Pertama kali mendengar konsep filem ‘Searching’, REMAJA menganggapnya sebagai salah satu lagi gimik teknik perfileman yang dilakukan untuk menarik penonton terutamanya di kalangan pengguna media sosial.
Mengapa REMAJA berkata demikian? Ini kerana 100% filem yang diarahkan oleh Aneesh Chaganty ini dipaparkan kepada audiens menerusi skrin komputer, rakaman kamera digital dan juga telefon pintar daripada karakter utamanya yang ditunjangi oleh John Cho.
Namun ternyata telahan kami silap. Malah tidak keterlaluan untuk REMAJA katakan bahawa ‘Searching’ merupakan antara filem thriller terbaik untuk tahun 2018. Menerusi filem ini kita dihidangkan dengan pelbagai kegunaan aplikasi komputer dan telefon pintar yang digunakan secara harian seperti iMessage, Facetime, Instagram, Tumblr, Google Maps, Venmo, Reddit serta aplikasi komputer Mac dan juga Windows.
Secara tidak langsung ia cukup familiar kepada kita yang dalam kehidupan seharian berhadapan dengan semua aplikasi dan perisian yang dipaparkan. Bagaimana dengan jalan ceritanya?
Plotnya mengisahkan bagaimana David seorang ayah yang mendapati anaknya, Margot yang berusia 16 tahun telah hilang secara tiba-tiba. Dengan hubungannya dengan Margot yang semakin renggang akibat tragedi menimpa keluarganya, David berada di dalam keadaan terdesak ingin mencari di manakah Margot berada.
Ads
Ia bertambah sulit kerana Davod tidak mengenali seorang pun rakan-rakan Margot. Dan dalam keadaan terdesak itu dia menggunakan segala maklumat yang terdapat di dalam komputer milik Margot menerusi pelbagai platform seperti laman media sosial, e-mail, perbankan online dan bermacam lagi.
Menariknya, kita sebagai audiens dapat merasai kekalutan, ketegangan dan memahami betapa terdesaknya David, seorang ayah yang ingin mencari anaknya hilang hanya dengan melihat usahanya mencari menerusi skrin komputer peribadinya. Selesai menonton filem ini, REMAJA perasan filem ini ada sedikit sebanyak mempunyai elemen seperti filem ‘Gone Girl’. Cuma bezanya pada plot utama dan teknik filem ini dihasilkan.
Ads
Apa yang pasti ia membuat REMAJA terpaku di kerusi dan mata tidak lekang daripada layar kerana ingin mengetahui apakah yang akan dilakukan seterusnya oleh David untuk menyelamatkan Margot. Plot twist pada penghujung filem ini juga cukup membuat kita berasa berpuas hati. Mungkin korang bakal menangkapnya lebih awal atau mungkin berasa terkejut dengan pendedahan akhirnya.
Jangan lupa untuk sertai contest Tayang Premier REMAJA x SEARCHING. Cara menyertai peraduan boleh dirujuk menerusi posting Instagram REMAJA di bawah!
Won Bin muncul dalam satu iklan jenama produk Korea baru-baru ni, dan visual dia sangat clean, minimal dan classy. Tapi yang paling buat orang berhenti scroll ialah rupa paras dia yang macam tak berubah langsung sejak filem The Man From Nowhere tahun 2010.
Selepas 15 tahun menyepi dari dunia lakonan, Won Bin muncul semula dalam video iklan, dan netizen tak boleh move on sebab… dia langsung tak nampak tua!
Terbaru, platform perkhidmatan gaya hidup iaitu ‘adj’ telah mengeluarkan video komersial, yang menampilkan pelakon Won Bin. Penampilan kacaknya nyata menjadi bualan ramai, dengan visualnya yang tidak dimakan usia meskipun hampir berusia 50 tahun.
Walaupun bukan drama atau filem penuh, kemunculan Won Bin dalam iklan tu dah cukup buat netizen kecoh. Iklan tu trending kat Korea dan sampai ke Malaysia sebab ramai yang rindu nak tengok dia berlakon balik.
Beberapa selebriti dan peminat turut share di IG & TikTok dengan caption:
Hari ini, aktiviti mengambil gambar bukan lagi satu perkara yang payah. Ditambah pula dengan kamera yang menjadi antara aksesori terpenting bagi sesebuah telefon pintar, menjadikan kerja mengambil gambar ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan lokasi.
Melihatkan itulah ramai jurugambar amatur yang mampu dilahirkan, meskipun di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai latar pendidikan yang khusus dalam dunia fotografi ini.
