Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kelima.
Perkhabaran gembira itu dikongsi isteri tercintnya, Syaheera Rahman di akaun TikTok miliknya selain sempat juga menitipkan doa buat wanita yang menantikan zuriat.
“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan keterujaan dan ucapan tahniah daripada warganet di atas rezeki yang telah diberikan olehNy.
Selain ada segelintir yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata turut memohon doa agar diberikan rezeki yang sama sepertinya kelak.
Ads
“Doakan selepas ini rezeki saya pula,” komen seorang pengguna.
“Doakan saya juga ya. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi Alhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu,” komen juga pengguna lain.
Ads
“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah sahaja selama ini, komen pengguna lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, dan Ibrahim Jibriel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kesilapan dalam menyampaikan fakta dalam bentuk pendidikan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. The Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) menzahirkan rasa tidak puas hati akan fakta dalam buku tahun satu dan buku bahasa Inggeris tingkatan dua yang kecelaruan fakta mengenai tarian Sumazau, tarian tradisional Kadazandusun dan Taman Kinabalu.
Sekumpulan masyarakat etnik pribumi di Sabah telah menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyiasat maklumat mengelirukan tentang keadaan di beberapa buku-buku dan rujukan yang terdapat di pasaran.
Menurut FMT, dalam buku tahun satu, menunjukkan gambar sekumpulan penari Sumazau dengan kapsyen yang berbeza dari fakta asal. Menurut pengarang, tarian dilakukan selepas menuai padi dan pada hari Sabtu. Ia sama sekali salah kerana menurut Pengerusi KDCA Joniston Bangkuai, ia tidak terhad untuk menuai masa semata-mata, dan yang pastinya bukan dilaksanakan hanya pada hari Sabtu.
Untuk buku teks tingkatan dua pula mengatakan bahawa Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu terletak di Kota Kinabalu dan Orang Utan berkeliaran di kawasan tersebut, walhal jarak antara dua tempat itu melebihi 100km dan pastinya tiada orang utan di Taman Kinabalu.
Orang Sabah khususnya etnik Kadazandusun amat kesal dengan sikap Kementerian Pendidikan dan ahli akademik kerana tidak memandang isu ini serius. Bagi Bangkuai, Sumazau bukan lah satu benda baru, dan sudah banyak portal dan laman sesawang rasmi untuk mendapatkan info.
Dia turut berharap agar pengarang untuk menghubungi persatuan-persatuan yang berkaitan atau Kementerian bagi memastikan ketepatan fakta apabila menulis tentang isu-isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
“Kesilapan fakta sepeti Taman Kinabalu boleh dielakkan jika mereka mempunyai kesungguhan bertanya kepada Kementerian Pelancongan Sabah,” katanya kepada FMT.
Menteri Penolong Pendidikan dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata perkara itu berada di bawah skop Kementerian Pelajaran Persekutuan.
Beliau menambah, bagaimanapun, Sabah turut bertanggungjawab dalam kekurangan bahan terbitan yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk isu-isu seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan perkara baharu untuk melihat penyanyi lain menggantikan kedudukan penyanyi asal dalam pertandingan berprestij seperti Separuh Akhir Muzik-Muzik mahupun di pentas Anugerah Juara Lagu 36.
Kalau korang masih ingat, ia telahpun dilakukan (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun atas permintaan penyanyi asal, of course) sejak era 90-an lagi. Kebelakangan ini pun, kita dapat melihat penyanyi baharu menggantikan penyanyi asal terutamanya menerusi penyertaan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), 7 Nasihat (Shiha Zikir) dan Anta Permana (Bob Yusof).
Lantas, apabila pempengaruh versatil Amsyar Lee dipilih bagi menggantikan kedudukan penyanyi lagenda Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung nyanyian bersama Bunga, seharusnya orang ramai sudahpun dapat menerima kehadiran penyanyi baharu seperti Amsyar ini.
Siapa tidak kenal Amsyar yang popular dengan kebolehannya meniru suara penyanyi wanita tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Dayang Nurfaizah.
Malangnya ramai pantas menjatuhkan kecaman ke atas Amsyar di atas persembahannya yang dikatakan ‘tidak sampai’. Malah ada yang mempersoalkan mengapa tidak tempat Noraniza itu digantikan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman dalam genre Irama Malaysia seperti Haiza dan Asmidar.
Amsyar tidak mudah melatah dengan kecaman yang menghujaninya kerana menyifatkan dirinya pernah lebih teruk dikecam sebelum ini. Bagaimanapun, dia mengakui merasa gementar setelah mendapat tahu dia perlu mengambil tempat Noraniza dua minggu sebelum peringkat separuh akhir Muzik Muzik 36 berlangsung.
Akuinya juga, dia ada melakukan sedikit kesalahan di atas pentas sewaktu persembahan tersebut namun tidak terlalu mengendahkannya dan terus memberikan yang terbaik. Tuah nyata menyebelahi kekuatan lagu Intan Payung dan gandingan Amsyar bersama Bunga apabila ia melayakkan diri ke acara Anugerah Juara Lagu 36 di samping 11 buah lagu lain.
Sekiranya Amsyar seakan ‘tidak kisah’ dengan kecaman yang menerpa, Bunga pula merasakan tidak adil untuk penonton menjatuhkan seorang penyanyi baharu seperti Amsyar terutamanya setelah dia menunjukkan keberanian dan daya profesionalisme sewaktu membawakan lagu Intan Payung tempoh hari.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Bunga berkata, “Ramai ‘terkejut’ sebab kami memilih Amsyar. Bagi saya, saya berbangga dengan Amsyar sebab beliau berjaya nyanyi dalam key original. Dan key tersebut agak tinggi untuk lelaki.
“(Pada) pendapat saya sendiri, Amsyar dah buat yang terbaik.”
Pada korang, adakah pemilihan Amsyar ini tepat ataupun korang setuju dengan pendapat bahawa ada penyanyi yang lebih layak berada di pentas tersebut di samping Bunga?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 43 anak tangga dalam Time Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020, lonjakan tertinggi dalam kalangan universiti Malaysia.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian itu meletakkan universiti berkenaan pada kedudukan ke-145 berbanding 188 pada tahun lepas.
Aini berkata UPM berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti Malaysia bagi indikator penyelidikan yang merangkumi jumlah penerbitan, pendapatan hasil dari penyelidikan serta reputasi penyelidikan.
THE Asia University Rankings 2020 telah diumumkan dengan menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Terdapat lima indikator utama dalam penilaian THE Asia University Rankings iaitu pengajaran (25 peratus), penyelidikan (30 peratus), petikan (citation) (30 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (7.5 peratus).
Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berada ditahap yang membanggakan. Tidak perlu ke luar negara, belajar di negara sendiri juga sudah setanding dengan luar negara.
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...