Pelakon tersohor Indonesia, Reza Rahadian, membuka lembaran kisah hidupnya yang penuh inspirasi apabila mendedahkan pernah menerima bayaran hanya RM6.35 (Rp25,000) hasil menjadi pemotong rumput demi membantu ibunya mencari rezeki.
Kisah benar ini dikongsikan Reza dalam satu temu bual bersama podcast The Maple Media di YouTube, memperlihatkan sisi lain pelakon hebat itu di sebalik populariti dan kejayaannya kini.
Menurut bintang filem popular Habibie & Ainun itu, kehidupannya tidak selalu mewah seperti hari ini. Ketika krisis ekonomi melanda Indonesia pada tahun 1998, Reza dan ibunya yang hidup berdua sahaja terkesan teruk kerana kehilangan sumber pendapatan utama. Namun, pada usia muda, Reza Rahadian tidak duduk diam dia berbasikal keliling kawasan perumahan untuk menawarkan khidmat memotong rumput demi membantu ibunya.
Kisah Awal Hidup Reza Rahadian Yang Sarat Keperitan
“Saya dulu berdua sahaja bersama ibu, jadi kami pernah terkena impak krisis ekonomi pada 1998. Ketika itu saya masih kecil, tapi saya sanggup berbasikal untuk tanya jiran jika ada yang mahu potong rumput di rumah mereka. Saya hanya ingin bantu ibu sahaja untuk dapat pendapatan,” katanya dengan nada sebak dalam temu bual tersebut.
Cerita penuh kejujuran ini mengundang rasa kagum dan hormat ramai peminat, terutama kerana tidak ramai tahu pelakon berbakat itu pernah melalui fasa hidup yang begitu mencabar. Dedikasi, keberanian dan rasa tanggungjawab Reza sejak kecil ternyata membentuk keperibadian, disiplin dan semangat kerja keras yang menjadi asas kepada kejayaannya hari ini.
Ads
Dari Pemotong Rumput RM6.35 Ke Dunia Kegemilangan
Kini, Reza Rahadian dikenali sebagai antara pelakon lelaki paling berpengaruh di Asia Tenggara, dengan deretan karya yang meninggalkan impak besar di layar perak. Antara filem lakonannya yang mendapat sambutan hangat termasuk Wanita Berkalung Sorban, My Stupid Boss, Rudy Habibie, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Toko Barang Mantan, Layla Majnun, Garis Waktu dan Layangan Putus The Movie.
Ads
Selain karisma dan bakat luar biasa dalam menjayakan pelbagai watak, Reza Rahadian turut menerima pelbagai anugerah berprestij, menjadikannya ikon dalam dunia perfileman Indonesia. Namun, di sebalik cahaya glamor dan pencapaian besar itu, kisah RM6.35 yang pernah diraihnya suatu ketika dahulu menjadi simbol kerendahan hati, ketabahan dan semangat juang yang tidak pernah pudar.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah hidup Reza Rahadian menjadi inspirasi buat remaja hari ini bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi hasil daripada usaha kecil yang konsisten, niat yang ikhlas, dan keberanian untuk terus melangkah walau dalam kesusahan.
Ads
Dari pemotong rumput kepada pelakon tersohor Asia, Reza Rahadian membuktikan bahawa setiap langkah kecil, jika dilakukan dengan tekad dan cinta kepada keluarga, mampu membawa kita menuju kejayaan yang besar.
Dua minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai berita gembira pertunangan penyanyi Ariana Grande kepada Dalton Gomez.
Meskipun berita tersebut muncul secara mengejut, ahli keluarga Ariana terutama ibunya, Joan Grande dan adiknya, Frankie Grande mengalu-alukan kehadiran Dalton ke dalam keluarga mereka.
Satu perkara yang menjadi topik bualan ramai peminat bintang dokumentari Netflix, ‘Excuse Me, I Love You’ itu adalah mengenai rekaan cincin pertunangannya yang – ya, cantik – tetapi mempunyai konsep yang unik dan jarang sekali dipilih oleh bakal pengantin lain.
Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya, baru-baru ini usahawan barangan kemas dan pereka cincin pertunangan Ariana itu iaitu Jack Solow dihubungi oleh E! News dan berpendapat Dalton telah memilih cincin paling sempurna untuk tunangnya itu.
Menurut Jack, dia bekerjasama dengan Dalton selama 6 minggu untuk menyiapkan cincin tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk mencari bentuk berlian yang unik.
“Dalton terlibat dalam setiap proses pemilihan menerusi panggilan FaceTime dan Zoom disebabkan perbezaan lokasi. Dia benar-benar teliti tentang apa yang diiinginkannya.
“Dia mempunyai konsep tertentu mengenai rupa cincin ini, sedikit kontemporari berbanding cincin biasa. Idea meletakkan berlian pada sudut ke tepi dan penambahan mutiara pada cincin ini datang daripadanya. Baginya, mutiara memberikan nilai sentimental,” kata Jack.
Tidak hairanlah apabila peminat Ariana pantas teringat semula kepada foto cincin pemberian nenek Ariana kepadanya yang juga mempunyai mutiara.
Mereka berdua memilih untuk menyambut Hari Natal baru-baru ini di kediaman keluarga Ariana. Sumber Foto: Instagram @arianagrande
“Dalton sememangnya detail-oriented. Dia banyak memberi fokus kepada perincian cincin ini dan ingin membuatkannya istimewa khas untuk Ariana. That was his goals.”
Aww, sweet-nya!
