Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order bermula esok, selama 14 hari iaitu (Rabu 18 Mac) sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.
Namun apa yang diperhatikan, ramai tersalah anggap dan menggunakan istilah ‘lockdown’ walhal apa yang dikuatkuasakan bukanlah lockdown tetapi hanya kawalan pergerakan.
Jadi korang tak perlu risau kena ikat perut sebab kedai makan dan restoran semua akan ditutup. Ini kerana semua kedai makan dan restoren di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa esok dan hari-hari seterusnya.
Ads
Menurut Sinar Harian, restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula tengah malam ini.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.
Ads
“Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam,” katanya.
Menurutnya, jarak sosial yang selamat antara individu merupakan kunci utama pelaksanaan perintah tersebut.
Ads
Namun pasar malam tidak dibenarkan beroperasi kerana ia mengundang perjumpaan orang ramai. Selain memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.
“Kita arahkan peniaga segera menambah bekalan keperluan semasa,” katanya.
Justeru katanya, rakyat tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik kerana seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP turut diarahkan untuk menjalankan pemantauan di lokasi tertentu.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Rider’ penghantar makanan bukan pekerjaan asing di Malaysia. Namun jangan pandah rendah mereka ini mungkin mempunyai pendapatan harian yang lebih banyak daripada orang makan gaji.
Malah, ada di antara mereka yang berpendidikan tinggi dan mencari rezeki sambilan. Menjadi penghantar makanan juga membantu mereka menambah pendapatan daripada membuang masa.
Begitu juga usaha rider ini, dia bukan calang-calang orang. Bekerja sambil belajar dalam pengajian tertingginya, Ijazah Kedoktoran.
Jangan Pandang Rendah, Rider Berpelajaran
Segelintir masyarakat beranggapan penghantar makanan adalah mereka yang tidak mempunyai sijil pendidikan. Semuan ini tidak benar. Sebaliknya, mereka ini adalah orang yang tidak memilih pekerjaan mengikut taraf pendidikan yang dimiliki.
Begitu juga dengan penghantar makanan ini, Mohd Akmal Azhar, 36 tahun. Dia bukan calang-calang rider kerana usaha gigih dan kerja kerasnya telah membuahkan hasil dan bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).
“Memang ada pelanggan tanya kenapa saya jadi ‘rider’ Foodpanda, tetapi kemudiannya mereka faham, ini semua adalah untuk ‘survival’
“Jadi, jangan sesekali kita menilai buku hanya dengan melihat kulitnya dan kita tidak boleh pandang rendah kepada penghantar makanan ini sebab bukan semua tiada pelajaran,” katanya
Mphd Akmal mengakui bekerja sebagai penghantar makanan dan dalam masa yang sama menyiapkan tesis PhD adalah sangat mencabar. Dia menghabiskan masa antara 10 hingga 12 jam sehari menghantar makanan yang dipesan pelanggan di sekitar Kuantan.
“Apabila buat penghantaran itu, dapatlah pulangan dan perasaan itu membuatkan saya untuk terus mencari duit selagi boleh.
“Namun, dalam masa sama kita ada tanggungjawab lain kerana kita perlu selesaikan urusan pengajian, jadi saya kena pandai bahagikan masa,” katanya.
Mohd Akmal memperuntukkan masa satu jam sekurang-kurangnya setiap malam bagi penulisan tesis. Dia yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Bidang Pengajian Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata buat masa ini akan meneruskan pekerjaannya sebagai penghantar makanan sementara mendapat tawaran dari mana-mana pihak.
Kurnia Sumbangan Dari Istana Pahang
Kisahnya ini turut menarik perhatian pihak Istana Pahang. Sehingga dia diundang ke Istana Abdul Aziz mengadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam pertemuan itu, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Mohd Akmal atas kecekalan dan kejayaan beliau menyiapkan tesis pengajian dengan sempurna.
“Tiga tahun pertama saya sememangnya fokus dalam tugasan di makmal. Tahun keempat saya mula fokus dalam penulisan tesis dan perlu mencari sumber pendapatan sendiri bagi membiayai pengajiannya itu.
“Memandangkan ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19, justeru saya memilih untuk bekerja di waktu siang sebagai penghantar makanan untuk menambah pendapatan dan menyiapkan penulisan tesis pada waktu malam,” katanya.
Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang selama enam tahun sebelum kontraknya tidak disambung pada tahun 2017.
Tugas Harian Rider
Katanya, memandangkan jarak antara kediamannya di pekan Gambang ke bandar raya ini kira-kira 50 kilometer, seawal jam 9 pagi, dia sudah keluar dari rumahnya.
“Sekarang saya perlu kerja lebih kuat dan isteri saya baru melahirkan anak ke 6 kami.
.
“Saya akui kerja ini ada risiko, tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya ada juga kerja untuk dijadikan sumber pendapatan,” katanya.
Hebatnya lelaki ni, siang kerja rider malam jadi pelajar siapkan tesis. Moga terus maju jaya Dr Akmal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Sinar & Sinarplus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku di Sulawesi, Indonesia apabila seorang remaja lelaki mendakwa dirinya dah bertelur sebanyak 20 biji semenjak tahun 2015.
Biar betul?
Akmal yang baru berusia 14 tahun menjadi viral di media sosial kerana mendakwa dirinya mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu. Pakar perubatan pun binggung wey bila melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam bersarang dalam rektumnya.
Sekarang dah masuk tiga tahun, Akmal kembali ke hospital dan memberitahu dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.
Kata bapanya, telur pertama yang dipecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih dan sebulan kemudian, dia memecahkannya lagi tapi isinya putih dan tidak ada kuning, seperti yang dilaporkan oleh Detik.com.
Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di hospital dan doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian itu. Jurucakap hospital mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri. Ini kerana katanya mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.
Kalau secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apa lagi di saluran pencernaan.
Akmal kini berada dalam keadaan normal tapi telah dikuarantin selama seminggu untuk mencari jawapan kepada persoalan itu.
Hm, sama-sama la kita tunggu apa kesudahan misteri kisah ini. Hiks!
Bermula semalam, Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Mac akan datang. Namun mulai malam tadi, PM menyeru rakyat Malaysia agar duduk di rumah sahaja dan bukannya balik kampung seperti dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil.
Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan juga, ramai pekerja melontarkan pendapat kerana mereka dipaksa oleh majikan untuk datang bekerja biar bukan terlibat dalam 26 sektor yang diberi kebenaran bekerja. Dalam hal ini, pekerja boleh membuat laporan polis.
Namun disebabkan wabak COVID -19 ini juga ada sektor yang menerima kesan apabila majikan terpaksa mengurangkan pekerja dan memberi cuti kepada mereka. Bagi pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan COVID-19 bermula 1 Mac, pekerja layak menerima RM600 yang akan diberi dalam tempoh 7 hari dari permohonan dibuat.
Baca saranan dari Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali mengenai hal ini seperti dikongsi di fbnya.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!