Relevankah Untuk Malaysia ‘Hidupkan’ Semula PLKN? Mungkin Ia Kembali..

Share

 

Sebelum ini pada bulan Julai lalu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan pernah mengumumkan hasrat agar kerajaan mengembalikan semula agensi dan program yang ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini hangat diperkatakan.

Tidak lama selepas itu, kerajaan membuat pengumuman akan memperkenalkan semula sebuah program baru bagi menggantikan program Biro Tata Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dihentikan untuk dua tahun.

Walaupun masih tidak ‘bernama’, ia dikatakan mempunyai bentuk dan struktur baru berdasarkan perbincangan lanjut.

Hari ini, Ahmad Maslan menerusi akaun Twitter miliknya ‘boleh bersorak’ setelah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perlaksanaan semula PLKN di Dewan Rakyat.

Memorandum terhadap program itu juga akan disediakan dan dicadangkan untuk kelulusan kerajaan.

Tangkap layar Tweet yang dimuat naik oleh Ahmad Maslan.

Untuk pengetahuan korang, BTS adalah sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1981. Manakala, PLKN diperkenalkan sejak tahun 2004 di bawah seliaan Kementerian Pertahanan.

Pengenalan PLKN ini seharusnya tidaklah banyak berbeza dengan latihan ketenteraan yang dikendalikan oleh negara-negara lain seperti di Korea Selatan, Singapura dan di Thailand yang terlebih dahulu memperkenalkan latihan ketenteraan sejak tahun 1957 (Korea Selatan), 1967 (Singapura) dan 1905 (Thailand).

Namun mengikut penilaian ramai bekas pesertanya, PLKN dilihat bukanlah sebuah program ketenteraan seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak sebelum ini. Ia bukanlah sepeti latihan Askar Wataniah (Wataniah) yang diketahui telah melahirkan pelatih yang tahan lasak dan mempunyai semangat petriotism.

Sumber Foto: Sinar Harian

Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sudah lebih sejuta pelatih mengikuti PLKN dan ia telah memakan bajet sehingga RM8 bilion.

Jadi apabila Menteri Pertahanan mengumumkan ‘comeback’ PLKN ini kepada remaja Malaysia di Dewan Rakyat pada hari ini, tidak hairanlah apabila ramai yang tidak bersetuju dengan perancangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Perkara Bekas Pelatih PLKN Je Pernah Rasa

Tinjauan REMAJA di laman sosial mendapati mereka bukan sekadar tidak bersetuju tanpa sebab. Ada beberapa alasan yang menyebabkan mereka berkata sedemikian.

 

Pelatih Tidak Mampu Mengajar?

 

 

Boleh Kembalikan Tapi Perlu Perbaiki

 

 

 

Lebih Baik Jadikan Latihan Ketenteraan

 

 

 

 

 

Mulakan Dari Sekolah, Tidak Perlu PLKN

 

 

 

 

 

Jangan Bazirkan Duit Tanpa Impak

 

*

Walaupun pengumuman itu hanya sekadar pengumuman dan masih belum diluluskan oleh Dewan Rakyat, kita juga harus memahami akan situasi semasa di Malaysia berkenaan bahana penularan Covid-19 yang masih tidak terjamin.

Sekiranya ia dikembalikan semula, seharusnya ia tidak dilakukan seawal tahun hadapan memandangkan keadaan masih tidak stabil

Apa pendapat korang sendiri? Wajarkan PLKN diperkenalkan semula?

IKLAN