila melihat Sherin adalah dia bukan setakat terima karakter yang kita berikan, tetapi dia juga react terhadap pasangannya di dalam babak itu iaitu Fendy Bakri. She fights for her character.” – Dato’ Hans
TIA SARAH
“She did really well! I terkejut Tia boleh bawakan watak tersebut. Bukan itu saja, daripada cara dia memegang pistol I boleh tahu yang Tia knows her space di dalam set. Muka dan intonasi suaranya juga ada ups and down membuatkan lakonannya tak mendatar.” – Michael Ang
HANEESYA
“I tau Hanee pernah berlakon tetapi pengadilan kami masih sama. Apa yang I suka tentang dia adalah the small things she added into the scene. Benda-benda kecil macam intonasi suara semasa matanya ditutup dan mainan mata dengan Aedy (Ashraff). She was at par with him, tapi ingat, Hanee perlu tahu untuk commit pada watak sebelum dan semasa di dalam set.” – Michael Ang
Komen dari Mike ini hadir selepas Haneesya dan Fazreen didapati tidur kerana babak lakonan mereka antara yang terakhir dirakamkan.
ARENA IMAN
“Arena kelihatan seperti seorang pelakon profesional di dalam kamera. Daripada cara psikotik dia membawakan watak dan wajah, memang on point. Tetapi Arena perlu ingat lakonan bukan setakat close up shots pada muka saja. Badan pun kena jaga, iaitu body language berdasarkan skrip.” – Dato’ Hans
***
Sekarang, korang dah tahu kan siapa bottom 2 pada minggu keenam ini.
FAZREEN
“First off all, tahniah kepada Faz kerana saya tahu dia mencuba bersungguh-sungguh. Tetapi di situlah kelemahannya, dia terlalu terikat dengan skrip sehinggakan babak tersebut terlalu 1 dimensional. Kadangkala, ada part di mana gerakannya terlalu over the top. Sebagai pelakon, less is definitely more. Kita kena react kepada keadaan di sekeliling set.” – Dato’ Hans
ANNA
“Anna masih perlu banyak lagi belajar. Masalah dengan Anna adalah dia terlalu monotone. Ingat, dialog pertama yang kamu sebutkan adalah dialog yang paling penting. Sama ada penonton akan ingat kamu atau tak, ia bergantung kepada dialog itu. Anna dan peserta lain perlu tahu bahagian skrip mana yang paling berkesan semasa membacanya. Di situlah tempat kamu untuk punch!” – Michael Ang
Apabila tiba waktu penyingkiran, Dato Hans berkata Anna amat, amat bertuah kerana terselamat pada minggu ini. Lalu, Fazreen merupakan peserta keenam yang meninggalkan pencarian Dewi Remaja.

“Tentunya Faz tak berpuas hati dengan prestasi lakonan sendiri untuk cabaran kali ini. Ironik juga kerana Faz amat menantikan cabaran lakonan dan catwalk. Tetapi nasib tak menyebelahi Faz pada minggu ini.
“InsyaAllah Faz akan mengambil kelas lakonan selepas ini dan akan terus menceburi bidang lakonan,” katanya selepas sesi tersebut.
We will be seeing more from you, Fazreen!
* **
Apapun, Michael bukanlah sekadar ‘membasuh’ Dewi dengan komen dan pendapat. Tetapi sebagai seorang pengarah drama berpengalaman, Michael ingin mereka semua untuk cepat menangkap trik untuk menjadi seorang pelakon yang baik.
Cer tengok pesanan Mike di bawah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Ingatkan Mira Filzah Buka Tudung’ – Pelanduk Dua Serupa, Mira Filzah & Tracie Sinidol Akhirnya Bergandingan!

Pernah hangat sebelum ini apabila mirip muka Tracie Sinidol, juara Dewi Remaja 2022 dikatakan saling tak tumpah dengan pelakon kebanggaan tanah air, Mira Filzah.
ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Dewi Remaja 2022 Dari Sabah Ini Selalu Disamakan Dengan Mira Filzah, Mirip Ke?

