Ramai sudah tahu bagaimana Ryan Reynolds berusaha dengan cukup keras bagi meyakinkan pihak 20th Fox Studio dan Marvel untuk merealisasikan filem ‘Deadpool’ pertama yang dikeluarkan pada tahun 2016 dahulu.
Malah, tanpa kerja keras dan tekanan daripada peminat karakter dari Marvel ini, ia pasti tidak berjaya direalisasikan ke dalam bentuk filem.
And the rest is history. ‘Deadpool’ menjadi sebuah filem adiwira atau lebih tepat sebagai antihero terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah perfileman. Dengan bajet tidaklah sebesar filem Marvel yang lain, ‘Deadpool’ telah mencapai populariti luar biasa sehingga menjana kutipan mencecah USD783.1 juta!
Melihat kejayaan itu, pihak penerbit telah memberi kepercayaan penuh untuk mereka menghasilkan filem sekuel, ‘Deadpool 2’. Jadi, apa yang berlaku kepada Deadpool menerusi instalasi filem keduanya?
Siapakah Cable dan mengapakah dia ingin memburu seorang kanak-kanak bernama Russell?
Ads
Tanpa mendedahkan spoiler, Remaja boleh kongsikan bahawa Deadpool kali ini diuji dari segi mental dengan cukup besar sekali. Malah, tema utama filem ini mengajar Wade Wilson atau Deadpool untuk menjadi lebih daripada seorang adiwira bertopeng yang bermulut celupar, pantas berjenaka dan sangat witty.
Kali ini dia terpaksa berdepan dengan situasi di mana kematangannya untuk memilih sesuatu yang lebih baik kepada orang lain dan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yangdia ambil berat.
Namun untuk berubah menjadi begitu, ‘bayaran’ yang terpaksa dibayarnya sangat besar. Deadpool yang kini menjadi pelatih di dalam team X-Men berdepan dengan situasi di mana mereka perlu menyelamatkan seorang kanak-kanak mutant bernama Russell Collins.
Ads
Kemunculan Russell yang memegang ‘kunci’ sangat penting terhadap survival masa depan manusia!
Dan di sinilah segala drama pertempuran antara Deadpool dan rakan-rakan lama serta baru berdepan dengan Cable demi menyelamatkan Russell.
Russell yang tinggal di sebuah institut yang menjaga kanak-kanak istimewa tersebut telah mengamuk dan mula mengancam keselamatan orang awam. Dalam pada masa yang sama, Nathan Summers atau Cable, seorang tentera cybernetic dari masa depan muncul dengan misi untuk menghapuskan Russell.
Ads
Setiap baris tutur kata yang keluar daripada mulut Deadpool penuh dengan jenaka nakal dan juga references pop-culture yang sangat menggelikan hati. Tidak ketinggalan juga adegan breaking the fourh wall di mana Deadpool bercakap dengan kita selaku penonton.
Ia sebuah filem yang aware dengan kewujudannya sama di dunianya sendiri dan di dunia kita. References tentang Batman, Avengers, Cher, Frozen dan banyak lagi membuatkan Remaja merasakan grup penulis skrip filem ini benar-benar mempunyai idea yang luar biasa.
Seperti filem pertamanya, ‘Deadpool 2’ berjaya meneruskan kejayaan mereka dengan cukup cemerlang sekali. And guys, prepare untuk gelak sampai pecah perut ya!
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je yang tak nak date ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie Kim?
Tak salah mencuba nasib, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang merupakan influencer terkenal Filipina, Christian Albert Gaza.
‘Crush’ salah seorang dari ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie sanggup berhabis sehingga RM123,000 semata-mata untuk ‘mencuba nasib’ mengajak penyanyi itu keluar makan malam.
Foto : Instagram Jennie
Tapi kalau dah banyak duit, segalanya boleh jadi. Menurut sumber yang dilaporkan oleh Manila Bulletin, difahamkan, dia telah menempah sebuah papan iklan khas beberapa kilometer daripada pejabat agensi pengurusan Blackpink.
Foto via Christian Albert Gaza’s Facebook
Jelas kelihatan papan iklan tersebut dalam bahasa Inggeris dan Korea berserta gambar beliau.
“Kim Jennie Ruby Jane, you are my ultimate crush. Can I take you out to dinner and make me the happiest man alive?”
