
Baru-baru ini viral tentang rain drop cake yang dijual di Ipoh, Perak dijual dengan harga RM8 seketul. Bentuk manisan ini sama seakan titisan air dan kerana itu mungkin ia dinamakan sebagai kek titisan hujan.
Resipi rain drop cake ini rupanya senang sahaja untuk dibuat. Bahan utama yang diperlukan hanya agar-agar. Rasanya kos untuk bahan resipi ini juga jauh lebih murah.
So, apa kata korang cuba sendiri resipi yang telah dikongsi oleh Siti Masitah Awang KechikFull di page Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Bahan-bahan:
- ½ sudu besar serbuk agar-agar swallow layang-layang
- 1 sudu besar gula castor (kalau tak cukup korang boleh tambah)
- 700ml air
Cara menyediakan:
- Rebus sampai mendidi, cari mangkuk yang dalamnya membuat macam acuan lompang
- Untuk kuahnya, guna air gula melaka dan soy bean powder yang dipanggang
- Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Farah Lee, Graduan Dua Negara Kini Pejuang Gaza – Ikon Anak Muda Sebenar!

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, sekali lagi mencuri perhatian ramai. Di usia 36 tahun, dia bukan sahaja menyerlah sebagai wanita berpendidikan tinggi, malah kini melangkah jauh sebagai pejuang kemanusiaan di bumi Gaza.

Anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini menjadi antara wakil Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini — sebuah misi besar yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara bagi membawa bantuan dan mesej solidariti untuk rakyat Palestin.
Misi tersebut turut disertai beberapa figura tanah air antaranya PU Rahmat, Ardell Aryana, Haroqs, Ustaz Mad Kecik (UMK) dan Zizi Kirana. Kehadiran mereka membuktikan bahawa semangat kemanusiaan tidak mengenal batas usia mahupun kerjaya.
Graduan Dua Negara, Wanita Luar Biasa
Ramai mengenali Farah melalui media sosial, tapi di sebalik personaliti lembutnya, dia sebenarnya memiliki latar akademik yang sangat mengagumkan.
Farah ialah pemegang dua ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Inha University, Korea Selatan, dan Pendidikan Kanak-kanak dari University of Leeds, United Kingdom.
Gabungan dua bidang yang berbeza ini melambangkan sisi genius dan empati dalam dirinya — berilmu, tetapi tetap berhati besar.
Kekuatan Seorang Ibu
Kejayaan akademik Farah tidak datang mudah. Di saat dia menuntut ilmu di luar negara, anak perempuannya, Maream Esabel, menjadi sumber kekuatan yang paling besar.

Dalam satu luahan di media sosial, Farah menulis:
“Alhamdulillah Maream, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka membantu dan tabah. Kejayaan ini adalah untuk kamu, Maream.”
Ayat itu jelas menunjukkan betapa mendalam kasih seorang ibu yang berjuang bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masa depan anaknya.
Ilmu, Iman & Kemanusiaan
Kini bergelar isteri kepada Fuad Hashim, seorang atlet sukan kuda lasak, Farah terus melangkah ke depan dengan semangat luar biasa.
Dia bukan sekadar simbol wanita berpendidikan, tetapi juga ikon kemanusiaan yang menjadikan ilmu sebagai alat untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Penglibatannya dalam misi GSF ini membuktikan bahawa wanita Malaysia mampu berdiri di barisan hadapan perjuangan dunia.
Ikon Anak Muda Malaysia
Farah Lee ialah contoh nyata bahawa kejayaan tidak hanya diukur dengan pangkat atau kemewahan, tapi sejauh mana kita boleh memberi makna kepada kehidupan orang lain.
Daripada kampus di Korea dan UK hingga ke kapal menuju Gaza, Farah mengajar kita satu perkara penting — anak muda Malaysia mampu jadi agen perubahan, di mana saja mereka berada.
Salute, Farah Lee. Semoga terus kuat membawa misi kemanusiaan dan terus jadi inspirasi untuk seluruh anak muda Malaysia! 🇲🇾💪
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Filem Seram Thailand Yang Best & Berbaloi Untuk Korang Tonton

Bukan hanya pelakonnya yang kacak serta cantik, ramai yang gemar menonton filem seram Thailand kerana berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
Ada juga yang membuatkan kita hingga takut nak ke toilet dan tidur bersendirian. Babak-babak suspen yang dipaparkan memang menjadi!
Bagi korang yang suka dan tercari-cari filem seram Thailand apa yang nak ditonton, berikut REMAJA senaraikan antara 8 filem seram terbaik dari Thailand ini.
1. Pee Mak

