Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?
Ini merupakan 5 rahsia murah rezeki mengikut perkongsian yang telah dibuat oleh PU Amin di laman twitternya.

1. Sediakan makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah

Mungkin amalan ini memang diterapkan oleh si pencinta kucing dan dalam tidak sedar, sebenarnya cara ini juga boleh menjemput rezeki
2. Asingkan sedikit duit gaji untuk anak yatim dan orang miskin

Kalau tak dapat banyak, asingkan sedikit pun jadilah. Lama-kelamaan korang akan rasa satu perasaan yang tenang dan happy bila dapat bantu orang yang lebih susah
3. Ready kan duit kecil dalam poket untuk sedekah

Contohnya, kalau korang pergi pasar malam, ada ramai individu yang kurang upaya menjual tisu atau pun menyanyi demi mendapat pendapatan buat mereka. Jadi, hulurkan la sedikit wang buat mereka. Dapat beri RM1 pun mereka dah berterima kasih pada kita
4. Bagi duit dekat mak ayah

Ini paling utama. Walaupun mak ayah korang pun masih bekerja, berikanlah mereka duit juga untuk ambil berkat doa orang tua. Tanpa doa mereka pun korang tidak akan berjaya hingga hari ini
Anda mungkin berminat dengan
5. Beli mineral satu kotak letak dekat masjid pada hari Jumaat

Paling mudah, sedekahkan air mineral kepada Jemaah solat Jumaat di masjid yang berhampiran
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.
Wallahualam..
∞
Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, sempena bulan kemerdekaan ini, McDonald’s turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan semangat ‘Malaysia’ apabila menukar nama restoren makanan segera tersebut kepada Mekdi.
Tapi, pertukaran nama tersebut hanya eksklusif fi cawagan Bukit Bintang sahaja kerana ia merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.

Memetik NST, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai menjelaskan sebab penukaran nama tersebut adalah sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sering memberikan sokongan terhadap jenama makanan segera tersebut.
“Jadi kami berhasrat untuk menukar jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” katanya kepada NST.
Untuk pengetahuan, jenama makanan segera ini sudah 37 tahun tau bertapak di Malaysia. Unbelievable!

Susulan itu juga, turut diperkenalkan nasi lemak yang menjadi pilihan makanan rata-rata rakyat Malaysia. Barulah betul-betul Malaysian kan?

∞
Rentetan isu pengeluar batu kristal mewah dunia, Swarovski yang mengeluarkan komen di laman sosial Twitter memaklumkan pihak mereka sudah tidak lagi berkerjasama dengan Neelofa.

Baru beberapa minit tadi, selebriti dan usahawa Neelofa membuat satu ciapan di laman Twitter rasminya.
“Kontrak saya dengan Swarovski berakhir pada Disember 2020 tetapi kami masih mempunyai hubungan baik dan akan kekal seperti itu. Harap ini dapat diperjelaskan.” ujar ciapan Neelofa.
La dah habis kontrak rupanya, jadi harapnya penjelasan Neelofa ini dapat menjelaskan segalanya yang terbuku di fikiran netizen.
∞
“Kalau nak buat jahat sekalipun, janganlah ditayang-tayang di media sosial..”
Itulah padahnya sekiranya kita tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.
Kelmarin, tular di media sosial setelah beberapa individu yang dikenal pasti sebagai pempengaruh ataupun influencers yang dipercayai melanggari SOP merentas negeri sehingga ke Kota Bharu Kelantan hanya demi menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka.


Tindakan mereka itu yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram masing-masing terus mendapat perhatian ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka mendapat kebenaran untuk merentas negeri bagi tujuan tersebut.
Bukan itu saja, para influencer itu juga jelas tidak mematuhi arahan penjarakan fizikal apabila bergambar dan bersiar-siar di sekitar lokasi.

Justeru, tindakan tersebut hanya menaikkan rasa amarah di kalangan warganet yang membandingkan nasib mereka yang ingin merentas desa atas alasan ahli keluarga nazak, sakit atau telah meninggal dunia – namun berdepan kesukaran.
Malah, ada juga warganet yang meminta agar mereka lebih ‘bijak’ pada masa akan datang. “Kalau nak buat jahat sekalipun, janganlah ditayang-tayang di media sosial..”

Isu tular ini telahpun mendapat perhatian pihak polis Kelantan yang telah mengesan beberapa individu yang dimaksudkan itu. Kata Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan yang dilakukan itu.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan mereka bergambar dengan pengantin tanpa mengambil kira SOP telahpun dijadikan sebagai bahan bukti.
“Polis Kelatan sedang mengesan mereka dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat),” jelasnya dalam kenyataan media.
Macam-macam ya!
∞