Dalam satu posting, lelaki ini berkata, itu sahaja cara untuknya mendapatkan perhatian Jennie Blackpink. Menerusi posting lain, lelaki ini mendedahkan dia sebenarnya mahu menghadiahkan penyanyi itu sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.
Wow, hebatnya ‘crush’ Jennie yang sorang ni.
Hasil ‘penyelidikan’ peminat tegar BLACKPINK iaitu, Blinks. Mereka menemui bukti bahawa lelaki ini mengusahakan perniagaan yang tidak baik. Malah Blink menasihati agensi, YG Entertainment melindungi penyanyi tersebut.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang seorang influencer yang mengamuk di sebuah kedai makan gara-gara dihalau kerana dirinya dilarang membuat ‘live’ di restoran tersebut.
Bukan hanya video live di kedai itu sahaja, influencer itu juga turut viral dengan sebuah lagi video live yang didakwa melakukan makian dan body shaming kepada pengikutnya. Namun begitu, personaliti itu telah memohon maaf dan mengakui kesalahannya itu.
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Ketika berhadapan dengan ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang itu bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri.
Walau bagaimanapun, undang-undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang individu itu meluahkan rasa marah. Marah akan mendorong korang bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri korang sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu mengawal sikap pemarah itu.
Bagaimana korang boleh menangani kemarahan?
Terdapat 3 cara yang korang boleh lakukan, iaitu meluahkannya, menahannya dan menenangkan diri. Meluahkan perasaan marah korang secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan.
Untuk melakukannya, korang perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang korang rasa sejelasnya, apa kehendak korang dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri korang sendiri dan orang lain.
Korang juga boleh menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan berfikir positif terhadap hal lain. Terdapat cara-cara untuk menenangkan diri ketika marah dan antaranya adalah seperti berikut:
• Panjangkan serta perlahankan tarikan nafas korang
• Perlahankan atau hentikan pergerakan korang supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
• Fokus kepada pemikiran yang positif
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih daripada persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah korang
Setiap orang mempunyai sikap amarahnya tersendiri. Namun, ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal diri. Ingat, sikap marah hanya mengundang perkara negatif!
Jadilah individu yang rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
Ke mana sahaja susuk badan ini pergi kehadirannya pasti akan menarik minat orang awam. Berbeza benar popularitinya sebelum dan selepas pilihanraya. Itulah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda Pakatan Harapan yang namanya kian disebut-sebut dek kerana kelantangan serta kehebatannya berbahasa.
Bila tengok beliau berhujah ramai yang tidak menyangka jejaka yang telah dipilih oleh penduduk Muar untuk menjadi menjadi Ahli Parlimen mereka baru sahaja berusia 26 tahun.
Menjadi salah seorang pemimpin muda dan ikon generasi belia Pakatan Harapan, Syed Saddiq telah membawa nafas baru dalam dunia politik tanah air.
Sebelum PRU14baru-baru ini, REMAJA pernah menampilkan artikel tentang hasrat Syed Saddiq dan Pakatan Harapan untuk memberikan tumpuan kepada e-sport dan juga membina stadium e-sport. Ia juga merupakan antara intipati yang turut terkandung dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sekali lagi menegaskan tentang kesungguhan beliau untuk menjadikan manifesto tersebut sebagai realiti. Selepas diberi mandat oleh rakyat dan membina ‘Malaysia Baru’, Syed Saddiq terus melaungkan hasrat anak muda yang ingin melihat e-sport terus dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, kerajaan akan komited untuk membantu generasi muda yang ada potensi menerusi pembangunan stadium e-sukan.
Jelasnya lagi, e-stadium yang dimaksudkan bulahlah bersifat kepada pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti. Jumlah orang muda yang menjadi pemain e-sport semakin hari semakin meningkat dan jumlahnya semakin besar terutamanya di kalangan anak muda berusia 25 tahun ke bawah.
Negara kita kini mempunyai banyak bakat-bakat muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai pertandingan e-sport. Malah, ia juga telah dicadangkan untuk menjadi salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 2024.
E-sport tidak lagi harus dipandang sebagai hanya hobi atau aktiviti yang membuang masa. Dengan pendedahan yang baik serta galakan daripada masyarakat dan kerajaan, bakat-bakat e-sport akan terus cemerlang mengharumkan nama negara.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!