Pee Mak sebenarnya adalah filem seram Thailand yang tak begitu menyeramkan tapi korang wajib tonton. Filem horor Thailand yang dibintangi oleh Mario Maurer ini bernuansa komedi dan sangat menghiburkan. Bahkan Pee Mak merupakan filem terlaris di Thailand sepanjang masa.
2. Inhuman Kiss

Inhuman Kiss adalah salah satu filem seram Thai menakutkan terbaik. Filem ini berkisar tentang Krasue, semangat wanita pada waktu malam adaptasi dari cerita rakyat yang menjalani kehidupan normal, kecuali pada waktu malam.
Ketika malam tiba, kepala Krasue terlepas dari tubuhnya. Ia pun pergi berburu daging dan darah. Macam cerita hantu ‘penangal’yang popular di Malaysia pula ye!
3. Ghost Game

Filem seram Thailand ini mengisahkan sebuah rancangan realiti yang menakutkan untuk membawa pulang hadiah wang tunai. Sebelas peserta dihantar ke penjara tentera yang ditinggalkan di mana perkara buruk berlaku pada masa lalu.
4. Art of The Devil

Filem seram Thai terbaik ini mungkin sukar difahami oleh sebilangan penonton, tetapi sangat menghiburkan dan menakutkan.
Berkisarkan tentang kisah seorang perempuan simpanan yang dicerca yang beralih kepada seni ilmu hitam sebagai alat untuk membalas dendam terhadap lelaki yang meninggalkannya ketika hamil.
5. Meat Grinder

Seperti tajuknya, filem seram Thai yang sadis. Meat Grinder penuh dengan darah. Walaupun baru dilancarkan, filem ini cukup kontroversial.
Meat Grinder menceritakan kisah seorang wanita muda yang sakit mental yang membuka kedai mi dan menggunakan bahagian tubuh manusia sebagai bahan utama. Seolah-olah tidak menjijikkan, banyak pengunjung membeli dan merasa jika makanannya sedap. Aiyooo…dengar pun dah seram kan?
6. Shutter

Shutter adalah filem seram Thailand terbaik yang dikeluarkan pada tahun 2004 dan mencapai kejayaan di box office antarabangsa. Bagaimana ceritanya?
Setelah dipukul, pasangan yang bertanggungjawab atas kematian seorang wanita mula melihat gambarnya di dalam gambar peribadi mereka. Ada barisan pembohongan, kehancuran, dan penampakan yang akan menakutkan penonton.
7. Siam Square

Siam Square adalah filem seram Thailand 2017 yang berkisar tentang legenda bandar di “Shibuya” Thailand, atau pusat bandar Bangkok. Dengan harapan lulus ujian masuk Universiti, pelajar mesti menyembah syaitan dan mengikat tali merah ke kerusi tertentu untuk semoga berjaya.
8. Alone

Alone adalah filem seram Thailand tahun 2007 yang dibintangi oleh penyanyi pop Thailand-Jerman Marsha Vadhanapanich. Filem ini mengisahkan tentang Pim, seorang gadis muda yang baru-baru ini pindah ke Korea untuk melepaskan diri dari rasa bersalah menjadi satu-satunya yang terselamat selepas pembedahan pemisahan dengan kembarnya yang bersambung.
So amacam, ada berani tak nak tonton filem-filem ni?Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KTM Berhad Beri Tiket Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis, Rebut Peluang Bermula 21 Februari

Bagi mereka yang suka travel dan ingin merasai pengalaman perjalanan dengan keretapi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan Ke Kuala Lipis, Pahang secara percuma.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook rasmi KTMB, promosi ini bakal dijalankan selama tiga hari bermula 21 Februari bersempena pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU yang dijadualkan 24 Februari ini.

Orang ramai boleh merebut peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren DMU secara percuma dengan menggunakan kod promo JOYRIDEDMU. Walau bagaimanapun, tiket percuma ini hanya ditawarkan di kaunter tiket sahaja.
Pengguna juga diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, tetapi terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.

Korang boleh semak jadual perjalanan menerusi link ini https://bit.ly/3quxiHI
Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket percuma ini, jangan risau kerana KTMB sudah pun membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini. Selain dijual di kaunter, tiket perkhidmatan berkenaan juga turut boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain.
Tapi sekiranya korang ingin ride percuma yang ditawarkan ini, kena cepat-cepatlah dapatkan di kaunter tiket ya. Semoga berjaya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber:(1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