Sesuai dengan memberi peluang kepada ramai jurugambar muda berbakat, satu pameran fotografi KL20x20 PHOTO PROJECT memaparkan Kuala Lumpur sebagai “subjek” melibatkan 18 jurugambar muda berbakat besar berlangsung sekarang ke 20 September 2020.
REMAJA sempat menemuramah dua jurugambar muda berbakat besar yang karya mereka terpilih dalam pameran tersebut iaitu Fitri Jalil dan Daniel Adams yang berkongsi cita-cita dan misi mereka.
Walau latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan tapi Fitri Jalil mengalih minat ke dunia fotografi
Memilih subjek The Malay, karya Fitri Jalil memaparkan seni warisan Melayu iaitu pakaian tradisional iaitu kain pelekat, baju Melayu, songkok, baju kurung dan lain lagi. Sementara Daniel Adams memilih subjek seni An Illuminated Road memaparkan model terdiri dari Muhammad Azfar Firdaus, Alicia Amin, Maybelline Wong, Hong Yi, Hammada Bamadhaj, Roshan Menon dan lain lagi sebagai pameran karya seninya.
Berkongsi minat dalam dunia fotografi, Fitri Jalil berkata, asalnya dia bukanlah seorang jurugambar.
“Saya sendiri asalnya, bukanlah individu yang mendalami dunia seni fotografi ini. Saya merupakan seorang jurutera yang mempunyai latar pendidikan dalam dunia kejuruteraan. Namun pengalaman bekerja di luar negara selama dua bulan, telah membuka mata saya tentang pelbagai perkara,” jelas Fitri Jalil, memulakan perbualan.
Salah satu karya Fitri yang mempamerkan pakaian tradisi orang Melayu iaitu songkok, kain pelekat dan baju MelayuBaju kurung tradisi pakaian orang Melayu
Melihatkan masyarakat di sana yang lebih meletakkan budaya negara lain sebagai ikutan ketika menyambut lebaran (sedangkan masyarakat ini merupakan bangsa Arab), menjadikan Fitri mula terfikir. Dia bimbang kiranya masyarakat di Malaysia yang sangat indah dengan budaya kaum masing-masing juga, akan pupus satu hari nanti. Disebabkan rasa itu, Fitri mula mendekati dan mendalami cara hidup orang Melayu sebaik sahaja pulang ke tanahair.
“Sebagai anak Melayu, pastinya budaya ini lebih dekat dengan saya. Dalam masa yang sama, ramai juga yang bertanya; mengapa saya menzahirkan segala yang tersirat di jiwa menerusi gambar, bukan penulisan yang menjadi minat saya sejak dulu? Ada beberapa faktor, namun kepuasan melihat dan mendengar pelbagai pandangan yang diberikan menerusi hasil bidikan, lebih menarik minat saya,” ujarnya lagi.
Daniel Adams, jurugambar muda yang banyak menghasilkan karya seni yang memukau
Lain pula kisahnya dengan Daniel Adams yang sudah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi ini sejak kanak-kanak lagi lagi. Pemberian sebuah kamera kompak oleh ibu dan ayahnya sewaktu berusia sembilan tahun, menjadikan kecintaan Daniel terhadap dunia fotografi ini semakin mendalam.
“Biarpun terpaksa bersaing dengan teknologi hari ini yang begitu pantas, namun gambar-gambar daripada lensa yang saya acu, tidak pernah mengecewakan. Walaupun ada di antaranya tidak mampu menggembirakan hati semua, tetapi skil dan kreativiti yang digunakan, semakin mendewasakan saya dalam dunia fotografi ini,” katanya bersemangat.
KL20x20 Medan Terbaik Pamer Gambar Menggunakan Cetakan Mesin Pencetak Canon
Ibarat mendaki sebuah gunung yang penuh onak sebelum berjaya tiba di kemuncak, begitu jugalah perjalanan yang dilalui oleh Fitri dan Daniel sebelum ini. Biarpun adakalanya semangat yang ada hampir luntur, namun berkat kesabaran dan usaha keras yang tidak pernah luntur, kejayaan buat mereka mereka semakin menampakkan diri.
Terpilih dalam kumpulan 18 orang jurugambar muda yang berpotensi untuk dihimpunkan dalam satu pameran, merupakan antara kejayaan peribadi yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua anak muda ini. Tambahan pula bila mereka merupakan kumpulan akhir yang telah disenarai pendek daripada hampir 80 orang jurugambar di peringkat awal.
Fitri memilih subjek The Malay yang mempamerkan pakaian tradisi orang Melayu dalam pameran fotografi kali iniHasil karya Daniel Adams yang mempamerkan subjek An Illuminated Road melibatkan ramai model terkenal.Canon menjadi penaja cetakan rasmi bagi Pameran KL20x20 Photo Project yang sedang berlangsung hingga 20 September 2020.
