Selepas nama terpalit dengan kontroversi, pelakon berbakat besar, Syafi Tee kini lebih gemar bersendirian sebagai salah satu proses fokus kepada diri sendiri.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia lebih selesa melakukan pelbagai perkara tanpa mengharapkan orang lain, selain banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
“Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini rasanya ia membuatkan saya lebih kuat dan Alhamdulillah rezeki semakin bertambah.
“Saya tak ada keluar dengan orang atau melepak. Kalau pergi karaoke, tonton wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendirian,” katanya kepada Remaja.
Ads
Pada masa sama, anak kepada pendakwah bebas, Ridhuan Tee itu turut berkongsi dirinya telah melalui fasa menyendiri itu selama enam bulan dan sejak itu, dia mula melihat perubahan dalam dirinya.
“Saya bukan tak nak berkawan tapi saya percaya, bila saya buat benda sendiri kita akan lebih fokus pada diri kita sendiri.
Ads
“Kalau kita banyak fokus dekat benda luar, kita tak ada masa nak fokus kepada diri kita sendiri. Kita banyak bagi tenaga kita dekat luar. Dari situ nanti akan nampak perubahan pada diri kita,” ujarnya lagi.
Untuk info, Syafi tampil dalam naskhah terbaharu Terlanjur Cinta yang ditayangkan di Viu bermula 14 Mac sempena bulan Ramadan.
Ads
Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama terbitan Eirma Fatima itu adalah Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahma dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Syafi Tee
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, PU Azman penceramah bebas dan pelakon, berkongsi di Instagramnya sebentar tadi, dia telah memuat naik satu video seorang pemuda mengikutnya melafazkan kalimah syahadah untuk bergelar seorang Muslim.
Segala puji bagi Allah.
.
Cik Man kenal dia di instagram. Asalnya Johor Bharu. Kami beberapa kali plan nak jumpa tapi kekangan musim Corona dan kerja masing-masing.
.
Jadi gunalah teknologi yang ada. Dan sampai setakat ni, memang cik man sentiasa follow up dia. Dia pun memang ada ke masjid.
.
Semog Allah tetapkan iman kita semua. Mohon doa juga dari netizen untuk kebaikan kita bersama.
Dalam video tersebut, PU Azman menzahirkan rasa syukur kerana seorang lagi insan bergelar saudara baru apabila hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.
Rata-rata warganet juga memuji tindakan PU Azman dan bersyukur dengan pertambahan saudara baru dalam Islam.
Sumber Instagram : PU Azman
Lihat, inilah indahnya Islam. Hanya mereka yang menerima hidayahnya saja akan tahu betapa indahnya agama ini. Bertambah seorang lagi umat Islam. Moga pemuda ini terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat.
Sumber : Instagram PU Azman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh 10 tahun menimba ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bagi Meor Muhammad Naiman Meor Mohd Jamil, setiap tahun yang berlalu menjadi saksi kepada usaha, pengorbanan dan pencapaian yang semakin menggunung.
Berasal dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak, perjalanan Meor bermula seawal usia 13 tahun apabila dia menerima tawaran melanjutkan pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM. Jauh daripada keluarga pada usia muda bukan sesuatu yang ringkas, namun minatnya yang mendalam terhadap dunia STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) menjadikan langkah itu satu keputusan yang tepat.
Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah, Meor terus memilih UKM sebagai destinasi seterusnya, kali ini bagi menyambung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia) di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM).
“Sejak kecil saya suka membongkar, mencuba perkara baharu, dan membayangkan bagaimana sesuatu boleh dicipta semula supaya ia menjadi lebih baik.
“Tetapi semakin saya membesar, saya mula sedar bahawa teknologi bukan sekadar tentang ciptaan atau sistem, ia tentang manusia, tentang bagaimana sesuatu yang kita buat boleh memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.
Bangkit dari cabaran, bina keyakinan baharu
Walaupun ramai melihat kejayaan Meor hari ini, perjalanan di sebalik tabir tidaklah semudah yang disangka. Dia berdepan kegagalan, tekanan serta detik-detik kehilangan keyakinan diri. Namun setiap cabaran menjadi ruang untuknya kembali bangkit.
“Perjalanan ini tidak mudah, ada masa saya gagal dan hilang keyakinan diri. Namun di setiap detik sukar itu, saya belajar untuk bangun semula.
“Saya belajar bahawa kejayaan bukanlah tentang siapa yang paling pantas, tetapi siapa yang tidak pernah berhenti berjalan walau dalam keadaan paling perlahan,” ujarnya.
Sepanjang berada di UKM, Meor bukan sahaja mengutip ilmu daripada silibus akademik tetapi juga tentang kehidupan.
“Saya belajar lebih daripada apa yang tertulis dalam buku, belajar tentang erti kesungguhan, keikhlasan, dan persahabatan.
“Saya belajar bahawa ilmu tanpa adab tidak membawa keberkatan, dan kejayaan tanpa rasa syukur tidak membawa ketenangan,” katanya yang berjaya menamatkan pengajian dengan PNGK 3.83.
Deretan pencapaian di pentas inovasi & sukan dron
Di Majlis Konvokesyen ke-53 UKM, Meor menerima salah satu pengiktirafan paling berprestij, iaitu Anugerah Pelajaran Diraja. Namun itu hanya sebahagian daripada pencapaiannya sepanjang pengajian.
Minatnya dalam teknologi dan inovasi, khususnya dron, membawanya menyertai pelbagai pertandingan hingga ke peringkat dunia.
“Antaranya ialah menjadi juara dalam Malaysia Drone League 2024, juara Chase The Barracuda Challange MultiGP Malaysia 2024 dan mewakili Malaysia di Fédération Aéronautique Internationale E-Drone Racing World Cup 2024.
“Selain itu, saya juga turut memenangi Arena STEM National Innovation Competition 2025, Anugerah Pelajar Terbaik FTSM 2025, Anugerah Sukan FTSM 2025, Anugerah Inovasi Digital 2024 dan Anugerah Keusahawanan Inovatif 2024,” katanya.
Sepanjang pengajian, Meor turut menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), satu pengiktirafan terhadap potensi besarnya sejak awal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UKM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 gred keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disenaraikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman Facebook rasminya.
Pasti calon SPM tak sabar menunggu hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini,27 Mei ini seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
10 gred tersebut adalah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.
Dikatakan, setiap gred SPM itu mempunyai takrif masing-masing.
1) A+ bermaksud Cemerlang Tertinggi
2) A (Cemerlang Tinggi)
3) A- (Cemerlang)
4) B+ (Kepujian Tertinggi)
5) B (Kepujian Tinggi)
6) C+ (Kepujian Atas)
7) C (kepujian)
8) D (Lulus Atas)
9) E (Lulus)
10) Gagal
Selain 10 gred yang dinyatakan ini, terdapat juga keputusan lain yang diperoleh oleh calon SPM.
Catatan ‘Keputusan ditahan’ menerangkan calon disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
Seterusnya, catatan ‘Keputusan dibatalkan’ bermaksud calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan X dalam slip keputusan peperiksaan.
Manakala catatan ‘Keputusan T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
*Ingat, SPM bukanlah titik pengakhiran tetapi ini baharu titik permulaan kepada dunia sebenar. Good luck kami ucapkan buat semua calon SPM 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.