Tinggal lagi hampir sembilan hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walau hanya dibenarkan ziarah 20 ahli keluarga di hari raya pertama sahaja tapi selagi namanya hari raya, kita olah jadikannya fun dengan cara kita.
Bagaikan satu tradisi, bila nak tiba hari raya, kuih muih raya antara yang dicari. Kalau malas nak buat, boleh beli saja tapi kalau nak murah dan dapat jumlah banyak, buat sendiri jawapnya.
Kali ini REMAJA kongsikan resipi popia bersalut coklat viral yang cukup mudah dibuat. Bahan-bahan pun cukup senang nak cari dan paling penting sedap yang dikongsi oleh Chesu Riani di blog Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official. Apa yang penting, resipinya memang jadi ya, hahaha.
Ads
Nah korang resipinya.
Saya ada share dalam group satu lagi tu. Tapi saya share juga di sini. Mana tahu ada yang mencari-cari resepi mudah biskut raya.
Gulungkan kulit popia dengan menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate. Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.Kulit popia memanjang. Satu gulungan saya potong menjadi 8. Ikut selera. Kemudian anginkan seketika kulit popia dalam 15 minit.Goreng hingga keemasan.Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati. Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
P/s: Saya dapat resepi ini dari orang-orang share. Sebab itu saya letak viral. Ada yang inform resepi ini dari Adikfoods. Maaf admin saya tak tag cuma letak disclaimer camni ya. Huhu…
So dah siap dah resipi korang. Mudah je kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minyak wangi antara aksesori penting dalam kehidupan seharian. Bukan saja perempuan, lelaki pun tak kurang hebatnya dalam memilih wangian yang sesuai untuk diri mereka.
Namun begitu, dah banyak sangat produk tiruan yang dijual di pasaran. Mudahnya nak buat duit. Lebih sakit hati lagi bila dikatakan original, tetapi sebenarnya fake. Habis beratus ringgit melayang macam tu saja.
Jadi kali ni kami nak share dengan korang semua tentang macam mana nak kenal pasti sama ada minyak wangi yang dijual itu original atau tidak.
1. Semak bungkusan
Minyak wangi original biasanya mempunyai pelekat yang agak tebal dan dilipat kemas untuk memastikan produk di seal dengan ketat. Kalau korang jumpa yang tak dilekatkan dengan kemas dan betul, mungkin itu salah satu tanda bahawa minyak wangi tersebut adalah fake.
2. Dibalut sempurna
Sekiranya pembalut plastik kotak minyak wangi dibalut dengan cara yang tidak kemas (jahitan lebih daripada 5 mm lebar, tidak rata dan mempunyai gam yang berlebihan), maka minyak wangi itu sama sekali bukanlah yang original.
3. Paperboard
Kotak bungkusan sebenar dibuat daripada kertas berwarna yang berkualiti tinggi dan direka khas untuk melindungi botol daripada kerosakan.
Itu sebab dalam kotak minyak wangi biasanya korang boleh nampak permukaan khusus untuk menyimpan botol dalam posisi yang betul.
4. Label dan tulisan
Lihat pada gold circle kotak minyak wangi tersebut. Anak panah ke arah kanan sepatutnya jadi lebih gelap daripada anak panah ke arah kiri.
Kalau korang beli minyak wangi, jangan teragak-agak untuk check website pengeluar sama ada maklumat yang diberikan sama atau tidak dengan bungkusan yang korang akan terima nanti.
5. Design
Jika lalu di rak-rak kedai wangian, korang boleh lihat sendiri perbezaan reka bentuk yang aneh jika minyak wangi tersebut adalah tiruan.
Ini adalah trik mudah yang membolehkan pengeluar melindungi produk mereka untuk ditiru. Jadi, jangan lupa untuk check dengan teliti sebelum membelinya.
6. Warna
Jenama terkenal tidak menggunakan banyak pewarna dalam produk mereka. Oleh sebab tu la minyak wangi original biasanya pucat. Warna chemical yang striking adalah salah satu tanda tiruan.
7. Penutup botol
Penutup minyak wangi original mestilah dalam keadaan simetri yang sama, melainkan memang rekaan design asalnya tidak seperti ukuran produk wangian yang lain.
8. Nombor siri
Nombor siri wangian tersebut diletakkan pada bahagian bawah botol dan nombor itu juga haruslah sama dengan nombor yang dicetak pada botol.
9. Botol
Botol minyak wangi original mempunyai kualiti yang baik dengan rekaan permukaan kemas, manakala botol produk tiruan pula agak kasar dan kontur.
Dari kemasa penutup botol, sehinggalah setiap perincian minyak wangi diambil kira. Walau bagaimanapun, kalau korang check minyak wangi tiruan dengan teliti, korang akan melihat banyak kekurangan dan cacat cela yang pastinya tidak akan ditemui pada produk original.
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali lagi tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025.
Dalam hantaran yang tular di aplikasi X, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu telah mengekalkan kedudukannya dalam senarai Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi kategori seni dan budaya selama 10 tahun berturut-turut sejak 2016.
Bersyukur atas penghargaan tersebut, Siti menyifatkan pencapaian tersebut selari dengan usahanya membantu rakyat Palestin yang berkait rapat dengan Yayasan Nurjiwa.
“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan terharu untuk tersenarai dalam Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Itu satu penghargaan atas apa yang saya lakukan untuk agama juga.
“Walaupun kategori itu untuk anak seni tapi itu juga bersangkut paut dengan Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami usahakan sehabis baik untuk mereka di Gaza, Palestin.
“Rakyat Malaysia juga yang terkesan dengan bencana alam. Saya lebih memikirkan ke arah itu,” katanya di sidang media konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Berkata kepada Remaja lagi, Siti memberitahu pengiktirafan berkenaan menyuntik semangatnya untuk terus membantu rakyat Palestin dan golongan yang memerlukan.
“Saya ada tanggungjawab di sana, saya masih ada anak angkat di sana. Malah, pasukan yayasan kami juga ada di sana untuk agihkan bantuan.
“Saya selalu berdoa agar pasukan saya terselamat daripada apa-apa yang berlaku di sana supaya kami dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka,” jelasnya lagi.
Berdasarkan catatan buku yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan, Siti turut tersenarai bersama individu berpengaruh lain, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain ibu kepada dua cahaya mata itu, penyanyi Hafiz Hamidun juga tersenarai dalam pengiktirafan tersebut bagi kategori yang sama untuk mewakili Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram CTDK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian, penyanyi meningkat naik, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat percintaan toksik apabila pernah menjadi mangsa pukul dan dicurangi.
Menerusi laporan Detik.com, pelantun lagu popular Sial itu mendedahkan dirinya pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.
Bukan itu sahaja, bahkan bintang berusia 23 tahun itu juga memaklumkan bekas teman lelakinya itu juga pernah menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.
“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.
“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” katanya.
Tidak berdiam diri, Mahalini bagaimanapun pernah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya, namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.
Sekadar informasi, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.