Lebih menarik, cetakan hasil karya kesemua jurugambar ini menggunakan mesin pengimbas profesional Canon image PROGRAF PRO-500 dan pengimbas rata UV Arizona 460 GT.
Canon kamera terbaik & diyakini ramai
“Projek fotografi KL20x20 yang julung-julung kali diadakan, pastinya menjadi medan terbaik buat kami yang terlibat. Selain menjadi gelanggang untuk kami berkongsi idea kreatif kami selama ini, sudah pasti ia menjadi penanda aras dalam kerjaya kami sebagai juru gambar,” jelas kedua-duanya dalam nada ceria sambil menambah penggunaan kamera Canon EOS 5D Mark lll (milik Daniel) dan Canon EOS 700D (milik Fitri) yang digunakan oleh mereka berdua dalam pameran fotografi ini berjaya menghasilkan karya seni terbaik.
“Sejak dulu lagi kami menyakini kamera keluaran Canon. Teknologi yang diguna bagi setiap kamera berjaya menghasilkan kualiti gambar yang terbaik. Bagi saya sendiri, ini kali kedua saya bekerjasama dengan Canon dalam pameran karya seni. Kali pertama tahun lepas bagi pameran A Love Once Lost,”kata Daniel.
Karya seni hasil bidikan Daniel Adams memaparkan model Alena Murang
Penuh inspirasi dan energitik. Karya ni melibatkan model Hafreez bidikan Daniel Adams
Rahsia hasilkan gambar terbaik ialah melalui pembacaan & pergaulan
Berkongsi rahsia agar hasil kerja mereka terus berada pada momentum yang terbaik, Fitri memastikan amalan membaca yang menjadi kegemarannya sejak dahulu tidak ditinggalkan. Selain menambah ilmu pengetahuan, tradisi dan budaya masyarakat Melayu yang menjadi subjeknya sebelum ini perlulah sentiasa diperkemaskan.
Berlainan pula buat Daniel yang lebih menekankan aspek pergaulan dalam menambah nilai seni dan kreativiti dalam dirinya. Dapat bertukar-tukar idea dan seni kreativiti, memberikan anak muda ini peluang untuk meneroka lebih jauh dalam dunia seni fotografi ini.
“Kami sedar, bukan semua menggemari dengan kreativiti yang kami tonjolkan menerusi gambar-gambar yang kami potretkan selama ini. Percaya dengan nilai kreatif yang tiada titik limit, kami teruskan sahaja langkah dengan harapan agar garapan kami ini mampu dinikmati oleh semua pihak. Sesungguhnya semua individu di dunia ini berhak untuk berkarya,” ujar Fitri mengakhiri perbualan.
Bagi pembaca yang minat dalam dunia fotografi, boleh kunjungi Pameran KL20x20 Photo Project atau layari https://www.kl20x20.com/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
We get it. Barangan keperluan naik harga. Barangan kehendak naik harga. Segala-galanya pun mengalami kenaikan harga dari semasa ke semasa tanpa mengira sektor.
Namun apabila platform penstriman video terkenal, Netflix dilaporkan akan mengenakan bayaran lebihan kepada pengguna tidak lama lagi, ramai nampaknya yang tidak boleh menerima pengumuman tersebut.
Let’s break this down.
Khabarnya, Netflix akan mula mengenakan caj sebanyak RM13 sebulan khas kepada pengguna yang tidak tinggal serumah dengan pemegang akaun yang melanggan perkhidmatan tersebut.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Netflix menjelaskan bahawa akaun Netflix adalah bertujuan untuk digunakan oleh satu isi rumah.
Oleh itu selepas ini, bagi pelanggan di Malaysia yang tidak menetap bersama tetapi ‘menumpang’ akaun Netflix seseorang, mereka akan menerima hantaran emel oleh Netflix bagi menjelaskan mengenai caj baharu RM13 ini.
Manakala bagi pelanggan yang ingin berkongsi akaun mereka dengan individu di rumah lain pula boleh memindahkan profil sendiri kepada mereka. Lalu, rakan atau ahli keluarga mereka itu akan menjadi pelanggan baharu dan perlu membayar yuran langganan bulanan seperti pelanggan sedia ada.
Kejam? Well..
Terdahulu, timbul laporan bahawa Netflix sedang berusaha untuk mengatasi tren perkongsian akaun meluas dan di luar kawalan mereka. Lalu di Amerika Syarikat, Netflix telahpun mula melaksanakan peraturan ini untuk mengehadkan tontonan hanya kepada pelanggan yang tinggal di kediaman yang sama.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...