Menariknya, ada sumber dalaman yang berjaya mendedahkan nilai cincin tersebut dan menganggarkannya bernilai lebih daripada $USD750,000! Ia berdasarkan kepada warna dan kejernihannya pada berlian bujur 8 karat itu.
Nampaknya, Dalton memang benar-benar sayangkan Ariana ya. Harapnya, Ari akan menemui kebahagian sebenar untuk pertunangan kali ini.
Untuk pengetahuan, Ariana pernah bertunang dengan Pete Davidson pada bulan Mei 2018 dan berpisah lima bulan kemudian.
Sekiranya korang terlupa, aplikasi paling popular dunia, WhatsApp ialah sebahagian daripada kumpulan besar Facebook, dan begitu juga dengan Instagram.
Selepas Facebook membolehkan penggunanya berkongsi Instagram Stories di akaun Facebook mereka bermula Oktober tahun lalu, ramai pengguna yang menyambut baik pembaharuan tersebut dan kini semakin ramai yang aktif berkongsi secara cross-posting. 1 story, 2 akaun berbeze. Mudah kan?
Kini dalam perkembangan terbaru, Facebook sedang merancang untuk ‘mengembangkan’ lagi cara tersebut dengan aplikasi WhatsApp pula.
Syarikat tersebut sedang dalam fasa menguji pembaharuan itu terhadap beberapa pengguna WhatsApp terpilih agar mereka boleh memuat naik Instagram Stories terus ke WhatsApp dalam bentuk WhatsApp Status dalam tempoh 24 jam.
Pengguna di Instagram akan mempunyai butang option di akaun mereka agar mereka boleh memilih sama ada untuk share atau tidak story tersebut di WhatsApp.
Setakat ini, ada beberapa pengguna di Brazil dan Portugal yang mendapati mereka mempunyai butang share tersebut semasa memuat naik Instagram Stories.
Semua Aplikasi Kini Saling Berkait
Setakat November tahun lalu, Facebook melaporkan terdapat lebih daripada 300 juta pengguna aktif Instagram Stories setap hari dan kini, jumlah itu mungkin sekali telah meningkat. Dengan membolehkan sistem cross-posting seperti ini, WhatsApp secara automatik akan meningkatkan lagi trafik penggunanya dan menjadikannya lebih popular.
Namun, penulis terfikir juga, jika followers korang terpaksa melihat posting yang sama di tiga platform media sosial berbeza, tidakkah mereka akan cepat merasa bosan?
Ya mungkin juga. Untuk menangani isu itu, WhatsApp juga sedang berkira-kira untuk mewujudkan sistem di mana jika followers korang dah melihat story tersebut sekali, contohnya di Instagram, ia tidak akan keluar lagi di platform sosial media mereka yang lain.
Tetapi Bukan Untuk Pengguna BB 10 Dan Windows Phone..
Dalam perkembangan lain, WhatsApp telah mengumumkan mereka tidak lagi akan memberi support kepada fungsi WhatsApp untuk gajet Blackberry 10, bermula tahun ini.
Buat masa sekarang, ada pengguna BB 10 yang masih boleh mengguna WhatsApp. Ini kerana WhatsApp sedang menamatkan fungsinya secara berperingkat. Mereka hanya menunggu masa saja (dalam tempoh dua minggu) sebelum ia tidak lagi akan berfungsi.
Windows Phone 8.0, BlackBerry OS 10 dan BlackBerry OS tidak lagi di-support oleh WhatsApp.
Selain daripada BB 10, terdapat dua lagi model telefon yang terpaksa menghadapi masalah yang sama iaitu Windows Phone 8.0 dan BlackBerry OS. Ini bukanlah kali pertama WhatsApp membuat keputusan sedemikian.
Sebelum ini, mereka juga menamatkan support untuk Android 2.1 – Android 2.2, Windows Phone 7 – Android 2.1 & Android 2.2 dan Windows Phone 7.
Senang cerita, beli jelah telefon pintar Android dan Apple, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya dah terlalu kerap negara kita menyambut kehadiran barisan selebriti terkenal dari luar negara terutamanya bintang Kpop yang menganjurkan konsert mereka disini.
Kini, korang bakal dihiburkan dengan barisan selebriti dari Thailand dalam sebuah konsert Thai pertama, dimsum Thai Pop 2019 yang bakal berlangsung pada 10 November 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam.
Sesekali kita tukar angin layan bintang dari Thailand ni pun syok juga kan.
Dan guess what? Pelakon kacak Sunny Suwanmethanont juga khabarnya bakal datang menyerikan lagi konsert tersebut. Kalau korang mengikuti filem popular Thailand seperti I Fine.. Thank You.. Love You, Heart Attack dan Brother of The Year, sudah tentu kemunculan artis Thailand ini amat dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia.
Konsert besar-besaran ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular dari Thailand seperti 9BY9, Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan ramai lagi.
9By9
Tiket telah pun dijual bermula dengan harga RM199 sehingga RM599 (VIP). Kalau korang beli tiket VIP, korang berpeluang untuk menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi belakang pentas dan dapat poster yang telah ditandatangani oleh barisan selebriti yang hadir.
Wah, macam best je! Rugi kalau tak pergi. Bukan senang kan nak jumpa Sunny Suwanmethanont. Eh.. Hiks!
Sebarang maklumat lanjut boleh layari web www.dimsum.asia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupa menghantar anak ke pengasuh, seorang kanak-kanak maut dalam kereta selepas hampir sembilan jam ditinggalkan, mencetuskan kebimbangan keselamatan kanak-kanak.