Pelakon jelita, Anna Jobling tampil berkongsi momen disaat dapat bersua muka bersama anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, Puteri Ameerah berkenan bertemu dengannya dan berborak panjang ketika mereka bertemu di sebuah hotel di Brunei, baru-baru ini.
“Sejujurnya saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri Ameerah kenal saya dan mahu berjumpa dengan saya. Apabila beliau sampai di lokasi acara, terus saja peluk peluk saya.
“Terharu dan rasa teruja sebab bukan senang nak jumpa Princess (panggilan), kiranya saya bertuah dapat kesempatan bertemu beliau.
Ads
“Boleh dikatakan lama juga kami habiskan masa berdua berbua isu ‘girl talk’, lebih kurang dua jam, memang rezeki saya dapat peluang sebegini,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23).
Dalam pada itu, aktres berusia 23 tahun itu turut memaklumkan yang Puteri Ameerah mengikuti perkembangan, selain gemar menonton drama lakonannya.
Ads
“Princess ada maklumkan tengok drama saya, tapi saya tak tanya yang mana satu, malah beliau kata minat lakonan saya. Sebelum itu saya ada tanya macam mana kenal Anna.
“Itu yang beliau dedahkan banyak tonton drama saya. Terharu rasanya sebab saya pun memang ikuti perkembangannya menerusi media sosial,” ujarnya panjang.
Ads
Sebelum ini Anna memuat naik gambar dengan Puteri Ameerah dalam Instagram yang mencetuskan tanda tanya ramai terhadap kunjungan ke negara seberang itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Anna Jobling
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan bahawa pihak mereka terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada keseluruhan 24,000 pekerja.
Menurut laporan Bernama pada 28 September, AirAsia berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian berratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Sehubungan dengan itu, ramai pekerja AirAsia yang telah menamatkan kerjaya mereka meluahkan rasa sedih dan penghargaan terhadap syarikat penerbangan tambang murah tersebut.
Turut tidak terkecuali, top 5 Dewi Remaja 2014/2015 juga menerima nasib yang sama.
Perkongsian yang dibuat di media sosial ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka menzahirkan rasa simpati serta memberi semangat buat individu yang terkesan kerana diberhentikan kerja.
Apa-apa pun kami mengucapkan selamat maju jaya buat semua individu yang terkesan dengan situasi ini dan diharap agar makin banyak rezeki diluar sana yang akan menanti korang. InsyaAllah.
Diam tak diam sudah lima bulan kita berada di tahun 2021. Sudah tentu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa satu tahun ini, lebih-lebih lagi ketika wabak pandemik COVID-19 masih belum beransur pulih.
Seperti tahun lalu, sewaktu pandemik ramai yang menghabiskan masa di rumah dengan menonton drama-drama menarik di kaca televisyen mahupun tonton secara online.
Nah, kali ini kami nak senaraikan lagi antara k-drama yang bakal bersiaran sepanjang Mei ini pula. Boleh la marathon time Hari Raya nanti (kalau tak boleh kemana-mana. Hiks!).
1. Dark Hole
Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan survivors yang harus menentang mutants yang tercipta daripada manusia yang terbau asap hitam dari sinkhole. Lee Hwa Sun (Kim Ok Bin) adalah seorang detektif polis di unit penyiasatan wilayah Seoul.
Kehidupan Lee Hwa Sun berantakan ketika dia menerima panggilan telefon dari pembunuh suaminya, menyuruhnya datang ke “Mujishi.” Setibanya di sana, dia melihat mutasi manusia menjadi raksasa setelah menghidu asap misteri.
2. Youth of May
Dibintangi Lee Do Hyun dan Go Min Si, drama 12 episod ini menceritakan tentang sekumpulan anak muda yang meningkat dewasa di zaman pemberontakan Gwangju. Hee Tae merupakan pelajar cemerlang bidang kedoktoran jatuh cinta dengan Myung Hee, gadis yang selalu melawan ketidakadilan.
3. Imitation
Imitation merupakan drama adaptasi webtoon yang berkisarkan tentang kehidupan para idol yang cuba untuk menempatkan diri dalam industri hiburan. Ia memfokuskan kepada beberapa grup idol termasuklah Teat Party dan SHAX.
4. Mine
Drama yang dibintangi Lee Bo-young dan Kim Seo-hyun menceritakan tentang kisah wanita yang mencari sahsiah diri mereka dan membebaskan diri daripada dunia yang penuh prejudis terhadap wanita.
5. Doom at Your Service
Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang boleh melenyapkan segala sesuatu dengan hanya melalui sentuhan. Namun, dia harus mempertaruhkan nyawa dan kisah cintanya.
Dong Kyeong merupakan editor di syarikat penerbitan web-novel dan dia sanggup mengambil risiko yang membahayakan hidup dan kisah cintanya dengan membuat kontrak selama 100 hari bersama Myeol Mang.
6. Crazy Person In The Area
Drama romantis yang menceritakan tentang Noh Hwi Oh dan Lee Min Kyung yang sama-sama memiliki kisah memilukan ketika pertama kali bertemu. Kedua-duanya harus menghadapi pelbagai rintangan, seperti mengendalikan amarah dan rasa cemas.
Namun, seiring dengan hubungan rapat mereka, perlahan-lahan keduanya mulai menyembuhkan diri dan saling jatuh cinta.
7. Move to Heaven
Geu Roo adalah seorang remaja dengan sindrom Asperger. Dia bekerja bersama ayahnya, Jung Woo) untuk perniagaan ayahnya “Move To Heaven”. Tugas mereka adalah menguruskan barang-barang yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal dunia.
