Pada tahun 2015 kita telah diperkenalkan dengan filem ‘Goosebumps’ yang mengetengahkan Jack Black selaku teraju utama dengan memegang watak sebagai penulis novel seram popular, R.L. Stine. Menerusi filem pertama juga kita diperkenalkan dengan premis bahawa buku-buku yang ditulis oleh R.L. Stine telah menghidupkan karakter-karakter monster di dalamnya.
Jadi bagaimana pula pula dengan filem sekuel yang diberi judul ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’? Well, secara dasarnya ini bukanlah sekuel secara langsung daripada filem pertama kerana ia berlaku di tempat yang berbeza dan mengetengahkan tiga karakter utama yang pertama kali diperkenalkan.
Tiga kakrakter tersebut ialah Sonny Quinn dan kakaknya, Sarah Quinn dan seorang lagi kawan baiknya, Sam Carter. Walaupun mengetengahkan karakter yang berlainan namun jalan ceritanya masih berkisar dalam universe yang sama. Malah, Jack Black juga turut melakukan kemunculan istimewa di dalam filem ini… which is interesting kerana plotnya mungkin membawa kepada pengembaran baharu dalam sekuel akan datang. Mungkin…
Plotnya ringkas dan sangat straight forward. Sonny dan Sam ingin memulakan kerja sambilan untuk mencari duit poket dengan melancarkan bisnes pelupusan sampah. Dan suatu hari mereka dijemput untuk mencuci sebuah rumah tinggal. Di dalam rumah tersebut mereka menemui sebuah buku atau manuskrip novel. Selepas membukanya, patung Slappy the Dummy telah muncul dan hidup.
Kemunculan Slappy the Dummy yang menghuru-harakan kehidupan mereka
Kemunculan Slappy pada mulanya disangka mereka sebagai pembantu mereka yang mempunyai kuasa ajaib. Namun tanpa mereka sedari, Slappy merupakan entiti asing yang mempunyai misinya tersendiri. Slappy kemudian menjadikan seluruh pekan Wardenclyffe dihantui oleh pelbagai monster ciptaan sempena Halloween menjadi hidup.
Ads
Sebagai seorang kakak, Sarah pula perlu menjadi ketua bagi mencari jalan bagaimana untuk menghalang Slappy dengan misi jahatnya.
When the monster comes alive!
Satu perkara yang REMAJA suka dengan filem ini ialah kesederhaan elemen seram dan komedi yang dibawanya. Tidak salah jika REMAJA katakan inilah antara ‘popcorn movie’ yang paling kami enjoy menontonnya dalam masa terdekat.
Lakonan pelakon mudanya juga agak baik dan membantu plotnya yang cukup ringkas. Kesan khas dan pelbagai praktikal efek juga menarik perhatian kami. Gabungan dua elemen ini telah menjadikan ‘Goosebumps 2’ sebagai sebuah filem seram yang ‘hidup’ dan tidak membosankan.
Jika korang minat dengan filem yang simple, seram tapi kelakar inilah filem yang wajib korang tonton buat masa sekarang. ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’ akan mula ditayangkan di seluruh negara mulai esok!
Ads
RATING: 3.5/5
CONTEST ‘GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN’
5 X HADIAH UTAMA
T-shirt Edisi Terhad ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Bucket ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Ads
5 X HADIAH KEDUA
Beg tote ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
2 X HADIAH SAGU HATI
Buku nota ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila video klip mempamerkan penyanyi terkenal, Rose BLACKPINK dah tokoh politik negara Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah bersua empat mata sambil berdiskusi.
Setelah diselidik, ahli kumpulan K-Pop terkenal tersebut didapati menghadiri sebuah acara perbincangan tentang kesihatan mental, untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang dihoskan oleh Jill Biden di California.
Selain Rosé, tetamu lain yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut adalah Dr Wan Azizah, ketua pegawai eksekutif Apple Tim Cook, First Lady of South Korea Kim Keon-hee dan ramai lagi.
Dari kiri: Rosé, Kim Keon-hee, Rachael Marape, Tim Cook, Jill Biden, Louise Araneta-Marcos, Wan Azizah dan Vivek Murthy
Acara kesedaran kesihatan mental yang berlangsung Jumaat lepas itu dilaporkan amat penting bagi memberi kesedaran kepada orang awam bahawa orang terkenal juga bergelut dengan perjuangan emosi.
Rosé turut berkesempatan memberikan pendapatnya berkaitan jumlah pengikut media sosial yang tinggi telah membuatkan dia berasa terdedah kepada kritikan dan kecaman.
“Saya berasa seperti beberapa perkara yang saya lakukan tidak pernah cukup dan tidak kira betapa sukarnya saya bekerja untuk sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau suka mengawal naratif dan apabila itu berlaku, saya rasa sunyi,” jelasnya.
Komennya kemudian dibalas oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Wan Azizah yang turut menyatakan pendapatnya.
“Terdapat juga perkara tentang teknologi, awak tidak boleh sentiasa bergantung padanya. Mesti ada beberapa pilihan lain dan itu adalah sentuhan manusia.
“Sebab saya rasa kita hidup dalam dunia maya, yang awak nak tunjuk hidup awak sempurna, awak ambil gambar dan senyum tapi jauh di dalam hati awak menangis,” komennya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali, Bruno Mars mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September 2024.
Selepas enam tahun tidak bertandang ke sini, Bruno dijadualkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lagu-lagu hit yang sering menjadi siulan peminat muzik di Malaysia.
Terdahulu, Bruno Mars pernah menjayakan konsert di Axiata Arena yang kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada 9 Mei 2018.
Bagi korang yang tidak sempat untuk menyaksikan kehebatan vokal serta persembahan mantap Bruno pada waktu itu, jangan risau!
Korang boleh mendapatkan tiket konsert kali ini mulai 27 Jun, minggu hadapan sempena pra-jualan untuk ahli Live Nation dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Sementara itu, jualan am pula akan dibuka pada 28 Jun, Jumaat mulai 10 pagi menerusi laman sesawang Go Live.
Buat masa ini, penganjur masih belum menguar-uarkan harga tiket bagi setiap kategori yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui dirinya dalam keadaan ‘lost’ dan juga keliru selepas mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk membuka hijab, beberapa minggu lalu.
Menerusi hantaran di Instastory, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan dirinya kini sedang berjuang untuk melawan rasa keliru yang ada dalam dirinya itu.
Bekas peserta program realiti Dewi Remaja itu turut memohon ampun selain berdoa agar Allah mengembalikan dirinya yang dahulu.
“Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah diriku yang dahulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon naskhah drama ‘Suamiku Paling Sweet’ itu meminta orang ramai untuk menitipkan doa buatnya.
“Mohon anda semua doakan saya juga ya,” ujarnya.
Menerusi hantaran terbaharu di platform yang sama, Mawar memohon maaf buat semua pihak terutama rakan media susulan dirinya masih belum bersedia untuk memberi maklum balas terhadap isu berkenaan.
Hasil tinjauan Remaja mendapati, pelakon itu telah pun memadam gambar tidak berhijab yang dikongsikannya sebelum ini. Malah, Mawar ada memuat naik hantaran terbaharu yang menunjukkan beberapa foto dirinya manis berhijab.
Sebelum ini, selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi berhijab.
Terdahulu, usahawan popular itu memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.