Bahkan apabila gambarnya berdiri di sebelah pelakon kelahiran Perak itu tular di media sosial, ramai peminat yang menggesa agar kedua insan berbakat itu berlakon dalam satu drama yang sama sebagai adik beradik.
@elizabertng MasyaAllah.. dua2 cantik. Rupa da nak sama tuuuu 😍😍😍 #traciesinidol #mfmirafilzahfans #sabah #malaysia ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata
Akhirnya keinginan warganet tercapai jua apabila dua selebriti ini digandingkan dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Peranan kameo yang dilakonkan juara Dewi Remaja itu meraih pelbagai reaksi dari netizen, dengan ramai yang bersetuju iras mukanya hampir 100 peratus sama dengan pelakon utama drama itu.
Video klip yang telah meraih hampir 2 juta tontonan di laman TikTok itu turut mengandungi 720 komen dari para pengguna.
@opetstan #imaminstantustazahsscammer #mirafilzah #traciesinidol #kuda ♬ original sound – x
“Tracie sebijik weh miraa. Kalau Qasrina takdela sebijik tapi ini memang betul-betul sama,” komen seorang pengguna.
“Dah dua kembar mira filzah dalam drama ini,” seloroh pengguna lain.
“Astaga, mengucap aku sebab ingatkan Mira Filzah bukak tudung. Nasib baik tengok sampai habis,” komen warganet.
Bahkan pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Tracie di laman Instagramnya untuk mempromosikan episod terakhir drama Imam Instant Ustazah Scammer.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: MStar, Instagram Mira Filzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Finalis Miss World 2016 Sertai Uji Bakat Dewi Remaja 2022

Bekas finalis Miss World 2016, Janani B. antara peserta yang menghadiri sesi uji bakat terakhir di Shah Alam hari ini. Berusia 24 tahun, Janni tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai pencarian Dewi Remaja edisi ke-12.
“Sebelum ini saya ada membuat research tentang Dewi Remaja dan ramai juga yang memberi dorongan untuk saya cuba menyertai pertandingan ini kerana seperti yang kita semua sedia maklum, finalis berbangsa bukan Melayu antara golongan minoriti yang turut serta dalam program ini,”
“Jadi saya ingin menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa saya juga layak bergelar seorang finalis Dewi Remaja,”

“Saya ingin mengetengahkan bakat berlakon dan kini saya juga bergelar pelakon dan hos sepenuh masa. Saya mahu mengasah lagi bakat dan kemahiran dalam bidang ini,” jelasnya.
Janni juga turut berkongsi pengalamannya ketika bergelar finalis Miss World pada satu ketika dahulu.
“Kira-kira enam tahun yang lalu, saya menyertai pertandingan Miss World 2016 dan ketika itu saya baru berusia 18 tahun. Pada waktu itu saya tidak betul-betul melakukan yang terbaik kerana hati berbelah bahagi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas permintaan keluarga,”

“Ibu dan ayah sangat mementingkan pendidikan. Syarat yang mereka berikan kepada saya adalah untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu dan selepas itu barulah saya boleh menyambung minat dalam bidang hiburan. Selepas dari pertandingan itu saya ke Kanada selama empat tahun melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan dan kali ini saya benar-benar ingin membuat sehabis baik untuk mendapat tempat ke pentas Dewi Remaja 2022,”

“Tidak dinafikan saya mempunyai sedikit kelebihan kerana berpengalaman menyertai pertandingan besar seperti Miss World. Disana saya dapat menimba banyak ilmu, sehinggakan bagaimana nak makan dengan betul juga diajar sewaktu kami di pertandingan itu. Jadi, saya merasakan ini adalah satu peluang untuk saya melakukan yang terbaik sekiranya terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja tahun ini,” tambahnya lagi.
Apa-apa pun kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Janni dan semoga gadis ini dapat memberikan yang terbaik di sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja hari ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