8. My Roomate is a Gumiho
Berkisarkan tentang seorang pelajar yang tidak sengaja menelan Mutiara Gumiho jantan berusia 999 tahun bernama Shin Woo Yeo. Jika seseorang menelan mutiara tersebut, maka Gumiho tersebut hanya boleh hidup selama setahun sahaja. Lama kelamaan, mutiara itu akan pecah dan menyebabkan Gumiho gagal untuk menjadi manusia.
9. Racket Boys
Mengisahkan tentang 16 pelajar lelaki dan perempuan dalam mengejar impian mereka untuk menjadi pemain badminton terkenal negara. Mereka mempunyai pelbagai keperibadian, daripada si pencari perhatian, raja fesyen, kpochi dan macam-macam lagi.
Dipimpin oleh pelatih-pelatih hebat, para pelajar tersebut berusaha keras untuk mencapai tujuan mereka.
10. Flying Butterflies
Berlatarkan salon Flying Butterflies, drama 16 episod ini mengupas tentang kisah pekerja yang bekerja di salon tersebut.
11. So I Married an Anti-Fan
Drama adaptasi manhwa ini mengisahkan tentang Hoo Joon, idol popular dan Geun Young adalah wartawan majalah. Geun Young memutuskan untuk menghadiri upacara pembukaan sebuah kelab. Di sana, dia menyaksikan tingkah laku tidak senonoh Hoo Joon dan dia juga muntah kepadanya secara tidak sengaja. Ini menyebabkan Geun Young kehilangan pekerjaannya.
12. Bossam Stealing Destiny
Ba-Woo adalah seorang lelaki yang tiada arah tuju dalam hidup. Dia berjudi, mencuri, bergaduh dan mencari duit dengan melakukan bossam, iaitu prosedur perkahwinan semula yang berlaku pada zaman Joseon.
Pada masa itu, seorang janda tidak boleh berkahwin lagi. Seorang duda atau yang bujang akan menculik janda itu dan mengahwininya. Sebilangan penculikan telah dipersetujui terlebih dahulu dan ada yang lain dilakukan secara paksa. Prosedur ini dikenali sebagai bossam).
“Kalau aku terjun, masih ada orang sayang aku?” – itulah kata-kata terakhir yang dikaitkan dengan seorang remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina (bukan nama sebenar), yang kini menjadi bualan hangat selepas prosiding inkues mendedahkan sisi gelap emosinya.
Luahan ringkas ini cukup menggoncang hati ramai. Ia bukan sekadar ayat kosong, tetapi isyarat betapa beratnya tekanan emosi yang sedang ditanggung oleh seorang remaja yang masih terlalu muda.
Kisah Zara Qairina Dalam Inkues
Dalam prosiding mahkamah, dua pelajar tampil memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar arwah mengajukan soalan-soalan hipotesis yang menyentuh hati. Antaranya: “Kalau saya terjun dari sini, apakah rasanya? Masih ada orang sayang saya?”
Peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa arwah pernah melontarkan lebih daripada 10 kenyataan seumpama itu. Walaupun catatan diari yang dikaitkan dengan arwah belum disahkan oleh Mahkamah Koroner, seorang saksi menyatakan tulisan tersebut memang menyerupai tulisan Zara.
Dalam catatan itu juga terdapat luahan yang pedih: “Ya Allah, kenapa aku dibenci?” dan “Kenapa aku tidak disukai?” – ayat yang cukup memberi gambaran jelas tentang perasaan terasing, sunyi dan tidak dihargai.
Seorang saksi lain pula mendakwa dua hari sebelum kejadian, Zara pernah dimarahi ibunya. Malah, ketika dihantar semula ke sekolah, salam yang diberi kelihatan seolah tidak ikhlas – seakan ada ketegangan emosi yang masih membekas.
Walaupun begitu, peguam menegaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai punca kematian arwah kerana ramai lagi saksi dijangka tampil memberi keterangan.
Tekanan Emosi Remaja Itu Real
Kisah Zara Qairina membuka mata kita bahawa tekanan emosi remaja adalah isu serius. Ramai anak muda hari ini kelihatan ceria di luar, tetapi di dalam hati mereka penuh luka. Buli siber, rasa tidak diterima, tekanan pelajaran, masalah keluarga – semuanya boleh jadi punca.
Bagi remaja di luar sana, jangan pendam sorang-sorang. Kalau rasa down, tertekan, atau pernah terlintas nak cederakan diri, luahkan pada orang yang dipercayai – sama ada kawan baik, guru kaunselor, atau ahli keluarga. Percayalah, ada orang yang sayangkan kita walaupun kita rasa sebaliknya.
5 Cara Remaja Boleh Jaga Mental Health
Berani bersuara – jangan simpan masalah sendiri. Cari tempat selamat untuk bercerita.
Circle positif – pilih kawan yang sokong kita, bukan yang buat kita rasa lagi tertekan.
Self-care rutin – tidur cukup, jaga makan, bersenam ringan. Semua ini bantu mood lebih stabil.
Hadkan media sosial – jangan terlalu bandingkan hidup dengan orang lain.
Dapatkan bantuan profesional – kalau rasa tak mampu lawan sendiri, jumpa kaunselor atau pakar.
Bantuan Sentiasa Ada
Kalau korang atau orang sekeliling rasa terlalu tertekan, hubungi:
Talian Kasih 15999
Befrienders 03-7627 2929
Minta bantuan bukan tanda lemah, tapi tanda kita sayangkan diri sendiri.
Kisah Zara Qairina ini bukan sekadar tragedi, tapi satu wake-up call buat semua. Setiap remaja berhak rasa disayangi, dihargai dan diterima. Hidup ini memang ada turun naik, tapi percayalah, dunia masih perlukan kita.