Resipi Puding Pisang Bersos Kastard, Mudah Disediakan & Sedap Dimakan

Share

Bagi peminat pemanis mulut, sudah tentu selepas berbuka puasa mereka ingin menikmati makanan-makanan manis selepas seharian menahan lapar. Daripada membeli di luar, ada juga individu yang lebih gemar untuk membuatnya sendiri di rumah.

BACA: Resipi Aiskrim Ala ‘Magnum’ Guna Coklat Cadbury, Mudah Disediakan Di Rumah

Makanan yang disediakan sendiri lebih berbaloi dan menjimatkan, malah boleh dimakan berulang kali. Terdapat banyak resipi mudah untuk menyediakan pemanis mulut dan kali ini kami ingin kongsikan resipi puding pisang bersos kastard yang telah disediakan oleh Linda Zaid.

Foto: Linda Zaid via Resepi Media

Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.

Foto: Linda Zaid via Resepi Media

Bahan-bahan:

  • Pisang nangka yang digoreng dengan sedikit planta
  • Sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Sehelai daun pandan disimpul
Foto: Linda Zaid via Resepi Media

Cara menyediakan:

1. Masa semua bahan-bahan diatas sehingga pekat

2. Apabila sudah masak, suamkan dan masuk ke dalam peti ais

3. Selepas beberapa jam, letakkan pisang yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan dan tuangkan sos kastard dengan taburan sedikit kismis

4. Siap untuk dimakan

Foto: Linda Zaid via Resepi Media

Mudah sahaja kan? Bolehlah buat untuk menu berbuka nanti. Selamat mencuba!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN