A Haunting in Venice ialah adaptasi ketiga Agatha Christie karya Kenneth Branagh. Ia juga boleh dikatakan paling menarik daripada ketiga-tiganya, dengan penampilan visual yang cukup untuk mengimbangi kekurangan plot penceritaannya.
Dengan tumpuan yang mendalam untuk menggabungkan detektif klasik Hercule Poirot dengan plot rumah berhantu yang lebih moden, Branagh selaku pengarah filem tersebut berjaya menyampaikan elemen misteri yang menarik secara konsisten.
Diarahkan dengan baik dan disokong oleh persembahan yang mantap dari barisan pelakon berpengalaman seperti Kenneth Branagh, Michelle Yeoh dan Jamie Dornan ternyata mampu membawa penonton ke era pasca Perang Dunia Kedua menerusi penjiwaan watak mereka.
Ads
SINOPSIS: Tidak lama selepas peristiwa “Kematian di Sungai Nil,” Poirot Branagh tinggal di Venice, di mana dia telah bersara dengan cukup selesa untuk membayar pengawal peribadi 24 jam, Vitale Portfoglio untuk melindunginya daripada orang awam yang asyik mengekorinya.
Suatu hari dia dikunjungi oleh seorang kawan lama, Ariadne Oliver (Tina Fey), seorang novelis misteri yang mencipta namanya dengan membuat rekaan tentang pesonanya menerusi insiden kemalangan detektif Belgium.
Ariadne kemudian menjemput Poirot untuk menghadiri majlis malam Halloween seorang bekas penyanyi opera, Rowena Drake (Kelly Reilly), yang telah menetap di palazzo yang dilaporkan berhantu selepas kematian anak perempuannya Alicia (Rowan Robinson).
Ads
Sebaik sahaja beliau tiba, Poirot dihujani dengan segala macam mitos dan khabar angin tentang bangunan itu, yang pernah menjadi tapak rumah anak yatim. Pada awalnya, detektif tersebut amat ragu-ragu dengan kewujudan entiti hantu, walaupun selepas ketibaan Puan Reynolds (Michelle Yeoh), seorang medium yang dijemput untuk memanggil roh Alicia oleh tuan rumah.
Namun apabila satu demi satu kes pembunuhan terjadi di dalam rumah agam itu, penyiasat bersara itu terdorong untuk menyiasat sendiri identiti pembunuh tersebut.
Menarik berkaitan filem ini adalah kejayaan sinematografer, Haris Zambarloukos dalam menyampaikan filem yang mengubah gaya visual untuk mencerminkan kedua-dua genre dan pada masa yang sama, menggabungkan imbasan hitam dan putih di sesetengah babak.
Bagi sesetengah pihak, mungkin ada yang akan setuju bahawa filem A Haunting in Venice ini lebih menarik dari siri The Conjuring dari aspek genre misteri. Sejujurnya bagi min, filem A Haunting In Venice ini memang penuh dengan elemen saspen dan seram! 10/10!
Haaa..tunggu apa lagi? Saksikan filem A Haunting In Venice di pawagam terdekat mulai 14 September ini okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pelakon Korea ditemui tidak bernyawa, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama School 2017 dan baru-baru ini muncul dalam muzik video kumpulan iKON’s untuk lagu “Goodbye Road” ini dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu.
Menurut media tempatan, kejadian itu disedari bapanya sendiri setelah gagal menghubunginya dan membuat laporan polis untuk melihat keadaan anaknya berikutan dia tinggal berasingan.
Hasil siasatan awal mendapati tidak sebarang luka atau cedera di anggota badan pelakon tersebut. Mayat mendiang dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari tadi.
Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency.
Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagai model kosmetik sebelum terjebak dalam industri lakonan pada tahun 2013 ketika dia membawa watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC. Menerusi laporan Soompi, Song merupakan pelakon hebat dan sentiasa bersemangat dalam bidang lakonan.
Berita kematian Song mengejutkan dunia hiburan Korea dan para peminatnya menangisi pemergian pelakon berbakat besar itu.
Rest In Peace (RIP) Song Yoo Jung…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.
Terbaru, pelakon Bidadari Salju, Sweet Qismina mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 semasa berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April yang lalu.
Hanya sehari setelah memasuki set, Sweet mendapati dirinya kurang sihat dan berehat dengan mengambil ubatan selama tiga hari. Begitupun, dia terus mengambil langkah proaktif untuk menjalani ujian SWAB di Hospital Columbia, Taiping setelah keadaannya tidak pulih dan masih sukar bernafas.
Menerusi hantaran kenyataan rasmi daripada pihak Warner Music Malaysia yang mewakili Sweet, dia disahkan positif dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin menjalani saringan PCR. Hasil ujian tersebut turut positif.
Justeru, Sweet dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh dalam keadaan sedikit lemah dan hilang deria rasa. Bagaimanapun, keadaan pelakon itu kini stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Sweet bertambah pulih ya.
Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah masuk hari ke enam kita berada di bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan. Dalam memikirkan nak masak apa untuk berbuka nanti, kami syerkan resipi ayam bakar berempah hasil masakan Pari Malar Thiraisingam yang dikongsikan di blog Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menariknya resipi ini telah dikongsikan oleh 28k pengguna. Nampak sangat sedap dan rasanya pasti mengancam.
Ayam bakar berempah ini sesuai dimakan begitu saja atau makan dengan nasi ketika berbuka. Fuhh, memang menambah dua pinggan jawapnya. Lagipun bahan-bahannya agak mudah untuk kita dapati.
Jom try ayam bakar berempah petang nie..
Ayam bakar berempah
Bahan-bahannya :-
1 ekor ayam potong 4
1 labu bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sudu besar serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
Cara memasak :
Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.
Nah, siap untuk menu berbuka korang nanti
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!